Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Showing posts with label What in My Mind. Show all posts
Showing posts with label What in My Mind. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Saya Mahu berJaya




Assalammualaikum dan selamat malam semua....harap semua sihat Sejahtera...

Alhamdulilah Cp sudah pun habis tamatkan pengajian Sarjana Cp, dugaan memang banyak , kalau putus asa memang sukar untuk habiskan pengajian nih.. berkat sokongan keluarga dan rakan 2 akhirnya berjaya juga cp habiskan pengajian ni. InsyaAllah bulan May konvokesyen Cp. Habis je belajar bulan january haritu cp terus kerja sempat cuti dalam 2 minggu je mcm tu, tapi kerja nye biase je buat sales. Bukan semua orang nak buat kerja nih, bukan semua orang boleh buat sales, sebab tu la cp sahut cabaran hihi cuba amik pengalaman sambil mempraktikan teori marketing and sales yang cp da belajar cewah..:D..memang banyak dugaan buat sales ni lebih2 lagi face to face dengan pelanggan..macam2 jenis orang cp jumpe tapi seronok sebenarnye sebab kerja ni outdoor x duduk je kat office..dapat jumpe ramai org..dapat pergi banyak tempat..agak seronok jugak..:D untuk pengalaman tu elok sngt lah kan.. tapi dalam masa yang sama Cp masih mencari kerja2 lain yang lebih menjamin masa depan...

Sekarang ni ramai fresh graduates bersaing untuk mendapatkan kerja..lebih2 lagi jika kerja tu memberikan benefit yang bagus interm of salary,medical dan lain2 lagi...siapa xnk kan?? jadi semua kena bersaing secara sihat untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan tu..tapi memang x boleh nak memilih sngt kerja sekarang ni..apa sahaja peluang yang datang depan mata..peluang itulah yang perlu kita ambil ...dan jika ade peluang yang lebih baik..kita ambil pula peluang yang tu ..untuk menjadi manusia  yang berjaya kita memang perlu mula dari bawah..org yang berjaya sekarang ni pun..pernah hadapi masa sukar mereka..jadi Cp yakin semua insan mampu menjadi manusia berjaya bukan sahaja didunia tapi diakhirat jika kita memang ingin kearah itu..nawaitu tu yang penting...

Buat masa ni cp sendiri pun runsing fikirkan arah mana yang ingin cp tuju setelah tamat pengajian..memang banyak application cp sudah antar..few temuduga juga cp sudah pergi..tapi belum ada rezeki tapi xpe..benda yang baik tu kadang2 bukan dalam mase singkat kita boleh dapat..jadi cp kena bersabar..cp jugak x terkecuali apply untuk jadi lecturer..macam rakan2 sarjana yang lain..sebab kebanyakan pelajar yang ambil sarjana/master..mereka akan lebih prefer untuk sambung dlm bidang education..sebab peluang kearah itu memang ada..memandang untuk menjadi pensyarah pun sekurang-kurangnya perlu ada master..jadi why not ambil peluang yang ade..aply..mana tau rezeki..jadi pensyarahlah kami..tapi rakan2 cp memang da ade yang terus jadi pensyarah ..sehabisnya belajar..sebab mereka under tenaga pensyarah muda(TPM)..itulah benefit bg mereka yang dpt scholar TPM uitm..mereka akan terus dihantar mengajar tamat dari pengajian...Apapun rezeki masing2 sudah ditentukan terpulang pada kita..untuk usahakan...

Thanks for ur time.. :-)

Wednesday, February 1, 2012

Terima kasih Sahabat


Banyak Fasa dalam kehidupan telah kita semua lalui , Cp tidak terkecuali dari tadika sampaikan univesiti, teman silih berganti lebih-lebih lagi Cp sering berpindah randah jadi menemui insan baru dalam hidup memang menjadi kepastian setiap kali berpindah. Cp tak nafikan memang perit meninggalkan teman yang telah dikenali dan memang janggal untuk memulakan perkenalan baru , setiap kali pindah itulah dugaan yang perlu dihadapi, tapi bila meningkat dewasa teknologi jugak sudah makin canggih yang jauh jadi dekat...yang dekat jadi rapat, jika kita jauh sekalipun kita masih boleh berhubung menggunakan laman sosial,google talk,Skype,Ym..mcm2 lagi janji kena ada line internet kat kawasan tersebut.

