Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Monday, May 30, 2011

Tamat Mentor 5!

Berakhirnya konsert pada malam ini maka berakhir lah sudah mentor untuk musim ke-5 menyaksikan kemenangan berpihak kepada Salma dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 85 mengatasi shiha dan iqa iaitu 63 dan 56. Jika dibanding Salma memang selalunya mendapat markah yang tinggi pada konsert2 sebelum ini tetapi minggu lepas kita menyaksikan iqa mendapat markah tertinggi diikut Shiha yang melayakkan mereka berdua ke final, dan Salma,,, itulah dinamakan rezeki kerana Tv3 membuka satu lagi tempat dan 3 peserta berentap ke peringkat akhir. Bila dilihat kembali, persembahan Salma pada setiap minggu boleh dikatekan konsisten dengan vokal yang mantap..low note and high note she can achieve..no wonder she can be the winner...

Kalau ikut pada creativity setiap mentor mempunyai cara kreatif mereka yang tersendiri terutama sekali edry KRU, setiap minggu pasti akan ade kelainan yang akan ditonjolkan because he will do the best..mereka adik beradik memang berbakat..jadi tidak hairan lah jika persembahan yang diberikan mempunyai keunikan tersendiri tetapi itu tidak cukup untuk bersaing dengan bakat semula jadi yang ada pada Salma... vokalnya sahaja sebenarnye sudah cukup membuatkan persembahan dia menarik..bila ditambah pula dengan prop2 yang lain membuatkan persembahan nya menjadi bertambah bagus..!!

Walaupun markah juri awam yang diterima salma hanya 16 rendah berbanding yang lain tidak bermaksud Salma akan kekurangan markah..aku dapat rasekan bahawa markah juri professional iaitu 50 peratus  adalah tinggi buat salma..ianya sangat membantu!! dan juri memilih dengan telus sebenarnye.. juga undian sms dari peminat juga pasti tinggi..jadi tahniah kepada juara, naib juara dan tempat ke-3..

Shiha dan iqa ok jugak.. cume rezeki xde nak buat mcm mane kan..huhu..maka dengan ini bakat sebenarnye mengatasi segala galanya..wajah cantik tp bakat xde x gune jugak..x lame bertahan kot..huhu maybe lah..hoho..pape pun..tingkatkan prestasi...bukan kurangkan kontroversi tapi jgn ade kontroversi..itu lebih baiK!! adioss...:D



Friday, May 27, 2011

Yang kaya itu tidak kaya, yang miskin itu tidak miskin..

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi  Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah al-Hujurat ayat 13)

Hadis riwayat dari Abu Zar r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku : "Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?"Saya berkata : "Benar wahai Rasulullah "

Baginda bersabda : "Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir.?"

Saya berkata : "Benar wahai Rasulullah."Baginda pun bersabda : "Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya."

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ 
 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13)


iluvislam.com

Tuesday, May 24, 2011

Jenjalan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

As usual orang sedang bercuti ape lagi perkara paling seronok untuk dilakukan..jika tidak berjalan2 ,so sabtu (21/5) aritu aku and frenz..IKA,BOY and HARUN pergi bukit tinggi..actually aku dah pergi beberapa kali dah but ade member yg x pergi lagi so aku pergi jela...plus celebrate arijadi IKA...epy besday ika... da lame la x jumpe dorang and this is the time.for us to meet, ermm environment kat sana still same nothing change and ade tanah runtuh jugak..so dia tutup jalan yang tanah runtuh tu..nasib baik ade 2 jalan..kalau x..x dpt la nak naik atas tuh..jadi kitorang pergi colmare tropicale and japanese village..nak masuk ke dalam perlu bayar RM12 so korang boleh la jalan2 mane2 tempat korang nak.. ade jugak bus disediakan kat dalam tu untuk ke Japanese village but naik kereta sendiri jela...haha lagi senang..

Ika                                            Boy

     Me                                           Harun
 Kami pergi balik hari sahaje..kalau dari kl x sampai sejam pun actually tengok kepade care pemanduan la kan hihi..hurmm...but jalan die mendaki jadi kena bawak berhemah skit la..supaya selamat pergi dan pulang..sebenarnye dekat jugak nak ke genting bagi..sebab kat bukit tinggi kalau nak pergi kejap2 okla..kalau lame2 boring jugak sebab x banyak sngt entertainment,,so boleh je singgah genting bagi sesiape yang nak la..mcm kitorang aritu sampai petang kat sane..maklumlah..sesi photoshoot abis petang kuikuikui..

SElamat Hari Jadi Ika..

Sambut kat atas lagituh..org lain sibuk tngok pemandangan 
kitorang buat kenduri kat situ..:D


View dari atas bangunan colmar tropicale..boleh thn la..sesuai untuk tngkap gambar..



Ini gambar di Japanese Village, kat sini dorang buat rumah ala2..japan., and boleh sewa kimono untuk bergambar konon2 ade kat jepun la plak kan..sewa RM 20 per person..alang2 dah pergi layan jela.. kalau x silap boleh minum tea skali..harge len skit la kalau minum tea..if not mistaken..


