Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, August 27, 2011

Raya yang bakal tiba

Assalammualaikum Warahmatullah hiwabarrakatu...


Kaifa haluki??Kaifa haluka...(Apakhabar)...Harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat di samping keluarga tersayang..CP pun Alhamdulilah sihat sentiasa di sini.. dah beberapa hari CP x update entry..huhu line sini kejap ok kejap x...harap maklum ye hihi..x lame dah nak beraya kan?? macam mana persiapan beraya?? Pasti semua sudah prepare baju raye..kasut raya..kuih raye...dannn bagi yang berkerja ...ape lagi...duit raye...hihi..Pasti semua tak sabar menanti kedatangan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi...Cp beraya di Mesir tahun ni bersama makcik dan beberapa orang saudara di sini.. perasaan beraya tu sudah pasti x sama jika dibandingkan di Malaysia..

Di sini pun mungkin meriah seperti di Malaysia ..xpe nanti CP tngok macam mane suasana beraya di Mesir ni..mungkin beraya di rumah je..Masak la juga rendang ..kuah kacang..cume berjauhan dari keluarga di Malaysia..mungkin CP akan merasa sedikit kelainan ...tapi xpe..walau dimana pun kita berada sambutan hari raya pasti kita akan raikan..walaupun ada rase kekurangan..tapi xpe..insyaAllah kalau dipanjangkan usia..tahun depan raya di Malaysia semula..sudah 2 minggu CP berada di Mesir..walaupun cuaca di sini panas..CP x de la terasa sngt kepanansannya sebab CP duk dirumah memanjang..:D hihi..kalau keluar terasa la kepanasan die tp biase la tuh kan..Malaysia pun x de la sentiase sejuk jadi xdela terasa sngt..

Walaupun baru 2 minggu CP berada di Mesir ..tapi CP dapat pengalaman baru yang tidak dpt di Malaysia..itulah kelebihan jika kita pergi ke negara orang..kita dapat tngok cara hidup dan budaya mereka..itulah yang CP dapat lihat di Mesir..Bumi Mesir bg CP sngt indah..selalu CP tngok dalam tv jek padang pasir ..di sini CP dapat tngok live..pokok kurma..pulak depan rumah je..pokok kurma lebih kurang mcm pokok kelape sawit cume ianya lebih tinggi dan buahnya buah kurma la kan..cuma unta CP x tngok lagi..mungkin kalau CP pergi ke pyramid CP dpt tngok unta..insyaAllah lepas raye..sebab bulan puasa nak berjalan takut x larat...Apepun Cp nk katekan bahawa..raya bakal tiba..jgn dilupa pada yang memerlukan dan yang telah tiada...

Dikesempatan yang ada ni CP nak ucapkan :


Maaf Zahir dan Batin..
Cp nak mintak maaf dari hujong rambut hingga ke hujong kaki..kepada semua..
Mungkin ada penulisan CP yang menyinggung perasaan sesiapa..
CP mintak maaf..bukan niat untuk menyakitkan ..
Itu semua ikhlas dari hati...
Semoga Syawal tahun ini memberi sejuta makna buat kita semua..
SEmoga kita dapat menyambut dengan kesederhanaan dan bukannya pembaziran..
CP rindu semua insan yang CP sayang di Malaysia..
lagi 2 minggu CP akan balik ...:D
Tunggulah kepulangan CP ye..hihi..
Harap semua bergembira di hari raya nanti..
Hasad dengki sama2 kita jauhi..

Salam syg dari:
CP (Cahaya Petunjuk/Noorhidayah)


Tuesday, August 16, 2011

Bersedialah untuk 10 Malam terakhir


Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr

Cukuplah saban tahun kita mengorbankan 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan persiapan Hari Raya, berlepak-lepak, dan bermain mercun bagi kanak-kanak. Cubalah kita persiapkan awal-awal lagi persiapan raya itu agar kita dapat menumpukan perhatian pada 10 Malam Terakhir Ramadhan tahun 2011 ini. Apasalahnya kan?
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut.


 Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ"
Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A) 


Sumber , ILUVISLAM

Sunday, August 14, 2011

Hari ke-3 di Mesir

Assalammualaikum..

