Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, July 30, 2011

Cara letak iklan nuffnang di bahagian tepi blog


Assalammualaikum, Harap semua sihat wal'afiat...di hari sabtu nih..lusa dah nak puase..semua da sedia ker tuh?? harap dah sedia lah yer..:D

Hari ini CP nak share mcm mane nak letak iklan nuffnang kat tepi blog mcm iklan CP kat tepi tuh... sebab ade kawan blogger yang tanye..jadi CP rase mesti ade ramai yang nak tau kan..CP pun tahu sebab tngok blog blogger lain..tapi CP da lupe siapa huhu..xpela CP share kat sini pula ok..

Step 1 : Pergi bahagian Design..add widget..
Step 2 : Pilih html/Javascript
Step 3 : Copy code dibawah ini!! yang perlu anda tukar hanyalah tulisan berwarna merah .. huhu xleh nak copy korang type la ek..huhu ...





== YANG ADDS NUFFNANG ..COPY CODE ADV.NUFFNANG KORANG YANG BOLEH DIAMBIL DI WEBSITE NUFFNANG BAHAGIAN AD UNITS... AMIK YANG SIDE BAR PUNYE OKEK!!   


Step 4 : Save dan view la blog anda...



Beginilah hasilnya nanti!!! okeh!! selamat mencube!!

Friday, July 29, 2011

Relakan perpisahan itu


alt
Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi "manusia lain"? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.
Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, "setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran." Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita 'gunakan' cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.
Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?
Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan,tanpa ada lagi keceriaan.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.
Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang 'tidak dikenalinya'. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!
Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:
1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding 'mencari' orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.
Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.
Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.
Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.
2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.
Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang 'jahat' sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.
Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.
Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri. Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!
3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan suami atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi.Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
Ya, burulah cinta itu. Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di 'body'. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.
Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!
Sumber-iluvislam

Hari Jadi dan Bola!

Hari ini 28 Julai 2011 merupakan tarikh untuk 2 perkara yang kira penting bagi CP ...pertama hari ni hari jadi CP sebenarnye hihihi... dan kedua..hari ni perlawanan final Malaysia menentang Singapura. Ramai kawan2 fb yang wish happy birthday kat CP....x kurang juga ade yang message..dan kol!! Sungguh terharu CP rase kan ucapan2 mendoakan kesejahteraan..huhu semoga segala doa itu diberkati dan dirahmati..:D ... dan paling terharu dan berterima kasih kat kawan baik CP Nur Ain..sebab siap buat..cerita dalam bentuk PDF..hihi sebagai pengganti kad hari jadi..hihi dah mcm journal research CP tngok..apepun terima kasih semua..CP cukup terharu.. Sangat Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup diatas muka bumi ini.. Alhamdulilah..terima kasih pada ayah ibu..kerana membesarkan CP..
Xde buat ape2 celebration pun..memandangkan CP xde dengan parents..esok baru balik umah parents..since ade hal skit di tempat lain..CP pun bukan jenis suka sngt buat celebration nih..mcm malu jek dah besar2 nih nak buat hihi kalau mase kecik tu memang suka la kan mcm tu..:D pastu ajak kawan2 skolah hihi..but dah makin dewase nih..perasaan tu dah makin lame makin hilang..cume sentiase bersyukur kerana insan2 disekeliling..mengingati hari jadi CP hari ini..bila mereka ingat tarikh ni harijadi CP....ini bermakna..mereka ingat kat kita..huhu..itu yang buat CP terharu..memadai jika mereka ingat kan kita..sebagaimana kita mengingati mereka..:D itu dah cukup CP bukan nak hadiah ke ape ke..:D tanda ingatan suda cukup buat CP terharu..terima kasih2 jugak kat abg2 Cp and kakak cp..yg wish kat CP..hihi ingat mereka lupa..yela..dorang kan busy..ibu ayah tentu skali tidak ketinggalan..:D sayang ayah ibu..!!