Fuh, setelah penat berposing kat atas bukit..masenye untuk makan..singgah the curve, jalan2 cari makan ke Sweetchat..banyak jugak desert yg ade kat snie..boleh thn la..pasta die pun not bad..

Overall really enjoy..next trip plz..:D..ahaha..hurm those yg nk pergi..bolehla pergi nanti okeh..








Thursday, May 19, 2011

Jangan pegang pegang!


Apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?
Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.
Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kcar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan.
Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.
Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan.
Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin.
Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.
Sumber Text: Halaqah
ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 26)
 
iluvislam.com

Terlalu diberi kemewahan.


Aku agak tertarik dengan tajuk akhbar ini, sedikit sebanyak terasa juga di hati ni..huhu yela name pun masih pelajar mane idak nye hoho...

DIBANDINGKAN kehidupan dan cabaran pelajar dulu dan sekarang, memang banyak perbezaan. Jika dulu hanya berjalan kaki atau menaiki basikal, sekarang ada pengangkutan ke sekolah atau kereta yang menanti di depan rumah malah jika dulu hanya menjamah makanan asas sebagai alas perut, kini dilambakkan pelbagai juadah hebat. 


Mereka yang lebih bernasib baik dibekalkan dengan wang melebihi keperluan selain pelbagai gajet elektronik seperti telefon bimbit canggih dan komputer riba. 

Bagaimanapun, di tengah segala kemudahan itu, terbit pula kesannya apabila melihat jati diri dan semangat belajar mereka tidak sekental pelajar dahulu.




Pencapaian pelajar hari ini juga tidak sehebat mana walaupun dikelilingi kemewahan yang tidak dimiliki pelajar generasi lama. Apa puncanya?



Senario itu mewujudkan jurang ketara hingga membenarkan tanggapan pelajar hari ini terlebih dimanjakan hingga menyebabkan jati diri dan prinsip hidup menjadi lembik serta rapuh.

Pengarah Pusat Inovasi Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, membandingkan kedua-dua zaman pelajar perlu asas yang kukuh bagi membolehkan golongan terbabit dihakimi dengan seadilnya.

Beliau berkata, meskipun ketara kerenah pelajar hari ini manja dan mewah, bukan semua tidak mampu berdikari malah ada menunjukkan prestasi luar biasa jika keadaan memaksa.

“Mendefinisikan pelajar hari ini dengan tanggapan itu tidak salah namun perlu disokong bukti yang kukuh. Biarpun sekilas pandang mereka manja dan mewah, bukan semua begitu.

“Skop mewah itu sesuai ditujukan kepada pelajar dalam negara tapi jika di luar negara, tidak boleh kerana kebanyakannya matang dan berdikari dalam segala tindakan serta pemikiran.

“Bagaimanapun, masyarakat tidak boleh dipersalahkan jika mempunyai tanggapan begitu tetapi sebaiknya dilakukan dengan skop lebih luas,” katanya.

Memang pelajar moden diakui cukup bertuah kerana menikmati kemudahan dan kesenangan tanpa perlu berusaha keras hinggakan masyarakat melabelkan mereka dengan pelbagai �pandangan serta isu skeptikal.

Apatah lagi, didorong sikap ibu bapa yang ‘menyogok’ anak-anak dengan pelbagai material atas alasan menutup rasa bersalah kerana pengukuhan kerjaya menjadikan keadaan semakin kronik.

Pelajar dulu perlu berusaha keras dengan kudrat sendiri bagi memenuhi keinginan, menjadikan mereka lebih berjaya meskipun dihambat kemiskinan.

Ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada institusi pendidikan menjadikan anak mereka berjaya berbanding hari ini, mereka mudah melenting jika anak ‘disentuh’.

“Siapa tidak sayang anak tapi jika keterlaluan akan menyebabkan mereka ‘rosak’. Apabila sikap ini dibentuk sejak awal, apabila memasuki institusi pengajian tinggi (IPT), keadaan sukar diubah.

“Di IPT, mereka melalui frasa pendidikan berlainan yang segalanya perlu bergantung pada diri sendiri. Malangnya, kerana sering terbiasa mewah dan manja, kebanyakannya gagal bertahan, banyak merungut atau menimbulkan masalah.

“Apatah lagi faktor persekitaran seperti rakan sebaya menjadi ancaman kuat, mereka mudah terpengaruh.

“Biarpun turut mempunyai kecenderungan dan kehendak serupa seperti rakan lain, mereka gagal mengawal diri kerana terlebih manja,” katanya menolak tanggapan faktor latar belakang keluarga punca kerapuhan jati diri pelajar hari ini. 

“Jangan berikan alasan latar belakang keluarga sebagai penyebab, namun keperluan perlu dilihat melalui cara didikan ibu bapa.

“Kebanyakannya salah memilih dan membiarkan diri terus hanyut mengikut arus kesenangan tanpa memikirkan implikasi masa depan.