Melalui Fasa menjadi seorang pelajar sangat seronok, dan walaupun sudah habis Cp masih lagi belajar..kerana ilmu tu luas tidak merangkumi ilmu di dalam universiti semata-mata, ilmu dunia akhirat masih banyak Cp perlu belajar. Perkara paling seronok zaman belajar adalah "berSahabat"... Semua sekolah cp pergi mesti jumpa sahabat baru..memang seronok tapi yang tak seronok bila berpisah.. tapi Alhamdulilah walaupun berpisah..Fb menyatukan Cp dengan rakan2 dari zaman sekolah rendah,menengah,diploma,degree ,practikal n semestinya Master.

Sangat seronok bersahabat..kadang-kadang sahabat lebih memahami diri ini berbanding keluarga sendiri... hidup tanpa sahabat sukar nak diterjemahkan... Semua kenangan yang Cp lalui sepanjang kehidupan Cp adalah kenangan yang indah..walaupun kadangkala ada saat yang memeritkan cp jadikan ianya sebagai dugaan untuk mendewasakan diri. 

Cp sayang sahabat-sahabat Cp bagaikan sayang keluarga dan saudara Cp.. Semoga ukhwah antara kita dengan sahabat-sahabat kita semua terus terjalin hingga ke akhir hayat insyaAllah... Rakan2 master.. terima kasih..jika tiada bantuan anda semua ..sukar untuk saya menyempurnakan pengajian yang penuh panca roba nih.... huhu "Aishah, k.shahrul, k.linda, mira, fatin, qila, ida, Chibi, Pika, Khai, miza, ash, Y , Mahsa, Bell, Ninie,K.tZ,K.zara, Anne,Seriyana,k.saf, wanie, Norzan, Azlinda,Yazmeen, Zati, Malek, Faz, Ridzal, yuhafidz, cetonk, fahmy, Izfar , Payjay, amri, Shazeer , Taj, "...maaf kalau ade yg tertinggal..rase semua da ade..huhu... terima kasih kamu semua..kerana hadir dalam hidup saya..marilah sama2 berjuang melalui fasa baru dalam kehidupan...Ukhwah Fisabililah.....

To Ain..~ thank you..coz u always there for me..i know... 


TERIMA KASIH SEMUA ...KERANA HADIR DALAM HIDUP CP..
(Sahabat2 blogger tidak ketinggalan)... :D


Sunday, January 15, 2012

Dugaan menjadikan kita tabah!

Assalammualaikum dan salam hujung minggu kepada semua rakan2, lama sungguh cp x update blog ni .. dah berhabuk-habuk memang susah nak bersihkan habuk2 kat blog ni akibat terlampau lama cp tinggalkan. Cp sangat sibuk sampaikan xde masa untuk meluah perasaan kat sini, Alhamdulilah semester akhir cp bakal berakhir tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tapi result nya xtahu la lagi macam mana, doakan yang terbaik untuk cp ye kekawan.  Sebenarnya banyak dugaan yang cp perlu tempuhi akhir-akhir ni, dan bukan mudah menjadi pelajar, tapi cp x cakap pula senang menjadi pekerja..cuma situasinya berbeza. Untuk semester akhir cp ni, cp perlu menyiapkan thesis ABR (Applied business research) disamping beberapa subject lain..dan semuanya bagi cp sngt mencabar minda cp..huishh.. memang stress sangat2.. nak menangis pun air mata da kering..sebab tekanan yang sngt tinggi.. jadi cp sarankan sesiapa yang nak sambung master nanti...pastikan kamu semua betul2 bersedia dan jangan mudah putus asa ye..kena bertarung habis habisan hingga ke akhir semester. 

Lepas habis belajar ni, perlu mengorak langkah lebih jauh untuk menceburi dunia pekerjaan yang cp tahu lebih mencabar, apa pun cabaran itulah yang akan mematangkan dan membuatkan kita lebih kuat sebenarnya. Cp sudah bersedia untuk tempuhi dugaan2 yang mendatang lepasni, biarlah apa pun jadi, janji ayah ibu cp sentiasa support cp dari belakang..asalkan rakan2 cp masih bersama cp.. berjuang sama2 dalam masa yang sama mencari keberkataan dan keredhaan Allah S.W.T..

Memang tak mudah untuk berjaya dalam hidup ni, tetapi tidak mustahil.. jadi cp ingin jadi orang yang berjaya.. insan yang boleh membanggakan ayah dan ibu cp.. putus asa haruslah cp ketepikan kerana apa pun xkan menjadi jika kita berputus asa... Jadi rakan2 ayuh kita bangkit..jangan jadikan putus asa, dugaan yang datang sebagai alasan untuk kita tidak berjaya.. biarlah apa orang lain nak kata..asalkan apa yang kita lakukan benar , diberkati dan memberi manfaat kepada manusia sejagat... InsyaAllah..ada caranya~

Tuesday, October 11, 2011

Bila sudah tiada baru dikenang~

Assalammualaikum, apa khabar semua harap sihat Wal'afiat di samping insan2 tersayang disisi. Hari ni Cp nak share sedikit pendapat Cp mungkin ade yang setuju dan mungkin ada yang tidak setuju tapi ini hanyalah sekadar pendapat Cp. Kita tau ajal maut semua di tentukan Allah S.W.T, dalam kita sihat2 pun ada juga yang pergi, jika itu telah tertulis, x kira siapa kita popular,,x popular..bila ajal kita sudah tiba tiada siapa yang dapat menghalang. 

