Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, October 9, 2011

Tahanan lelaki ditemui mati dalam lokap mahkamah


KOTA BHARU: Seorang tahanan lelaki ditemui mati di dalam lokap Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.  Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata tahanan  berumur 43 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam lokap berkenaan pada jam 3 petang oleh seorang anggota polis yang bertugas. "Seorang anggota polis pergi ke lokap tahanan itu untuk membawa tahanan itu ke Penjara Pengkalan Chepa setelah dituduh di mahkamah melihat tahanan itu terbaring tidak sedarkan diri. 

"Melihat keadaan tahanan itu, anggota polis berkenaan menghubungi pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan hasil pemeriksaan pihak hospital di lokap itu mendapati tahanan terbabit telah pun meninggal dunia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata mayat tahanan itu kemudian dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya. Tahanan itu yang berasal dari Kampung Badang, dekat sini disyaki penagih dan penghidap HIV. Dia ditahan Rabu lepas dan dibawa ke mahkamah hari ini untuk dituduh kerana disyaki melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -- BERNAMA 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...