Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Showing posts with label Current Issue. Show all posts
Showing posts with label Current Issue. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Remaja adakan parti selepas belasah ibu bapa hingga mati

MIAMI: Seorang remaja berusia 17 tahun secara kejam dan tanpa belas ihsan membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti, sedangkan mayat orang tuanya masih berada di dalam bilik tidur kediaman itu, kata polis, semalam.

Tyler Hadley dari Port St Lucie, Florida, didakwa membelasah ibunya, Mary Jo, seorang guru dan bapa, Blake hingga mati dengan tukul besi yang ditemui berhampiran mayat kedua-duanya.

Remaja itu dikatakan membunuh ibu bapanya sebelum menganjurkan parti untuk 40 hingga 60 tetamu malam Ahad lalu selepas menghantar undangan di laman Facebook.Parti itu bermula kira-kira jam 9 malam dan berlanjutan hingga jam 3 pagi. Polis tiba di kediaman ala ladang itu keesokannya selepas mendapat maklumat. Menurut polis, Hadley kelihatan gugup dan cemas dan terdapat tin bir berserakan di luar kediamannya.

Pada awalnya, dia memberitahu polis ibu bapanya berada di luar bandar. Polis kemudian menemui mayat ibu dan bapa remaja berkenaan di dalam bilik tidur utama di mana pintunya berkunci. Motif pembunuhan itu belum dapat dipastikan tetapi seorang penduduk berkata, dia mendengar ibu bapa Hadley enggan membenarkan remaja itu mengadakan parti.

Sumber:Hmetro

Dasyat betul berita ni, tapi bukan diluar negara sahaja perkara ini terjadi..malah di Malaysia juga ade terjadi dimana anak membunuh mak bapa dan sebagainya.Bagi CP perkara mcm ni tidak patut terjadi walau ape sekali pun sebabnye!!! lebih2 untuk perkara2 yang tidak munasabah..di akhir zaman ni mcm2 perkara xpatut terjadi terjadi..runsing bila difikirkan.. mcm kes diatas..selepas membelasah ibu bapa hingga mati..boleh pula remaja tersebut mengadakan parti? adekah remaje tersebut tidak menyedari kesalahan besar yang telah dilakukannya? nyawa manusia sekarang ni bagaikan tiada nilai..ikut suka hati je nak bunuh2..itu bukan penyelesaian kepada masalah..malah menambahkan lagi masalah ade la..melainkan pesalah tersebut ade la pembunuh maka memang patut pun hukuman gantung setimpal dengan perkara yang dilakukan..bagaimana pula mereka2 yang tidak bersalah? dibunuh tanpa belas kasihan? adekah ini suatu keadilan buat mereka? CP cakap secara general bukan sahaja untuk kes diatas tetapi untuk segala perkara yang telah dunia hadapi sekarang ini..Hargailah nyawa insan2 yang kita sayang..juga mereka2 yang tidak bersalah.. INsaflah..Wawallahualam..

Premis makanan Very Non-Halal



Gambar ini dikatakan diambil di sebuah premis makan di midvalley..


sumber: Ohtidak.com

Thursday, June 23, 2011

Sepah Maharaja LAwak- Manisnya Kurma ini


Adoii sepah2 aku memang minat lawak korangggg ;D..korang memang sngt  berbakat untuk buat lawak bagi semua orang sakit perut terkincit kincit gelak hahaha...hurmm..
tapi tapi tapi...adekah anda meminta izin dahulu kepada 
Ustazah Siti Nor bahyah dan Ustaz Wan Akashah (suami isteri) 
untuk meniru gaya mereka dalam bual bicara Semanis Kurma...

Sebenarnya aku tengok page fb Ustazah Siti Nor Bahyah tadi..

Statusnye :

"Assalamualaikum shbt fb ustzh yg dikasihi.Moga Allah sntiasa mnjauhi kita semua dari sgl keburukan & mgurniakan hidayah yg bterusan,amin.Semanis Kurma mlm ni tajuk:Majlis pertunangan @ pernikahan.Tksh ye krn ramai yg mgmbil berat ttg ustzh & ustaz hgga brtnya samada ustzh bkecil hati @ tak dgn kump sepah dlm maharaja lawak yg mniru gaya ustzh.Cuba teka,ustzh & ustaz kecil hati @ tak ye? tksh."

Rata-rata komen yang diberi oleh peminat mengatakan ustazah tidak berkecil hati, tapi ustazah sendiri belum menjawab soalan yang diberikan sendiri itu, huhu.. kalau betul x berkeci hati bagus lah,,kalau berkecil hati ..aiyook x tau..hoho..Sepah kenalah gi pujuk ek..hoho..

-->tapi aku rase ustazah seorang yang sangat positif dan tidak mudah berkecil hati mudah mudahan ada hikmah disebalik lawak yang sepah lakukan itu yer dan harap ustazah tidak berkecil hati yer.....