Tapi tadi sempat CP pergi makan kat Seoul Garden,Puchong dengan kawan baik CP..memandangkan kami free hari ni hihi..dah lame plan x pergi2..jadi tadi kitorang pergi..:D hari ni kebetulan ade mase..terima kasih sohabat ku.. tadi balik dari makan..CP lalu kat Stadium bukit Jalil sebenarnye..dan CP tengok keadaan kat sana..memang ramai lah penyokong yang hadir..mcm kita tngok dalam tv..puluh ribu penyokong Malaysia!!! Rakyat Malaysia memang sangat bagus..menyokong negare sendiri..huhu kiri kanan kereta parking..memenuhi kawasan bukit jalil..nasib baik keadaan jalan okey..x sesak mungkin dengan adenye kawalan pihak polis ..segalanya berjalan dengan baik..!!
Sempat la CP balik tngok perlawanan kat rumah..depan TV sudah cukup..herm..CP tahu pasti ramai penyokong Harimau Malaya..iaitu rakyat Malaysia..Kecewa dengan prestasi permainan Harimau Malaya..huhu.. keputusan akhir di stadium bukit jalil Mal (1) - Sig (1)..tapi agregat Malaysia 4 - singapura 6 .. ..CP pun ade jugak rase sedikit sedih..tapi ape nak buat..rezeki Allah yang tentukan..mungkin bukan rezeki Malaysia tahun ni..nk jadi juara.. mungkin tahun2 akan datang insyaAllah..permainan kita dah cuba apa yang termampu..mungkin juga kerana salah seorang pemain kita yang x dpt bermain menjadi salah satu penymbang kekalahan ini.. kita sedih..mereka lagi sedih..yela mereka yang penat bermain dan sebagainya huhu..apepun tahniah..dapat ke final bukan senang..dah banyak negara mereka kalahkan!!..jangan putus asa..!!


Thursday, July 28, 2011

Gembira sebenarnya sedih

Assalammualaikum, harap semua sihat di samping insan2 tersayang di sisi..
Bersyukur lah bagi kita yang masih mempunyai ibu bapa di dunia ini.. dan mereka yang sudah tidak berayah atau beribu harap tabah menghadapi hidup ini.... Cp sangat bersyukur kerana masih mempunyai kedua-dua insan yang sayang Cp sayangi di dunia ini ibu dan ayah..merekalah orang yang sangat ambil berat tentang diri CP.. merekalah yang memberi kasih sayang tidak berbelah bahagi walau apa jua yang terjadi..mereka lah yang memotivasikan CP supaya menjadi manusia..dan kerana merekalah CP berada di muka bumi ini..dan itu membuatkan CP berasa sangat bertuah dan gembira..kerana mereka sentiasa ada di sisi CP..

Tapi..dalam gembira..CP sedih..:'(..CP sedih bila melihat ada anak2 yang lupakan ibu bapa mereka.. CP sedih bila melihat anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa..dari sebesar ibu jari..hingga telah berumah tangga..tetapi boleh melupakan ibu bapa..CP sedih bila melihat wajah kecewa mereka..bila mengharapkan anak 2 mereka..tetapi..impian tidak menjadi nyata..dan yang paling CP sedih ketika ibu dan bapa masih ada di dunia..

Orang lain yang kehilangan ibu bapa..mengharapkan agar mereka mempunyai ibu bapa..untuk di beri kasih syg dan sebagainya..tetapi mereka yang mempunyainya..ade yang tidak menghargainya..?? macam mane?? anak2 yang tak jenguk2 ibu bapanya..anak2 yang tidak menghubungi ibu bapa nya..anak2 yang bagaikan lupe segala pengorbanan yang telah mereka terima,, dan inikah balasan kepada ibu bapa mereka??

Kalau sibuklah alasan yang diberikan.. ingatlah..ayah ibu kita sibuk berkerja..dalam masa yang sama..berjaya..besarkan kita..dan langsung x lupa memberi segala yang kita perlukan..kasih syg..pendidikan..dan mengikut apa sahaja kehendak kita..supaya kita gembira..tapi kenapa kita pulak nak buat mereka sedih? kenapa ade anak yang sanggup biarkan ibu bapa mereka duduk di rumah orang2 tua..kenapa ada anak sanggup melakukan kekejaman terhadap ibu bapa mereka?? adakah ini keadilan setelah seluruh jiwa diberikan? adekah ini balasan..daripada kebaikan ??