Cp sebenarnya pelik kenapa bila orang2 sudah pergi baru nak beri penganugerahan,pingat dan sebagainya?? kenapa tidak semasa masih hidup?? kenapa dari mula kita x menghargai mereka..? bila sudah pergi baru sedar insan ini...atau insan itu banyak menyumbang bakti kepada negara dan sebagainya. Cp bukan apa, bagi Cp kalau betul nak menghargai jasa insan2 yang berbakti kepada negara dan sebagainya..berilah semasa mereka masih hidup bukannya setelah mereka sudah tiada..sebab ianya bukan boleh di bawa kemana-mana..

Kenapa tidak diadekan kenduri arwah?? kepada semua insan2 yang berjasa ini ..sedekahkan yasin beramai-ramai dengan harapan semoga roh mereka disemadikan bersama insan2 yang beriman..Yang lagi Cp pelik, mereka telah meninggal tapi dianugerahkan darjah kebesaran seperti pangkat Datuk, Tan Sri dan sebagainya..Cp pelik sebenarnya..bukan begitu sahaja cara untuk mengenang jasa..masalahnya setelah pemergian baru nak dikenang..

Jadi jika betul ada pihak2 yang ingin memberi pengiktirafan, penghargaan dan sebagainya kepada insan yang sepatutnya menerimanya..berilah semasa mereka masih ada bukan nya setelah tiada.. Dari sekarang kita sudah patut menghargai.. ini sekadar hanya pandangan..jika ada yang berasa hati CP mintak maaf ye..:D

Friday, September 30, 2011

Hidup Perlu Cekal!

Assalammualaikum, hurmm Cp sejak kebelakangan x aktif mengupdate..ish ish ish,..apela nak jadi dengan Cp ni..wake up Cp..Cp Harap semua sihat sejahtera.. Seperti yg sedia maklum..bulan september adalah bulan bermulanya semester baru bagi pelajar degree ...master...Phd and bla2...diploma start lebih awal kan?? Jadi bila start semester ..nak kate banyk sngat keje sampai x sempat nak online x jugak..tapi cp pun x tahu kenape..mungkin sebab ade penyakit "M"...hihi ape die...Carila sendiri ek..sebab tu la kot..Blog cp ni asik berhabuk jek..tenggelam timbul...silap2 boleh lemas..hihi erkk..merepek plak..

Tapi xpe..Cp akan cube cari ruang dan peluang untuk sentiase mengikuti perkembangan rakan2 blogger..:D dan mengemas kini blog Cp ni dengan pengetahuan bermanfaat untuk kita semua..insyaAllah.. Sebagai seorang pelajar pasti akan ada dugaan yang perlu dihadapi..bukan sahaja sebagai seorang pelajar..tetapi sebagai seorang insan di muka bumi nih..pasti ade dugaan yang penuh panca roba yang perlu tempuhi..jadi kesabaran yang tinggi dan sentiasa cekal menghadapi segala yang mendatang adalah sangat perlu..kadang2 diri kita x cukup kuat untuk tempuhi sesuatu ujian yang datang dalam hidup kita ..dan itu yang membuatkan kita menjadi stress dan hilang pertimbangan.. dan "down"...dan orang lain tidak akan faham apa yang berlaku kat diri kita selain diri kita sendiri...melainkan Allah S.W.T..

Tempat yang paling baik untuk kita mengadu adalah kepada Allah S.W.T..dia maha mendengar..maha mengetahui , maha pengasih..maha bijaksana.. kadang2 kita mengadu kat org lain..org jadi salah tafsir dan timbullah salah faham..jadi mengadulah pada maha pencipta..semoga segala sesuatu yang terjadi dipermudahkan.. Cp sangat kagum dengan insan2 yang berjaya pada hari ini..yang dahulunya mereka sangat susah..mereka melalui sangat keperitan dan tabah menghadapi liku2 kehidupan.. dan kadang2 Cp terfikir sejenak..bagaimana mereka boleh berada ditahap ini..?? apa yang mereka lakukan?? dan mulalah pemikiran negatif bemain di minda Cp..."aku x mungkin jadi begitu..begini.. " ... bg Cp..mereka adelah insan2 sngt cekal menempuhi hidup ini..ibu ayah cp pun adelah org berjaya di muka bumi ini..berjaya bukan sahaja diukur pd kekayaan yang mereka ade..tetapi bg cp..berjaya tu boleh juga di inteprestasikan dalam konteks yang berbeza..berjaya membesarkan anak2..berjaya menjadi muslim sejati..dan banyak lagi..banyk sebenarnye org yg berjaya..:D

