Wah tajuk nak gempak jek..huhu..but itulah realitinyek..bukan mudah untuk menambah bilangan follower sebenarnye..huhu..aku tahu sume blogger mesti ade strategy masing2 nak tambah kan bilangan follower masing2..dan aku kagum sebenarnye dengan mereka2 yang mempunyai follower beribu-ribu..hoho..mcm mane la dorg buat ek..mesti makan mase yang lame kan..aku baru setahun jagung dalam dunia blog ni..jadi mestilah banyak benda lagi yang kena pelajari..pape pun..:) terima kasih kepada mereka 2 yang sudi follow blog saye yang x seberapa nih.. ;0)..xpe sikit2 lama2 jadi bukit..blogger..2 yang baru mcm aku jgn putus asa jugak oke...:) lets work hard...go go...Assalammualaikum...
Monday, March 7, 2011
Sunday, March 6, 2011
=Ubat tahan sakit berlebihan boleh membunuh=
KELANA JAYA: Berperanan sebagai ubat penahan sakit yang mudah diperoleh tetapi ia boleh membunuh. Sehubungan itu, kerajaan diminta mengharamkan penjualan sejenis ubat tahan sakit di farmasi melebihi 10 biji bagi mengelak ia dijadikan bahan membunuh diri.
Ketua Unit Intervensi dan Sokongan Keluarga bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Zuraida Ahmad Sabki berkata, penjualan ubat berkenaan secara berleluasa memberi ruang lebih besar kepada individu yang ingin membunuh diri meneruskan hasrat mereka.
Menurutnya, kini menjadi trend makan ubat penahan sakit secara berlebihan berikutan ia mudah didapati kerana dijual dalam kuantiti banyak di farmasi.
“Mereka yang ingin membunuh diri makan pil berkenaan tetapi jika dimakan sekali gus, mereka akan muntah. Kadangkala mereka bukan mahu mati, tetapi mahu melegakan tekanan,” katanya selepas menyampaikan kertas kerja di Seminar Kenali Anak Kita (KAK) Zon Tengah, di sini, semalam.
Program kemasyarakatan itu dianjurkan LPPKN dengan Jabatan Pelajaran Selangor, Jabatan Pelajaran Persekutuan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Agensi Antidadah Kebangsaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas.
Berdasarkan kes dikendalikannya, Dr Zuraida berkata, setiap hari beliau menerima empat aduan cubaan membunuh diri.
Dalam satu kes, seorang gadis berusia 22 tahun menelan 100 biji pil penahan sakit yang diminum dengan sejenis minuman berkarbonat kerana kecewa dengan hidupnya.
Gadis berkenaan yang juga pelajar cemerlang mengambil keputusan berkenaan untuk menarik perhatian ibu bapanya.
Pil yang ditelan tidak dapat dikeluarkan kerana dia menelannya satu demi satu. Pengambilan ubat berkenaan dalam dos berlebihan menyerap dalam tubuh, menyebabkan ketoksidan hati dan matanya kuning,” katanya.
Jadi..korang sume ..nak makan ubat ..makan mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor ye...;)..sayangilah diri sendiri..
+Random Giveaway by Nisa Menaip+
Yeay saya Join!! Giveaway...by nisa..
Hmm ape ke jadahnye menda nih??
Okeh ni la dinamakan cara untuk mengeratkan silaturrahim..
Bila ada contest or giveaway sebegini..
Ramai akan berkunjung dan participate..
Ngape nak participate???
Hihi nak hadiah chomel cari Blogger Nisa kita nih...kuang kuang kuang..
Dalam erti kata lain~!!!
"AKU NAK MENANG GA NI!!!"
Ape lagi yang korang tunggu..jom la same2 kita meramaikan lagi giveaway A.k.a GA ni..mudah saje...lihat syarat2 di bawah ini okeh!!:
SYARAT-SYARAT
1. Giveaway ni blogger nisa ingat nak buat untuk follower die aje… sebab dorang dah banyak giler support Dia. Tapi!!! dia kesian pulak pada yang tak follow .. dia ni pulak bukannye giler follower sangat, so dia taknak paksa sesiapa follow blog dia. Pada yang nak menyertai, tak follow pon takpe, asalkan korang kena update dengan GA ni okeh?
2. Letak banner ni kat dalam entry anda :
3. Buat entry simple bertajuk Random Giveaway by Nisa Menaip .. letak banner, lepas tu tulis laa serba sedikit apa yang patut. Hohoo terpulang lah.. tulis “Aku nak menang GA ni” saje pon boleh. Tak paksa okeh!
4. TAK PERLU letak banner di sidebar.
5. GA simple ni akan tamat hari ni jugak… Masa? tak tetapkan… Semua dijemput join GA ni, sehingga blogger nisa sendiri bagitahu tempoh nye dah tamat or expired ke ape.. Okeh?
