Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, June 15, 2011

Haramkah menonton Wayang?

alt


Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.

Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.
Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
Wallahualam.
- Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab
Iluvislam

Semoga Sihat hendaknye, InsyaAllah..:D


Tadi pergi Sunway Medical Centre melawat nenekda yang tersayang, kalau sakit selagi mampu ikhtiar lah ape yang boleh iye tak?? hurm..so semalam nenek aku masuk hospital sebab dah lama sakit lutut..kesian die nak berjalan pun susah, so setelah buat pemeriksaan doktor kate nak masuk kan jel..jel ape ntah kat lutut die..just cucuk jek..but darah kena kurang dari 3 so kena makan ubat and so on..hari ini dah boleh buat.. doktor tu dah cucuk..and boleh dah keluar hari ini Alhamdulilah..duk lelame kat spital makin lame makin lemah kot..huhu..

Tadi nampak perubahannya, nampak nenek aku mcm okay berjalan..xyah bergantung pada benda lain untuk ketandas..aku harap akan segera sembuh..AMIN..boleh la ajak pergi jogging ke ape ke hihi..;D..ape pun hidup ni memang perlu tabah..lebih2 lagi mereka 2 yang menahan kesakitan diluar sana..jangan pernah putus asa..Allah selalu menguji hambanya untuk melihat sejauh mana hambanya boleh bersabar menghadapi dugaan didalam kehidupan ini..




كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً


Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)



Juara Af 9 setelah gagal Af 4



Meskipun pernah gagal dalam Konsert Prelude AF4 lima tahun lalu, tetapi Hazama atau Hazama Ahmad Azmi tidak pernah putus asa. Sebaliknya, dia bangkit dan menyertai sekali lagi program realiti terbitan Astro Ria tersebut.Menurut Hazama, kegagalannya meneruskan saingan pada AF4 telah membakar semangat untuk terus berusaha sebelum muncul juara AF9 yang merupakan musim terakhir.

"Semasa masuk AF4 dulu ia sebagai titik permulaan untuk saya terbabit dalam industri ini (nyanyian). Sayangnya saya gagal dan selepas itu selama lima tahun nama saya cuma suam-suam kuku sahaja. Kemasukan saya dalam AF9 adalah peluang kedua saya.SEKALI gagal bukan bererti gagal selamanya. Itu mungkin ungkapan yang dipegang oleh juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama.

Dengan kemenangan itu, juara terakhir AF berusia 27 tahun itu menggondol hadiah wang tunai RM200,000, hamper dan wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi sumbangan Astro."Saya tidak nafikan AF4 sebagai punca yang membakar semangat saya untuk berusaha lebih kuat dalam bidang seni," katanya sewaktu sidang akhbar selepas diumumkan juara AF9 di Dataran Putrajaya baru-baru ini.Kemenangan Hazama itu memang sudah dijangkakan banyak pihak termasuk para peminat dan media massa berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang seringkali memihak kepadanya.
Pada konsert akhir AF9 yang ditonton lebih 5,000 orang itu, Hazama menerima 45 peratus undian SMS, diikuti Lena yang muncul naib juara dengan 28 peratus, Fina (15 peratus) dan Azri (12 peratus).

"Di tempat lain tidak ada orang yang mengkritik ataupun memberi garis panduan kepada saya. Malah, selepas menyertai AF9 saya dapati saya mempunyai banyak kekurangan dan daripada situ jugalah saya belajar," ujarnya.Sementara itu, sewaktu ditanya tentang hadiah wang tunai RM200,000 yang diterimanya, peserta berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, dia akan menggunakannya ke arah yang boleh memberi manfaat kepada masa depannya."Itu salah satu kelebihan saya kerana daripada situlah saya dapat sedikit pengalaman menyanyi. Pada masa sama, para peserta AF9 yang lain mempunyai keyakinan juga. Bagaimanapun, saya anggap pentas AF9 berbeza dengan pentas-pentas lain yang pernah saya sertai.Jelas Hazama yang menyanyikan lagu Pukau (Tomok) dan Cinta Teragung (Kuncidemak) pada konsert itu, dia tidak menafikan pengalamannya menyanyi selama lima tahun selepas gagal dalam AF4 banyak membantu kemenangannya itu.