Tetapi bila difikirkan semula..kenapa mereka boleh? kita x boleh? apa beza nya kita dari mereka? dua mata..dua telinga..mempunyai akal fikiran...dan sebagainya.. jadi Cp x nak putus asa pada perkara yang tak pasti..setiap insan dimuka bumi ni..telah ditentukan rezeki masing2.. insyaAllah jika kita berusaha..mungkin kejayaan milik kita..tapi biasalah huhu mengalah sebelum mencoba..bagaikan tradisi kita..huhu harap dapat dijauhkan.. hihi apelah cp berceloteh nih..x relate ke tidak dengan tajuk diatas..:D tetibe nk nulis cengginih..yg mane paham Alhamdulilah..yg x paham..buat2 paham jela..hihi...

"Kita merancang...Tuhan menentukan...siapa kita untuk mempersoalkan..
sedangkan semua telah ditentukan"

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Merdeka Malaysia!!

Selamat hari Merdeka Malaysia yang ke 54..wah Merdeka tahun ni sama dengar hari raya la plak kan.... raya makin lama makin awal...mengikut peredaran bumi mengikut paksinya..:)..pernah suatu ketika dulu kita kongsi raya..dengan tahun baru cina kan? time tu CP kecil lagi..tapi Cp ingat..sekarang berkongsi dengan hari kemerdekaan...dan beberapa tahun akan datang..kita akan kongsi raya lagi insyaAllah..dan masa tuh umur pun dah makin meningkat..nak buat mcm mane..masa sentiasa bergerak..dan makin lama..terasa makin cepat berlalu...

Sudah 54 tahun Negara kita merdeka..walaupun baru 54 tahun..tapi banyak kemajuan yang negara kita kecapi..banyak negara lain yang sudah lama merdeka tapi masih usaha untuk membangun..dan ada juga yang masih tidak merasa kemerdekaan kerana masih di jajah!!! CP sangat bersyukur kerana di lahirkan di bumi Malaysia..dan CP sangat berterima kasih kepada semua perjuang2 kemerdekaan..tanpa mereka..negara kita tidak akan menjadi seperti sekarang..jika mereka tidak berjuang untuk kemerdekaan negara ini...mungkin sampai sekarang kita masih dijajah oleh negara luar...

Tapi..Cp sedih kerana keharmonian yang kita kecapi tidak semua orang hargai dan ada yang inginkan kekecohan dari pada keamanan...CP tahu x semua org satisfied dengan apa yang kita lakukan.. sebab kita semua bukanlah insan yang sempurna ..masing2 ada kelemahan masing2...

Keamanan yang kita kecapi ..jgnlah kita persiakan..hargailah...segala kelemahan harus diperbaiki bukannya terus menghukumi..no body is perfect...everyone make a mistake...Cp ucapkan selamat hari merdeka dan tidak lupa slmt hari raya kepada semua yyer..;D


Saturday, August 27, 2011

Raya yang bakal tiba

Assalammualaikum Warahmatullah hiwabarrakatu...


Kaifa haluki??Kaifa haluka...(Apakhabar)...Harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat di samping keluarga tersayang..CP pun Alhamdulilah sihat sentiasa di sini.. dah beberapa hari CP x update entry..huhu line sini kejap ok kejap x...harap maklum ye hihi..x lame dah nak beraya kan?? macam mana persiapan beraya?? Pasti semua sudah prepare baju raye..kasut raya..kuih raye...dannn bagi yang berkerja ...ape lagi...duit raye...hihi..Pasti semua tak sabar menanti kedatangan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi...Cp beraya di Mesir tahun ni bersama makcik dan beberapa orang saudara di sini.. perasaan beraya tu sudah pasti x sama jika dibandingkan di Malaysia..