Walau sibuk mcm mane sekalipun..luangkanlah sedikit masa dengan mereka!! mereka rindukan kita!! mereka bukan inginkan duit atau sebagainya..apa yang mereka ingin kan perhatian!! kasih syg... ibu seorang boleh jaga anak 10 orang ..tetapi bolehkah anak 10 orang menjaga ibu seorang??? belum tentu lagi..CP sangat sedih dengan perkara ini...ingatlah..syurga dibawah telapak kaki ibu..janganlah jadi anak yang derhaka..sekali kita menitiskan airmata ibu dan bapa kita..dek kerana perbuatan kita.. terimalah pembalasan nye nanti!! CP syg ibu bapa CP..terima kasih untuk segalanya.. jasa ibu dan ayah..mungkin CP x dapat balas..sngt tinggi jasa mereka ..CP akan cuba sedaya yang mungkin..Allah sahaja dapat membalas jasa mereka membesarkan kita.>!!!! hargailah mereka selagi mereka masih ade!! jgn lah menyesal..bila mendengar berita yang tidak disangka!! hidup di dunia bukan selamanye..

Tuesday, July 26, 2011

Hidup Mati

Hidup..Mati..Jodoh ..pertemuan dan semua yang berlaku di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan dengan izinnya semua perkara ini terjadi... 2,3 hari ni 2 orang insan yang ade kena mengena dengan CP ..iaitu sedara CP dan seorang lagi warden masa CP diploma dulu telah kembali ke rahmatullah.. Allah lebih menyayangi mereka..dan seperti yang kita tau setiap hari ada sahaja mangsa korban dilaporkan tidak kira dimana sahaja kita berada di pelusuk dunia ini...

Dan ajal juga tidak mengenal usia..kanak2,remaja,dewasa dan warga emas tidak terlepas dari perkara ini.. Syukurlah bagi kita yang masih hidup di muka bumi ini..semoga Allah panjangkan usia kita semua insyaALlah... untuk bersedia bertemunya nanti..

Bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, pasti sangat luluh hati kita..CP faham perasaan itu, lebih2 lagi anak2 yang kehilangan ibu,bapa atau adik beradik dengan sekelip mata.. dalam kemalangan atau bencana yang tidak kita duga terjadi..ini sememangmya ujian yang sangat besar yang perlu setiap insan hadapi..

Kita yang hidup harus tetap teruskan hidup walau apa pun terjadi..dan doakan agar insan 2 yang tersayang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. walaupun pahit kita tetap perlu hadapi liku2 kehidupan ini..tabahla semua...


Yang hidup teruskanlah hidup..tapi jgnlah sia2kan hidup dengan melakukan sesuatu yang tidak bermanafaat yang membawa maut...tanpa keredaannya..

Berbohong dan Menghampiri Zina


Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)

Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.

Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.Sumber-iluvislam.com
 
 

Bila diri tidak duduk umah

Assalammualaikum, harap semua sihat ok! Baru dapat update blog 11.26 pm, sebab CP seharian xde kat rumah hari ni..., ni pun baru balik..CP balik kampung sebenarnye pagi tadi dengan ibu dan kakak CP sebab ade urusan yang ibu perlu lakukan....walaupun sehari tapi boleh balik dua kampung tau..kampung ibu dan kampung ayah CP..sebab jarak kedua2 kampung dalam 30 minit jek hihi satu negeri..senang..boleh balik dua2 dalam mase sehari hikhik..Kampung CP kat negeri sembilan.. belah ibu kat Batu Kikir dan belah ayah di Johol..ade ke yang sekampung dengan CP?? :D