Harap semua sihat,,CP sihat :D..ni hari ke 3 CP berade di Egypt,Mesir.. dan sekarang di sini jam pukul 1.35 tengahari..kalau di Malaysia sekarang ni sudah masuk waktu berbuka puasa . Beza waktu Malaysia-Mesir lebih kurang 5 ke 6 jam..jadi Malaysia lebih awal dari Mesir..Macam waktu cp datang sini haritu..bertolak dari Malaysia jam 3 ptg dan sampai ke Cairo..pukul 5 lebih pagi waktu Malaysia..tapi kat snie time tuh baru pukul 11 lebih malam macam tuh.. mengambil masa lebih kurang 13 ke 14 jam untuk sampai..disebabkan transit di Riyadh untuk beberapa jam..itu yang menjadikan perjalanan lebih lame..kalau direct 9 jam boleh sampai..:D apepun okla dalam flight xde la bosan sngt..cume lenguh duduk lame..itu je...

Perasaan menjejakkan kaki di sini..excited..sedih pun ade hahaha..biase la...sampai2 teringat Malaysia yang tercinta..cewah..mcm la dtg Mesir ni lame sngt..hihi tp tetap rindu lebih2 lagi makanan sane..:p apepun makanan sini okeh la..boleh la terima.,,cuma biase la manekan same tempat bermain..hihi.. Sini datang sini bukan belajar ke ape..CP dtg berjalan2 je sebenarnye hihi..cari pengalaman hidup..ade la urusan sikit..skit jer..hihi..

Secare keseluruhannya di sini..okey..kawasannya pun develop mcm Malaysia..cume sini bnyk nampak pdg pasir la ..kalau Malaysia bnyk pokok yang hijau merimbun kan..cuaca pula panas tapi x terasa panas sangat pun..dan kurang berpeluh,,itula keunikannya..dan di sini..cuaca sentiasa panas..bila nak malam..ambil waktu sekejap je untuk gelap..kalau di Malaysia..petang2 cuaca mendung kan..nak ke malam..sini petang pun panas..dan waktu berbuka di sini..untuk hari ni dalam pukul 6 setengah petang..sebab imsak kat sini pun awal..pukul 2.30 CP dah sahur..

OKla itu sahaja..:D harap semua dah kenyang di sana..hihi almaklumlah baru lepas berbuka kan..:D Assalammualaikum...

Friday, August 12, 2011

Berangkat Esok

Assalammualaikum, Harap semua sihat wal'afiat di bulan Ramadhan penuh kemuliaan ni.. semua puasa cukup x ni?? harap2 cukup la ye..bg yang berkecuali itu xpe..dimaafkan..!! hihi..:D Hari nih dah masuk Ramadhan ke 11 kan..wah sekejap jek..rasenye mcm baru semalam bermula ramadhan..memang sekejap sngt CP rase..huhu..sayang mengingat Ramadhan yang terlalu cepat berlalu..Seronok sebenarnye bulan Ramadhan ni..CP dapat rasekan..ukhwah antara KAum keluarga..sahabat dan masyarakat setempat bertambah lebih erat bila di bulan puasa..mana taknya..puasa..pasti satu keluarga dan kadang2 bersama sanak saudara..kalau ke masjid mahupun surau..untuk berterawih..semestinye bersama masyarakat setempat secara tidak langsung dpt merapatkan ukhwah sesama insan...betul x?? alangkah seronok jika Ramadhan..lebih dari sebulan..:D..Pahalanya berlipat kali ganda dari bulan2 yang lain..Syaitan semestinya dirantai..dan mungkin ramai yang boleh lebih menginsafi diri dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya..Apapun semua terletak pada individu tersebut..:D

Baru nak masuk tentang tajuk entry..hihi wah panjang betul  intro  CP..Sebenarnya esok.. 12 August 2011 bersamaan dengan 11 Ramadhan.. CP insyaAllah akan bertolak ke CaiRo , Mesir ...Bersama Saudara Cp ... Ini kali pertama CP akan menjejakkan kaki di bumi anbia ini..Banyak kisah sejarah Nabi terdahulu dan para Sahabat yang kita dengar..di Makkah..juga di Mesir..jadi dikesempatan yang ada ini CP berpeluang menjejakan kaki di Bumi Mesir..insyaAllah..lebih2 lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini..Harap semoga CP selamat pergi dan Pulang..

Cp akan berada di sana selama sebulan..bukan saja2 CP pergi tetapi menggalas tanggungjawab sebenarnya..bila berbicara tentang tanggungjawab ni...banyak sebenarnya..tanggungjawab kita sebagai seorang islam..seorang anak..cucu..adik..saudara..dan sebagainya..jadi..ini pun salah satu tanggungjawab..tanggungjawab ape..hihi xde pe..hihi..adela xpela biar CP simpan je k...tanggungjawab x besar mane pun..tp still bagi Cp tanggungjawab..hihi..