6. Kena tag orang ke? malas paksa korang tag orang ke ape… Tapi jangan lupa promote la yeh.. Heheheee….
7. Lepas buat entry, sila tinggalkan link anda kat entry ni ye…
8. Peserta bertuah akan di pilih secara random, guna random generator yang kat Random.org tuhhhh… So tak ade lah kes pilih kasih kah.. pilih bulu kah.. pilih apa kah.. Oke? Deal?
So…. you guys! Jom laa join random GA ni ramai-ramai okeh! Ajak la kawan-kawan okeh! suh kawan2 ajak kawan2 dorg yang lain...kawan2 dorg yang lain plak ajak lagi kawan2 dorg yang lain.....okeh!!!Bubbye. Mmuahhxx!
Saturday, March 5, 2011
-Mitos Mengenai TidoR-
Tidur pun ade Mitos Okeh!!
1- Lebih Tua, Perlu tidur Lebih?? yeke,,
SALAH! Warga emas memerlukan jumlah tidur yang sama dengan orang dewasa. Kekurangan tidur tidak hanya membuatkan mereka lebih mudah mendapat penyakit dan melemahkan sistem pertahanan tubuh. Buat warga emas yang berjaga di waktu malam kerana melakukan ibadah seperti solat dan sebagainya mereka harus menggantikan tidur pada waktu siang.
2- Waktu Tidur Esktra merawat keletihan!!
SILAP! Kita tidak seharusnya menambah waktu tidur bagi memulihkan badan dari keletihan. Jika sudah terbiasa dengan waktu tidur tujuh ke lapan jam sehari. Jadikan ia sebagai kebiasaa. Rawatlah keletihan dengan aktiviti fikizal seperti olahraga dan mengamalkan pemakanan berkhasiat.
3- Berdengkur itu Normal!
BENAR!! Namun jika frekuensi dengkuran itu keterlaluan ia mungkin ada kaitan dengan sleel apnoea.
4- Lebih banyak tidur lebih sihat!
SILAP! Ia hanya akan melemahkan badan. Tidur mengikut jumlah yang disarankah mengikut usia.
5- Kerja keras seharian membantu tidur yang lena
BENAR!! Namun olahraga yang teratur merupakan jalan terbaik ! Kerana olahraga membantu merangsang peredaran darah yang baik dan membantu anda tidur lebih lena.
6- Pil tidur menyembuhkan insomnia.
Pil yang digunakan untuk merawat insomnia hanya mampu bertahan untuk sementara. Pesakit yang memngalami gangguan tidur jangka panjang, biasanya ditangani melalui cognitive behavioral therapy.
7- Tubuh menjadi lumpuh semasa mimpi.
BENAR! Hal ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tidak bergerak-gerak mengikut cerita dalam mimpi! Terdapat sejenis hormon dihasilkan semasa kita tidur yang membuatkan sistem sarah mengirimkan pesan ke bahagian tulang belakang bagi menjadikan tubuh kita rileks.
8-Tubuh memiliki alarm semulajadi
Ada kalanya kita akan terbangun dari tidur sebelum alrm berbunyi. Ini kerana hormon yang dinamakan adrenocorticotropin yang berfungsi sebagai alarm internal tubuh manusia dilepaskan beberapa jam sebelum waktu bangun!
9- Tidur yang baik ialah mengiring ke kanan.
BENAR!! Cara ini bukan sahaja mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W, tetapi telah terbukuti baik untuk kesihatan. Tidur mengiring mempercepatkan makanan dihadam dengan baik dan ditolak ke usus secepat 2-5 jam. Selain itu juga, dengan tidur cara itu, paru-paru kanan yang bersaiz lebih besar dari kiri, tidak memberi tekanan kepada paru-paru kiri yang lebih kecil dan juga jantung untuk berfungsi secara normal. Ini membantu melancarkan pengalirah darah dan memastikannya sentiasa stabil.
:) harap anda suma dapat informasi ini..saya bukan mereka cerita sesuka hati..sumber dari i-sihat...pk pk kan..:)
+ KenaPe Aku..Die..Kamu..Anda..Masih Solo??+
Assalammualaikum....lamenye tak update entri..sangat sibuk kebelakangan nih..okeh..aku nak kongsi skit..info yang berguna untuk kita semua..yang mane susah hati..sebab diri dia masih kesorangan ..bace la info ini ok..di ambil dari I LUV ISLAM,COM...harap boleh la ye saye kongsikan disini..menyebarkan ilmu yang berguna sesungguh amatlah baik..InsyaAllah..:)..
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula
dengan niat yang bertempat di hati. Mari kite renungkan bersame..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)