ISTANBUL 28 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 5.4 skala Richter menggegarkan tenggara Turki, semalam, beberapa hari selepas gempa sekuat 7.2 magnitud yang meragut 523 nyawa melanda negara ini pada Ahad lalu.
Menurut Pusat Kawalan Kandili, gegaran tersebut dikesan pagi ini di Yuksekova, dekat sempadan Iraq.Pekan tersebut terletak 200 kilometer di tenggara wilayah Van yang dilanda gempa kuat hujung minggu lalu.
Gabenor Yuksekova, Uzeyir Aizi Ozeren berkata, tiada kemusnahan dilaporkan setakat ini, dan mereka sedang berusaha menghubungi penduduk kampung di wilayah tersebut.
Sementara itu, di pekan Ercis, pasukan penyelamat menyelamatkan seorang remaja berusia 18 tahun yang terperangkap selama kira-kira 100 jam di celah-celah runtuhan bangunan.
Mangsa, Aydin Palak kemudiannya dibawa ke hospital di Ercis dan doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil sebelum dihantar ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan lanjut. – AFP
sumber-Utusan
- Banyak sungguh kejadian gempa bumi berlaku dimerata dunia akhir-akhir ni, Cp rasa simpati dengan mangsa-mangsa yang terlibat didalam tragedi bencana alam ni diharapkan mereka sentiasa tabah dan sabar menghadapi kehidupan yang mendatang tanpa insan2 yang tersayang disisi. Bukan sahaja gempa bumi yang berlaku di Istanbul malah di negara-negara lain seperti Indonesia,Jepun dan sebagainya. Bersyukur sangat Malaysia masihditahap selamat, jadi hargailah segala nikmat yang kita ada ...
4 comments:
ye bersyukur sngt...
i love malaysia..sob2
bersyukurlah keadaan di tempat kita selamat.. semoga setiap kejadian itu menjadi renungan buat kita semua..
alhamdulillah msia still ok :)
Post a Comment