Mula2 CP balik kampung ibu di batu kikir, ibu ade urusan sikit..sempat singgah umah sedara berdekatan untuk tanyekan khabar..borak2..sempat amik pucuk2 daun lagi tau..untuk buat gulai tempoyak daun.. maklum  la nk puase x lame lagi..hihi...CP suke juga masakan berasaskan tempoyak ni..ikan paten masak tempoyak dan sambal ikan bilis tempoyak..semua CP layan..dah name pun anak nogori hihi.. CP lahir negeri sembilan jugak tau..tp x pernah menetap negeri 9..balik2 cuti jek..huhu

Sempat CP amik gambar keluarge comel ni..hihi comel kan?? complete..mak ayahnye and anaknye yg sangat comel ..rupa..colour semua seakan akan..geram CP tngok..ni kucing sedare CP sebenarnye..comel tol..sempat la td main2 dengan mereka ber3 ekor....herm..selalu balik kampung jumpe nenek CP tp nenek kat KL rumah makcik..hihi xpe esok jumpe..:D..

Kemudian CP balik kampung belah ayah pulak..sekali jalan senang..dekat kampung ayah ade 2 kolam ikan..korang suke makan ikan sungai?? CP suker!!suke tangkap ikan?? CP suker..hihi dijadikan cerita tadi CP and ibu mcm biase kalau balik kampung ayah akan ke kolam ikan..melepas gian menangkap ikan..hihi satu kolan ikan sembilang dan satu lagi kolam ikan merah plus ikan bawal cermin...herm..lambat betul ikan2 ni membesar..huhu penat tunggu..tapi sudah boleh di makan.. sebelum ni kalau tangkap gune tangguk sahaje tapi x banyak dpt..huhu ikan2 zaman sekarang bijak..tapi kali ni kami atur strategi baik punye..hihi beli pancing..lalala...beli 2..:D hihi..Apelagi bermulalah operasi memancing ikan..kalau gune taNgguk dapat 2 ,3 ekor je ikan..huhu tp..kitorang pancing...dapat 20 ekor!!! wowwww...hihihi...pastikan ikan sedang kelaparan yee...hihi pasti ikan akan makan umpan...

Dan pulang semua ke rumah..hihi...;D

Sunday, July 24, 2011

Seminggu sebelum Ramadhan

Assalammualaikum semua, Harap sihat wal'afiat hari ni...:D selamat berhujung minggu, hihi lambat betul CP ucap..esok semua dah nak kerja n belajar dah pun hihi..Pejam celik..dah tinggal seminggu je lagi kan nak menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..Korang semua dah sedia nak hadapi Ramadhan kali ni? insyaAllah dah sedia diharapkan!!

Oh ye!! Semua dah ganti puase ? (bagi kaum hawe) kaum Adam semua puase penuh kan?? tiade alasan untuk ponteng kecuali benar2 terpakse akibat sakit dan sebagainya.. Kalau ade yang belum , cepat2 habis kan,,dah tinggal seminggu je lagi ni! tapi CP yakin semua dah habis ganti puase kan2..Diharapkan macam tu la..

Seperti biase jugak..dah nak masuk bulan ramadhan ni..banyak betul promotion hotel2 dan sebagainya untuk hidangan buka puase..bagi yang nak berniaga bazaar pun pasti tengah nak prepare kan maklumla next week dah start mencari rezeki..x ketinggalan promosi Raye..huihh dah start jugak!! huhu pose x start lagi..promosi raye dah start hihi..nasib baik lagu raye x berkumandang lagi..!! 

Haritu CP ade dengar radio..seorang pemanggil ni bertanya pada ustaz..die seorang perniaga dan masa bulan puase la die nak cari rezeki tapi dalam masa yang sama die x nk ketinggalan melakukan terawih, die ade 3 org pekerja..dan mcm mane nak semua nak pergi terawih..xde sesiape yang menjage kedai nanti...

Lalu ustaz tu pun menjawab " berniagalah kamu,carilah rezeki, terawih itu bukan sahaja boleh dilakukan di surau atau masjib secara berjemaah bahkan boleh dilakukan sendiri dirumah" ...:D jadi kalau x dapat ke surau untuk melakukan terawih buat dirumah pun boleh ok..:D..

Wawallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...