Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat 'awek'. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita 'alim'? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar mesir yang ditunjukkan didalam sebuah drama pergi melancong berempat ( dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta cintun menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati MUSLIMAH MUJAHIDAH SOLEHAH, kerana mereka ini bukan sebarang wanita. Mereka ialah wanita-wanita yg berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka ,sifat manja (gedik) terhadap kaum Adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka! Inilah contoh MUSLIMAH MUJAHIDAH SOLEHAH! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.
Dari Iluvislam
2 comments:
eeerrrmmm......tak puas aiman bacew..in short,llki baik untuk wanita yg baik...sesungguhnya,allah telah tentukan yg terbaik untuk kita..thank sharing...
sama aiman..:D
Post a Comment