Di sini pun mungkin meriah seperti di Malaysia ..xpe nanti CP tngok macam mane suasana beraya di Mesir ni..mungkin beraya di rumah je..Masak la juga rendang ..kuah kacang..cume berjauhan dari keluarga di Malaysia..mungkin CP akan merasa sedikit kelainan ...tapi xpe..walau dimana pun kita berada sambutan hari raya pasti kita akan raikan..walaupun ada rase kekurangan..tapi xpe..insyaAllah kalau dipanjangkan usia..tahun depan raya di Malaysia semula..sudah 2 minggu CP berada di Mesir..walaupun cuaca di sini panas..CP x de la terasa sngt kepanansannya sebab CP duk dirumah memanjang..:D hihi..kalau keluar terasa la kepanasan die tp biase la tuh kan..Malaysia pun x de la sentiase sejuk jadi xdela terasa sngt..

Walaupun baru 2 minggu CP berada di Mesir ..tapi CP dapat pengalaman baru yang tidak dpt di Malaysia..itulah kelebihan jika kita pergi ke negara orang..kita dapat tngok cara hidup dan budaya mereka..itulah yang CP dapat lihat di Mesir..Bumi Mesir bg CP sngt indah..selalu CP tngok dalam tv jek padang pasir ..di sini CP dapat tngok live..pokok kurma..pulak depan rumah je..pokok kurma lebih kurang mcm pokok kelape sawit cume ianya lebih tinggi dan buahnya buah kurma la kan..cuma unta CP x tngok lagi..mungkin kalau CP pergi ke pyramid CP dpt tngok unta..insyaAllah lepas raye..sebab bulan puasa nak berjalan takut x larat...Apepun Cp nk katekan bahawa..raya bakal tiba..jgn dilupa pada yang memerlukan dan yang telah tiada...

Dikesempatan yang ada ni CP nak ucapkan :


Maaf Zahir dan Batin..
Cp nak mintak maaf dari hujong rambut hingga ke hujong kaki..kepada semua..
Mungkin ada penulisan CP yang menyinggung perasaan sesiapa..
CP mintak maaf..bukan niat untuk menyakitkan ..
Itu semua ikhlas dari hati...
Semoga Syawal tahun ini memberi sejuta makna buat kita semua..
SEmoga kita dapat menyambut dengan kesederhanaan dan bukannya pembaziran..
CP rindu semua insan yang CP sayang di Malaysia..
lagi 2 minggu CP akan balik ...:D
Tunggulah kepulangan CP ye..hihi..
Harap semua bergembira di hari raya nanti..
Hasad dengki sama2 kita jauhi..

Salam syg dari:
CP (Cahaya Petunjuk/Noorhidayah)


Friday, August 12, 2011

Berangkat Esok

Assalammualaikum, Harap semua sihat wal'afiat di bulan Ramadhan penuh kemuliaan ni.. semua puasa cukup x ni?? harap2 cukup la ye..bg yang berkecuali itu xpe..dimaafkan..!! hihi..:D Hari nih dah masuk Ramadhan ke 11 kan..wah sekejap jek..rasenye mcm baru semalam bermula ramadhan..memang sekejap sngt CP rase..huhu..sayang mengingat Ramadhan yang terlalu cepat berlalu..Seronok sebenarnye bulan Ramadhan ni..CP dapat rasekan..ukhwah antara KAum keluarga..sahabat dan masyarakat setempat bertambah lebih erat bila di bulan puasa..mana taknya..puasa..pasti satu keluarga dan kadang2 bersama sanak saudara..kalau ke masjid mahupun surau..untuk berterawih..semestinye bersama masyarakat setempat secara tidak langsung dpt merapatkan ukhwah sesama insan...betul x?? alangkah seronok jika Ramadhan..lebih dari sebulan..:D..Pahalanya berlipat kali ganda dari bulan2 yang lain..Syaitan semestinya dirantai..dan mungkin ramai yang boleh lebih menginsafi diri dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya..Apapun semua terletak pada individu tersebut..:D

Baru nak masuk tentang tajuk entry..hihi wah panjang betul  intro  CP..Sebenarnya esok.. 12 August 2011 bersamaan dengan 11 Ramadhan.. CP insyaAllah akan bertolak ke CaiRo , Mesir ...Bersama Saudara Cp ... Ini kali pertama CP akan menjejakkan kaki di bumi anbia ini..Banyak kisah sejarah Nabi terdahulu dan para Sahabat yang kita dengar..di Makkah..juga di Mesir..jadi dikesempatan yang ada ini CP berpeluang menjejakan kaki di Bumi Mesir..insyaAllah..lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini..Harap semoga CP selamat pergi dan Pulang..