Sebulan di sana ini bermakna CP akan beraya di sana..jauh dari ayah dan ibu di Malaysia serta saudara2 and kwn terbaik CP huhu AIN!!demi sesuatu kita kadang kala kita harus korbankan sesuatu...huhu....dan ini kali pertama CP beraya di luar negara tanpa mereka..xtau la mcm mana nanti semoga semua nya akan okay...ihihi tp CP akan balik selepas raya..xpe..raye sbulan masih ade masa untuk menyambut bersama keluarga..dan baliknya cp nanti..terus masuk sem akhir untuk pengajian CP semoga semua nya berjalan dengan lancar..Semoga Allah sentiasa ada dengan CP..dan bersama orang 2 yang cp syg..

CP harap juga di sana nanti ada line internet..:D kalau x suram la blog CP selama sebulan..huhu kawan2 jgn lupa ye dtg singgah blog CP...tinggalkan jejak banyak2 setiap hari k..insyaAllah kalau adee line di sana nanti..CP..akan terus berblog..hihi..update keadaan disane ke ape ke..tngokla nanti mcm mane kan..xleh nak janji..okla itu sahaja untuk mlm ini..harap semua sihat ...dan tabah menempuhi hidup ini..mane tau x dpt nak update kat sane nanti..CP ucap awal2 selamat hari raye k..:D

Thursday, August 11, 2011

Kempen "Giveaway Duet Raya 2011"


Giveaway Duet Raya 2011 dianjurkan oleh puncakparis.blogspot.com 
Teruja CP nak join..dan ini bukan first segmen or Giveaway yang pernah CP join... Dah ade la jugak join sebelum ni..jadi x patut la kita lepaskan peluang yang ade kan..mane la tahu rezeki kita menjadi pemenang bertuah..hihi dapat duet raya...

Kalaulah CP dpt duet raye ni!!! hurmm...
Best juga jimat skit duit CP untuk topap hihi..
Lagipun join GA mcm ni xperlu kan sebarang modal..
Hanya menggunakan jari jemari menaip..juga sedikit idea spontan...
Maka akan terbentuklah sebuah entry...:D 
CP berminat nak masuk GA ni sebab syarat2 nya mudah..
Tidak memeningkan kepala..
Yang penting enjoy..hihi..


--) Okay kepada mereka2 yang nak join mudah sahaja :

1 : Follow blog "Paris de' Prada" ni.... :p
2 : Buat entry khas dengan menggunakan tajuk asal entry ini. 
3 : Copy paste banner di atas dan linkkan ke blog ni....(copy dengan ghairah okeh) :P
4 : Post entry korang ke kotak komen blog ni...

Tarikh tutup penyertaan : 24 August 2011 @ 24:10


Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Sogok wang gadai akidah


Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan

KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.
Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.


Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan. 

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan. 
“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. 

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995. 

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. 

Sumber-Berita Harian

--) CP rasa kes diatas ni sudah sampai ketahap yang kritikal dan mungkin sudah ramai yang terpesong disebabkan ganjaran yang diberikan juga kerana kurangnya pegangan agama mengakibatkan mereka sewenangnye terpedaya dengan janji2 manis tersebut... semoga kita lebih berwaspada dan jangan mudah terpedaya...semoga kita dijauhkan daripada perkara2 diatas..semua pihak perlu mengambil berat tentang isu ini dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sepatutnya keatas mana2 pihak yang terlibat..jgn permain soal agama..

Monday, August 8, 2011

Orang Melayu terkaya di Malaysia

Di bawah ini merupakan 10 orang terkaya di Malaysia 2011


  • Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion




  • T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion




  • Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion




  • Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion




  • Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion




  • Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion




  • Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion




  • Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion




  • Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion




  • Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion





  • Berdasarkan senarai diatas, hanya seorang sahaja melayu yang tersenarai, selebihnya cina dan seorang india..sekurang-kurang nya ada juga wakil dari kaum melayu.. dan CP amat berbangga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary..kerana beliau merupakan salah seorang insan yang terkaya di Malaysia..lihat sahaja nilai asset yang dimiliki.. itulah dinama rezeki..tapi kekayaan yang dikecapi adalah melalui usaha berterusan beliau..bermula dari bawah...


    Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary  adalah yang paling kaya bumiputra tokoh korporat di Malaysia. Dengan penglibatan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik , perladangan , pembangunan hartanah , pertahanan dan gudang pensenjataan serta kejuruteraan  dan penjanaan kuasa, beliau mempunyai nilai bersih yang dianggarkan AS $ 2.5 bilion mengikut kepada Forbes  menjadikan beliau antara 7 terkaya Malaysia.

    Syed Mokhtar al-Bukhary dilahirkan ke dalam keluarga Melayu kelas pertengahan rendah; rumah tanpa kemewahan. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya tingkatan 5, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau adalah diperolehi melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
    Oleh kerana latar belakang keluarganya biasa-biasa , Syed Mokhtar al Bukhary telah melangkah ke dunia pekerjaan dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Syed Mokhtar membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. 

    Setelah menamatkan sekolah, Syed Mokhtar membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi perniagaan tergugat oleh kerana penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau kemudiannya beralih kepada pembungkusan daging dan mula menjual mereka borong.


    Syed Mokhtar dan Zainal memulakan perniagaan di Kedah pada 1990-an dengan berniaga beras . Kemudian berpindah beralih ke perniagaan perdagangan beras. Dia bekerja keras selepas dianugerahkan lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara, dan kemudiannya dianugerahkan successions kontrak pembekal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai rakan kongsi dengan Zainal Hatim Hj Ambia Bukhary.

    Sebagai penentuan itu bermula untuk skyrocket, dia dengan cepat berpindah ke berkembang ke dalam kepelbagaian perniagaan yang lain. Hari ini, empayar perniagaan beliau telah berkembang ke bidang-bidang seperti perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, penjanaan kuasa, infrastruktur dan pelabuhan.

    Beliau memiliki saham 51.8% dalam Malaysian Mining Corporation melalui syarikat yang dimiliki sepenuhnya, Syarikat Impian Tsabit Sdn. Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar dan Zainal Hatim sendiri memiliki SKS Ventures, yang telah dianugerahkan tugas membina tapak bagi stesen janakuasa arang batu 2100MW di Tanjung Bin, Johor. Tan Sri Syed Mohktar memiliki 32% saham di PERNAS melalui syarikatnya sendiri, Syarikat Ratu Jernih. Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd dan Corak Kukuh Sdn. Bhd. Tan Sri Syed Mokhtar dan Zainal adalah Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad, di mana, dengan sendiri, dia mempunyai 7,34% . Selain daripada itu, Tan Sri Syed Mokhtar dan Zainal telah diubah kepentingan dalam beberapa syarikat, kedua-dua di Malaysia serta luar negara.

    Semoga ramai lagi yang dapat mengikuti jejak langkah Tan Sri..lebih2 lagi Bumiputra di Malaysia..insyaAllah..

    sumber : wikipedia , berita semasa

    Saturday, August 6, 2011

    Segmen - Jom Blogwalking Bersama ZouL

    Blogwalking ajuran : http://www.akupunyer.com
    Terhad kepada 50 peserta sahaja
    Bagi sesiapa nak join, visit blog di atas ni okey..:D

    TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH


    Analogi Harimau dan Nyamuk

            Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!

    Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

    Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
    Nggg!!!

    Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
            
           Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

    Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 

    Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     

    Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

    Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 

    Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

    عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه 
    ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)

    “Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    ”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)

          “Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

    Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

    Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

               Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
                
    Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.

    Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. 

               Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.

    Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

    Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

    Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

    Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 

    Dah makan ke? 
    Tengah  buat apa tu?
    Esok nak pakai baju warna apa? 
    Dah tidur ke?  

    Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.

    Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?

    Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 

    Sabda Rasulullah SAW,

    عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسكوآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسولالله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفسواطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
    حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

    Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
    Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
    Cinta Fitnah
                Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
                Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
                Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
    حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

    “Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
              
    Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

    Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.

    Ingat pesan Nabi,

    فالعين تزنى وزناها النظر
    واللسان يزنى وزناه النطق
    والرجل تزنى وزناها الخطى
    واليد تزنى وزناها البطش
    والقلب يهوى ويتمنى
    والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
     (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)

    Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
    Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
    Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
    Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
    Hati itu berhawa dan berangan-angan,
    Faraj membenarkan atau mendustakannya.

    Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

    Remaja Yang Dikagumi Allah

                Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
             
       Allah SWT mengingatkan kita,

    الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)


    “Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
                
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
               
     Sabda Rasulullah SAW,
    • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
    • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)
    Sangat tersentuh CP baca..Petikan diatas..

    Sumber dari ,

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...