Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, June 9, 2010

mY history at Malacca!!

Who does not know about Malacca state,the state that rich with their own history!! Sejak dari sekolah lagi kita dah diajar atau didedahkan dengan sejarah negeri melaka yang di jajah oleh Belanda,Jepun,Inggeris and portugis ,,if not mistaken huhu..tapi aku selalu lupa tentang sejarah 2 ni....memangs kureng..haha..dikesempatan yang ada aku g berjalan-jalan di Melaka..base of my view ,there are many new developments in the Malacca and become one of the main tourist attraction in Malaysia.

 Sedikit sejarah Melaka, sources wikipedia :

Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal  untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.

St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ketinggalan dipelihara sehingga hari ini.

Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

SUKMA (sukan Malaysia) bakal tiba tidak lama lagi kat sni so memang akan ada ramai tourist akan datang from local and foreign country..and aku tengok banyak persiapan yang dorang buat to make Malacca became more attractive..

Menara Taming Sari,setinggi 110 meter, boleh memuatkan 66 pelawat dalam satu masa, dan menggunakan teknologi dari Switzerland. Menarik dan boleh melihat melaka dari aras yang tinggi..laut,,bangunan ..semua boleh nampak.. gambar2 dari atas :


Interesting place to visit, history gives us many lessons. Let us preserve our nation to remain peaceful and avoid colonialism. If not us,,who elsa..;0)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...