Cp akan berada di sana selama sebulan..bukan saja2 CP pergi tetapi menggalas tanggungjawab sebenarnya..bila berbicara tentang tanggungjawab ni...banyak sebenarnya..tanggungjawab kita sebagai seorang islam..seorang anak..cucu..adik..saudara..dan sebagainya..jadi..ini pun salah satu tanggungjawab..tanggungjawab ape..hihi xde pe..hihi..adela xpela biar CP simpan je k...tanggungjawab x besar mane pun..tp still bagi Cp tanggungjawab..hihi..

Sebulan di sana ini bermakna CP akan beraya di sana..jauh dari ayah dan ibu di Malaysia serta saudara2 and kwn terbaik CP huhu AIN!!demi sesuatu kita kadang kala kita harus korbankan sesuatu...huhu....dan ini kali pertama CP beraya di luar negara tanpa mereka..xtau la mcm mana nanti semoga semua nya akan okay...ihihi tp CP akan balik selepas raya..xpe..raye sbulan masih ade masa untuk menyambut bersama keluarga..dan baliknya cp nanti..terus masuk sem akhir untuk pengajian CP semoga semua nya berjalan dengan lancar..Semoga Allah sentiasa ada dengan CP..dan bersama orang 2 yang cp syg..

CP harap juga di sana nanti ada line internet..:D kalau x suram la blog CP selama sebulan..huhu kawan2 jgn lupa ye dtg singgah blog CP...tinggalkan jejak banyak2 setiap hari k..insyaAllah kalau adee line di sana nanti..CP..akan terus berblog..hihi..update keadaan disane ke ape ke..tngokla nanti mcm mane kan..xleh nak janji..okla itu sahaja untuk mlm ini..harap semua sihat ...dan tabah menempuhi hidup ini..mane tau x dpt nak update kat sane nanti..CP ucap awal2 selamat hari raye k..:D

Thursday, July 28, 2011

Gembira sebenarnya sedih

Assalammualaikum, harap semua sihat di samping insan2 tersayang di sisi..
Bersyukur lah bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa di dunia ini.. dan mereka yang sudah tidak berayah atau beribu harap tabah menghadapi hidup ini.... Cp sangat bersyukur kerana masih mempunyai kedua-dua insan yang sayang Cp sayangi di dunia ini ibu dan ayah..merekalah orang yang sangat ambil berat tentang diri CP.. merekalah yang memberi kasih sayang tidak berbelah bahagi walau apa jua yang terjadi..mereka lah yang memotivasikan CP supaya menjadi manusia..dan kerana merekalah CP berada di muka bumi ini..dan itu membuatkan CP berasa sangat bertuah dan gembira..kerana mereka sentiasa ada di sisi CP..

Tapi..dalam gembira..CP sedih..:'(..CP sedih bila melihat ada anak2 yang lupakan ibu bapa mereka.. CP sedih bila melihat anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa..dari sebesar ibu jari..hingga telah berumah tangga..tetapi boleh melupakan ibu bapa..CP sedih bila melihat wajah kecewa mereka..bila mengharapkan anak 2 mereka..tetapi..impian tidak menjadi nyata..dan yang paling CP sedih ketika ibu dan bapa masih ada di dunia..

Orang lain yang kehilangan ibu bapa..mengharapkan agar mereka mempunyai ibu bapa..untuk di beri kasih syg dan sebagainya..tetapi mereka yang mempunyainya..ade yang tidak menghargainya..?? macam mane?? anak2 yang tak jenguk2 ibu bapanya..anak2 yang tidak menghubungi ibu bapa nya..anak2 yang bagaikan lupe segala pengorbanan yang telah mereka terima,, dan inikah balasan kepada ibu bapa mereka??

Kalau sibuklah alasan yang diberikan.. ingatlah..ayah ibu kita sibuk berkerja..dalam masa yang sama..berjaya..besarkan kita..dan langsung x lupa memberi segala yang kita perlukan..kasih syg..pendidikan..dan mengikut apa sahaja kehendak kita..supaya kita gembira..tapi kenapa kita pulak nak buat mereka sedih? kenapa ade anak yang sanggup biarkan ibu bapa mereka duduk di rumah orang2 tua..kenapa ada anak sanggup melakukan kekejaman terhadap ibu bapa mereka?? adakah ini keadilan setelah seluruh jiwa diberikan? adekah ini balasan..daripada kebaikan ??