Dalam pada itu, Lenaber Haidir atau Lena, 22, yang muncul naib juara menerima hadiah berupa wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.Ini kali pertama saya pegang duit yang banyak. Saya akan gunakan duit kemenangan ini ke arah kebaikan. Saya hendak beli jam tangan yang baru. Selain itu, saya juga akan simpan duit ini untuk masa depan saya," jelasnya.

Sementara pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran 104 Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu Azri atau Mohamad Azri Abdullah, 23, pula meraih hadiah berupa wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi. Fina atau nama sebenarnya Nor Syafinaz Jebat, 18, yang merupakan pemenang tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai RM1,000 sumbangan Power Root dan sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 dan trofi.

"Selama tiga bulan di AF9 mulanya saya rasa lama tetapi masa berlalu begitu cepat. Pengalaman saya di AF9 cukup indah di mana saya mendidik para pelajar di akademi ini seperti anak sendiri. Pesan saya kepada mereka semua agar jangan lupa diri. Jadilah anak seni yang jujur, kalau tidak anda tidak akan ke mana," tuturnya. Pada masa sama, vokalis kumpulan rock Search itu tidak lokek berkongsi pengalaman sambil menasihatkan para graduan AF9 sebelum mereka melangkah ke dunia hiburan yang glamor selepas ini nanti.Pengetua AF9, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman yang ditemui selepas konsert itu puas hati kerana pembelajaran di akademi itu berjalan dengan lancar sepanjang tiga bulan yang lalu.


Sumber-Utusan

Tuesday, June 14, 2011

Pulanglah-Awi Rafael

Aku sudah jatuh cinta dengan ini song..huhu walaupun simple liriknya dan pendek tetapi menarik..lagi2 bile Kay Af9 nyanyikan pada konsert AF yang lepas..ohoho..bertambah2 suker lagu nih...muziknya juga ringan x heavy dan 
paling menarik SEMPOII..:D jom dengar sesame



Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak Nampak
Hodohkah aku? sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping
owh Huuuuuu 2x
Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh

Jom hayati lagu nih...sesame okeh..:D

Bila aku pergi Vietnam!

Puih pUihh...Fuhhhh...(meniup habuk yang bnyk kat blog nih) ..sebab lama sangat tak update..banyak betul debu2 halus huhu..nasib baik masih berfungsi..:D..Assalammualaikum...Harap semua sihat wal'afiat insyaAllah, aku pun sihat terlebey2 disni hihi, lame sungguh nak mengupdate blog nih rasenye, nak kate bannyak keje..idak la..dah ler teman cuti skang ni..but sebenarnye cuti lebih busy actually dari ade kelas hahaha.. yela busy merayap2  , by the way ade pengalaman menarik nak diceritakan dengan kawan2 semua..pengalaman ape lagi..pengalaman percutian ..dah name pun sedang bercuti hoho..

Melalui travel agensi Honeyvacation aku pun book untuk pergi jejalan ke Vietnam, family aku x pergi sebab dorang da pernah pergi jadi..aku jela yang pergi..aku ajak sepupu aku sekali..sebaik die nk follow ade la geng bergosip..haha..hurm..pergi dengan rakyat malaysia yang lain yang register under travel agency ni jugak seramai 30 orang ..ramai x? boleh tahan la jugak kan..hoho memang pengalaman baru la bagi aku..sebab first time pergi sana.."hujan emas dinegeri orang..Ujan Batu di negeri sendiri..Lebih baik negeri sendiri tp nk ujan emas ley x..hihi"..cewah..30/5 aku berlepas ke sana dan pulang ke Malaysia 2/6 malam..4 hari 3 malam..aku pergi ke bandar Ho Chi Min a.k.a Saigon City...boleh tahan ramai la penduduk kat bandar tuh..
Maka bermulalah perjalanan aku ke bandar Saigon..berlepas jam 9 pagi waktu malaysia dan sampai ke sana pukul 11 , tapi oleh kerana waktu di Vietnam lewat sejam..soo..baru pukul 10..huh memang aku rase hari tu sngt panjang...hoho..lagipun kat sana..kol 6 dah gelap..5.30 pagi dah terang..