“Akhirnya, mereka sukar keluar daripada kepompong lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Belajarlah untuk merasai kesukaran supaya tidak membebankan diri kelak,” katanya.

Bagaimanapun, akuinya, sikap ini berbeza dengan pelajar luar negara kerana tanpa pilihan, mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri.

“Pelajar manja perlu sedar, kesenangan dinikmati tidak mungkin bertahan lama, justeru segeralah berubah untuk menyelamatkan diri pada masa depan,” katanya.

From-Metro

Tuesday, May 17, 2011

Airmataku

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai cara tapi kadang kala kita tidak sedar akan perkara tersebut..termasuklah aku tidak lari dari diuji..dan kadang kala membuatkan aku jadi x tentu arah..fikiran berpusing2..badan di sini..ingatan di sana..kadang2 hati jadi tidak tenang..jangtung tiba-tiba berdegup dengan pantas dan sebagainya..

Aku bukanlah insan yang sempurna..yang tidak pernah kalah menahan perasaan..kadangkala airmata bergelinangan di pipi bila aku tak dpt nak control perasaan..walaupun sudah mencube menahan tapi aku tak mampu..airmata..terus jua keluar mengalir..dan sebenarnya tangisan itulah yang a boleh menenangkan hati kite jika bersedih disebabkan sesuatu perkara..kadangkala aku tak dapat nak menahan hinggakan menangis didepan org lain...lebih2 lagi keluarga mahupun teman..

Bila airmata jatuh ke pipi..ada ketika kita tak peduli pun ade org ke tak depan kita..kerana bukannya suatu kesalahan jika mengalirkan airmata diperhatikan orang..huhu..mungkin timbul perasaan malu bila difikirkan semula setelah puas menangis..apepun jika itu boleh melegakan diri ini..biarlah aku menangis..pedulikan orang lain..yang bersedih..yang menanggung pedih..yang menahan perasaan...adalah diri ini..jadi x perlu pedulikan kata orang lain..

Banyak sebab sebenarnya seseorang itu mengalirkan airmata..dan airmata tiba2 mengalir adalah kerana perasaan dalaman yang kita rase..airmata sebenarnya suatu anugerah berharga yang diberikan kepada kita semua..ade orang menangis kerana kehilangan orang tersyg,gagal dlm peperiksaan,insaf akan dosa2 silam,tidak berjaya dlm sesuatu perkara dan menerima ujian yang besar....ade jugak menangis kerana gembira,terharu....ini semua tindakbalas yang berlaku setelah perasaan kita terusik..kadang2 aku tngok org nangis pun aku boleh  menangis..tngok citer sedih kat tv..aku skali banjir..oh..sensitive sungguh aku..tapi selalunya kaum hawa yang sering mengalirkan airmata..mengikut perhatian aku..berbanding kaum Adam yang lebih cekal...tp x smue..kebanyakannya..

p/s : aku hanya insan biase..aku sering mengalirkan airmata..bila aku sedih..itulah cara terbaik aku meluahkan perasaan sedih dalam hati ini..hidup anugerah terbesar diberikan kepada aku..tetapi hidup tidaklah selalunya indah..dugaan datang dan pergi..hati ini sering teruji..perasaan ini sering terusik..buatkan airmata..menjadi peneman terbaik diri ini..cubalah fahami diri ini..aku x mintak wang ringgit..aku x mintak masa yang banyak..aku hanya mintak untuk difahami..terimalah aku seadanya..kerana ini lah diri aku..




Sunday, May 15, 2011

Semalam i kol u, u x answer..

KANTOI!!!


Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
But when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai, you tak ada
Lagilah I jadi gila!

So I called and called sampai you answer
You kata, 'Sorry, sayang. Tadi tak dengar.
My phone was on silent, I was at the gym."
Tapi latar belakang suara perempuan lain.

Sudahlah, sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you? I pun tak tahu
No wonderlah my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex-boyfriend's best friend...
Tommy...

Lagu ini sesuai bangat jika ditujukan kepada kekasih2 diluar sana yang ade spare part..2,3,4 hoho..bila sudah kantoi..banyak pulak alasannye kan..hurm...haha baik lelaki mahupun perempuan...






Thursday, May 12, 2011

Jangan Bertasbihkan Cinta


Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.
"Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya," luah seorang isteri.
"Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal..." ujar saya.
"Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil," balasnya.
"Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. "
"Akibatnya ini?"
"Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."

Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita!  
Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.
Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.
Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.
Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan... ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.
Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.
Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?
Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakana pada diri,"wahai diri, kau berkahwin kerana Allah..." Insya-Allah, "talian hayat" perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.
Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!
Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.
Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.
Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, "Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan."
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal...

Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem "Bila Cinta Bertasbih". Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!
Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui'orang perantaraan' (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.
Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap "mengenal" agama bakal calon.
Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan "maklumat" tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.
Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.
Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.
Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.
Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan 'lesen' seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.
Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.
Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.
Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.
Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!
Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...