Walau sibuk mcm mane sekalipun..luangkanlah sedikit masa dengan mereka!! mereka rindukan kita!! mereka bukan inginkan duit atau sebagainya..apa yang mereka ingin kan perhatian!! kasih syg... ibu seorang boleh jaga anak 10 orang ..tetapi bolehkah anak 10 orang menjaga ibu seorang??? belum tentu lagi..CP sangat sedih dengan perkara ini...ingatlah..syurga dibawah telapak kaki ibu..janganlah jadi anak yang derhaka..sekali kita menitiskan airmata ibu dan bapa kita..dek kerana perbuatan kita.. terimalah pembalasan nye nanti!! CP syg ibu bapa CP..terima kasih untuk segalanya.. jasa ibu dan ayah..mungkin CP x dapat balas..sngt tinggi jasa mereka ..CP akan cuba sedaya yang mungkin..Allah sahaja dapat membalas jasa mereka membesarkan kita.>!!!! hargailah mereka selagi mereka masih ade!! jgn lah menyesal..bila mendengar berita yang tidak disangka!! hidup di dunia bukan selamanye..

Tuesday, July 26, 2011

Hidup Mati

Hidup..Mati..Jodoh ..pertemuan dan semua yang berlaku di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan dengan izinnya semua perkara ini terjadi... 2,3 hari ni 2 orang insan yang ade kena mengena dengan CP ..iaitu sedara CP dan seorang lagi warden masa CP diploma dulu telah kembali ke rahmatullah.. Allah lebih menyayangi mereka..dan seperti yang kita tau setiap hari ada sahaja mangsa korban dilaporkan tidak kira dimana sahaja kita berada di pelusuk dunia ini...

Dan ajal juga tidak mengenal usia..kanak2,remaja,dewasa dan warga emas tidak terlepas dari perkara ini.. Syukurlah bagi kita yang masih hidup di muka bumi ini..semoga Allah panjangkan usia kita semua insyaALlah... untuk bersedia bertemunya nanti..

Bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, pasti sangat luluh hati kita..CP faham perasaan itu, lebih2 lagi anak2 yang kehilangan ibu,bapa atau adik beradik dengan sekelip mata.. dalam kemalangan atau bencana yang tidak kita duga terjadi..ini sememangmya ujian yang sangat besar yang perlu setiap insan hadapi..

Kita yang hidup harus tetap teruskan hidup walau apa pun terjadi..dan doakan agar insan 2 yang tersayang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. walaupun pahit kita tetap perlu hadapi liku2 kehidupan ini..tabahla semua...


Yang hidup teruskanlah hidup..tapi jgnlah sia2kan hidup dengan melakukan sesuatu yang tidak bermanafaat yang membawa maut...tanpa keredaannya..

Sunday, July 24, 2011

Seminggu sebelum Ramadhan

Assalammualaikum semua, Harap sihat wal'afiat hari ni...:D selamat berhujung minggu, hihi lambat betul CP ucap..esok semua dah nak kerja n belajar dah pun hihi..Pejam celik..dah tinggal seminggu je lagi kan nak menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..Korang semua dah sedia nak hadapi Ramadhan kali ni? insyaAllah dah sedia diharapkan!!

Oh ye!! Semua dah ganti puase ? (bagi kaum hawe) kaum Adam semua puase penuh kan?? tiade alasan untuk ponteng kecuali benar2 terpakse akibat sakit dan sebagainya.. Kalau ade yang belum , cepat2 habis kan,,dah tinggal seminggu je lagi ni! tapi CP yakin semua dah habis ganti puase kan2..Diharapkan macam tu la..

Seperti biase jugak..dah nak masuk bulan ramadhan ni..banyak betul promotion hotel2 dan sebagainya untuk hidangan buka puase..bagi yang nak berniaga bazaar pun pasti tengah nak prepare kan maklumla next week dah start mencari rezeki..x ketinggalan promosi Raye..huihh dah start jugak!! huhu pose x start lagi..promosi raye dah start hihi..nasib baik lagu raye x berkumandang lagi..!! 

Haritu CP ade dengar radio..seorang pemanggil ni bertanya pada ustaz..die seorang perniaga dan masa bulan puase la die nak cari rezeki tapi dalam masa yang sama die x nk ketinggalan melakukan terawih, die ade 3 org pekerja..dan mcm mane nak semua nak pergi terawih..xde sesiape yang menjage kedai nanti...

Lalu ustaz tu pun menjawab " berniagalah kamu,carilah rezeki, terawih itu bukan sahaja boleh dilakukan di surau atau masjib secara berjemaah bahkan boleh dilakukan sendiri dirumah" ...:D jadi kalau x dapat ke surau untuk melakukan terawih buat dirumah pun boleh ok..:D..

Wawallahualam..