Sampai jek ke Airport..jumpe pemandu pelancong dr sane..name nye Mr.Kari..huhu unik sungguh name nyek.. naik bus.. terus pergi melawat bangunan2 sekitar bandar nih..sebab check in lambat petang..so banyak kot mase nak die buang..hoho but perut aku rase asik lapor jek duk sane..dah la xde bawak maggie ke ape ke...uhuh tunggu jele time makan..nk beli2 kang..non-halal plak kang..

Haaa cube teka bangunan ape nih???nampak mcm muzium kan?? xpun mahkamah lame..tapi ni sebenarnye pos office..okeh!!!  memang beroperasi...but unik sunggu mungkin ni peninggalan sejarah kot..xpun memang di design mcm nih aku pun x sure la plak..gambar sebelah tu plak..adelah tempat panggilan telephone dibuat..ni dalam bangunan pos office nih..agak cute..
Ini pulak adelah masjidnye..pembantu yang menjaga masjid ni pun ramah2 orang nye..x tahu mana tandas ..mereka akan tunjukkan..bgla tips skit..10,00 dong pun jadi r..hoho ikut keikhlasan..


Salah sebuah restaurant Halal yang ade di sana..Restaurant Seri Penang..Kepunyaan Orang Malaysia if x salah la..selain restaurant ni ade juga V.N Halal, Restaurant Kampung Melayu and depan masjid tu pun ade 2 buah restaurant halal tp lupe la plak name nye..so boleh la makan kat sane ye..kalau pergi..huhu but bawak maggie siap2 kalau lapor bleh makan..:P 

Tengok pokok Chempedak tuh..banyak giler buahnye..lebih 50 biji tuh..aku pun xtahulah baje ape yang depa guna..sampai terlebih subur macam nih..x yah tanam banyak2 tanam..satu pokok jek sudah sekali berbuah mcm 10 pokok hoho..pokok ni aku tngok mase nak masuk ke CUchi Tunnel..menjadi tmpt bersejarah sekarang..dlu digunakan untuk menyembunyikan diri daripada askar Amerika..

Ha...ni lah die laluan Cuchi Tunnel..persembunyian bawah Tanah..soo kena masuk ke lubang ni untuk ke bawah..hoho untuk org2 krus bleh la masuk adeii..die buat lubang besar ni jek..ikut saiz askar veitnam dlu2..smue stok kecil2..tentera Amerika besar2 jadi x muat la dorang nak masuk kan..bijak2..

ini la die orang yang bertanggungjawab membawa kami semua ke Vietnam..Norhidayah from Honey vacation.. boleh la visit website www.honeyvacation.com.my kalau nak tengok package2 percutian yang mereka provide..haha siap promote gitu..

Ini pula buah buahan..Malaysia pun ade..tapi ini dihidang di Sungai Mekong mengambil masa 2 jam dari bandar Ho Chi Min....kat sana memang banyak kebun buah buahan..soo ni buah2 kat situ la kot..and sambil makan..dengor plak lagu didendangkan oleh penyanyi kat situlah..hihi..

Pejam celik2..pejam celik..balikk..suda..huhu but di Vietnam kalau korang nak bershoping..boleh la tawar menawar di Ben than Market..xpun kat sg.Mekong..and few others places..harge bleh dpt murah..sesuai sngt pada kaki2 shopping..bawak duit bebanyak..g shopping sane..okeh hahaha...Adioss...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...