Sunday, July 17, 2011

Terkenang zaman kanak-kanak

Memalam yang dingin mcm nih..tiba-tiba teringat masa dlu2..hihi zaman kanak-kanak.. memang best !!! pk main jeekk!! Aku ni keluarge yang berpindah randah sebab ayah selalu kena transfer ke sana snie..jadi kena la ikut..Sekolah rendah jek..4 kali aku pindah!! setiap kali pindah rumah..skolah pun mestila kena pindah jugak ..huhu..aku ingat lagi sekolah aku darjah satu Sekolah rendah kebangsaan Wangsa Maju seksyen 1,KL..Darjah 2 dan 3 aku skolah kat Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Cheras..Sekolah ketiga aku..Sekolah rendah kebangsaan Seksyen 20 shah Alam mase tu aku darjah 3,4..dan yang ke-4 adelah sekolah kebangsaan kelana jaya 1, Petaling Jaya..5 dan 6...huhu xke banyak skolah rendah?? hihi Pindah bukan sebab masalah disiplin oke!! terpakse..setiap kali pindah sekolah mesti sedih gilerrr..baru nak berkwn..dah kena pindah..huhu ntah2 korang ade yg pernah satu kelas dengan aku dulu hihi..

Dulu mase duduk kat cheras time darjah 2 mcm tu..tau x kat mane tmpt aku selalu main?? budak lain main kat taman permainan..aku join abg2 aku..main kat dalam longkang besar.. longkang tu memang besar..air dari lombong memang akan lalu situ..jadi situlah tempat kitorang selalu lepak..hihi tangkap ikan!! memang banyak ikan dalam longkang tu..sebab ikan dari lombong..hanyut masuk dalam longkang..kalau time hujan lagi best..ari laju..kitorang siap mandi lagi..hihi balik rumah..Confirmlaa..kena marah..dah la main dalam longkang..lencun plak tu..huhu..tapi kitorang x balik tangan kosong tau!! kadang2 dapat ikan besar..hihi siap goreng lagi!!tngkap guna tangan x pun gune tangguk..memang seronok..cume berbahaya sebenarnye..jangan cube dirumah yer..!!! kalau ade ular air lalu..semua tergopoh gapah nak ke tepi....takut di patut plak nanti kan..memang merepek2 tempat aku main dulu ish ish ish..longkang kecik..longkang besar semua jadi port..main masak2 la..itu la inila..tau kotor..tapi!! ntah la..aku bleh plak sker...haha
Dulu aku ingat lagi ..setiap permainan tu mesti bermusim..kalau musim main layang2..semua sibuk main layang2 beli...xpun buat sendiri...kalau musim yoyo pun same..masing2 mesti ade yoyo masing2..kan ..hihi ade yang beli mahal ..adew yang beli murah punye..janji ade..pastu main same2..xpun musim main basikal..roller blade..dan sebagainya..dan ade lagi satu mainan tu ala..lupe la plak..ape ntah name nye..yang kite kena jage die..tu ..bagi makan la ape la..hihi lupe la name..yang tu pun bermusim gak..

Tapi aku lebih suke main galah panjang n besball n teng2 gajah..!! Kire aku ni aktive gile la bersukan..cewahh sukan la sngt..hihi semua kanak2 memang mcm tu..selagi x gelap..selagi tu x balik umah..selagi mak x jerit..selagi tu la..duk main kat luar kan hihi.. Mase main besball aku ingat lagi..time tu nak tangkap bola..confidence sngt!! sampai x toleh 2 belakang..main undur je..tuk tuk..!! gedebush!!! masuk terus dalam longkang..Adoiii hihi memang la pening sekejap..peristiwa jatuh...xyah ckp la..memang selalu sngt..nk kate x nampak jalan..mate terbuka luas..mungkin jalan tu yang x rate kot..hihi..sampai la ni pun peristiwa jatuh tetap ade..aduh..!! huhu jatuh x cedera parah xpe..huhu,..kalau jatuh patah ke ape ke..harap dijauhkan la..

Main galah panjang pun beshh!!! lagi2 kalau balik kampung ..berkumpul ramai2.. sepupu belah ayah ramai..jadi memang cukup sngt la..korum kalau nak main..satu kumpulan dalam 6 org mcm tuh..korang tau x mainan galah panjang tu mcm mane?? xde pun gunakan galah..name je galah panjang..Tengok gambar pakcik google bawah ni!

Barisan hadapan kena cube memboloskan diri sampai ke belakang garisan tanpa disentuh /ditangkap oleh pihak lawan..kemudian patah semula ke hadapan..kalau berjaya...semua..hihi kire menang la kan..lebih kurg mcm tu la..ingat2 lupe plak..dah lame x main..kalau nak main skang mungkin x larat dah kot..hihi...Sebenarnye banyak sngt kenangan zaman kanak2..hihi nanti senang2 akan ku ceritakan lagi..Apepun zaman ape sekali pun masing2 mempunyai memori tersendiri kan..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...