Jangan lupe malam ni Semanis Kurma TV9 a.k.a 119 pukul ,10 malam kalau x silap...

Renung-renungkan dan selamat beramal...Assalammualaikum.. 


Wednesday, June 22, 2011

Pantai maksiat


PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.


Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.


“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.


“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.


Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.


Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.


*Udah2 le tu..tobat lah selagi ade mase nih..buat nye kena panah petir sia2 jek mati mengejut kat situ nanti huhu..xde kesan positive pun buat perkare2 sumbang mcm nih.. dah buat dosa ni tambah plak nanti pembuangan bayi..dan sebagainya..ingat Allah maha melihat lagi maha mengetahui..

p/s: Bukan kat tepi pantai jek perkara2 mcm ni berlaku..tepi sungai..tepi tasik..tepi longkang pun ade..huhu tepi jalan pun ade..awat x dok jek tengah2 jalan..hoho..adioss..

Thursday, March 24, 2011

Selalu dgr isteri kena blasah, nih suami kne blasah!!


AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.



Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.


Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.



Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.



“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.



“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.




“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.




Manusia di akhir zaman..mcm2 perkara pelik dan sepatutnya tidak berlaku..kini berlaku.. renung-renungkan..!!

Wednesday, March 23, 2011

Celcome BakAl lancaR i-phone4


CELCOM Axiata Berhad (Celcom), peneraju rangkaian telekomunikasi negara akan menyertai dua pesaingnya apabila buat pertama kalinya akan melancarkan telefon pintar iPhone 4 yang dilengkapi aplikasi paling inovatif di dunia, tidak lama lagi.
Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan semalam, bagaimanapun syarikat itu tidak menjelaskan tarikh sebenar pelancaran, tetapi hanya memaklumkan bahawa telefon iPhone 4 itu akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.


“Antara ciri menarik termasuk FaceTime iaitu paparan Retina baru Apple, kamera lima megapiksel dengan lampu flash LED, perakam video HD, pemproses A4 Apple dan masa berbual sehingga 40 peratus lebih lama,” katanya.

So, Celcom user...it is a good news for all of u guys..:0)

Tuesday, March 22, 2011

=Yuna dan Qi sah bercinta=


Akhirnya terjawab sudah gosip-gosip mengenai hubungan cinta yang terjalin diantara Yuna dan Qi sebelum ini.. Ternyata mereka berdua memang sedang dilamun cinta.. Tahniah ucapkan kepada Yuna dan Qi.. pengesahan percintaan mereka berdua dinyatakan melalui status relationship mereka berdua di facebook baru-baru ini..
Status yang berbunyi “Qi Razali is in relationship with Yuna Zaraai” jelas menunjukan yang mereka berdua memang sedang bercinta dan MyGosip rasa dengan munculnya status tu, jelas menunjukan yang Yuna dan Qi sudah bersedia untuk memberi tahu kepada umum yang mereka berdua kini sedang hangat bercinta..Tahniah..:P harap hubungan percintaan mereka berdua kekal sehingga ke jinjang pelamin hendaknya..
yuna dan qi bercinta
Status in relationship daripada facebook Qi

Sumber dari : MyGossip.com

+ipad 2+




SELEPAS lebih setahun syarikat pengkomputeran Apple memperkenalkan peranti tablet pintar iPad, ia telah terjual sebanyak hampir 15 juta unit di seluruh dunia.Sambutan luar biasa itu disebabkan pengguna tertarik dengan keunikan fungsinya yang membawa dimensi baru dalam operasi pengkomputeran mobiliti.Memperluaskan legasi pembangunan gajet moden tersebut, Apple baru-baru ini menampilkan pula versi baru iPad 2 dengan keupayaan kuasa lebih baik dan cemerlang.

Pengenalannya telah dilakukan oleh Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs di San Francisco pada 2 Mac lalu.Secara keseluruhannya, pembangunan peranti iPad 2 memberi fokus kepada pelaksanaan aktiviti pengkomputeran utama seperti pelayaran web, akses e-mel serta operasi multimedia untuk pengurusan foto, video, muzik, permainan video dan buku elektronik (e-book).Binaan reka bentuk luar iPad 2 mempunyai 33 peratus lebih nipis dan 15 peratus lebih ringan berbanding versi pertamanya.Namun, daripada segi paparan, ia masih mengekalkan implementasi skrin LCD 9.7 inci dengan sokongan lampu belakang LED.Operasi iPad 2 dipacu oleh sistem pemproses A5 berkembar yang menawarkan prestasi lebih pantas dan grafik makin menyerlah.

Tidak cukup dengan itu, ia turut dilengkapi kamera VGA hadapan dan belakang bagi menyokong operasi panggilan video serta rakaman video definisi tinggi (HD) 720p.Dengan keupayaan itu juga, pengguna kini boleh melakukan panggilan FaceTime kepada semua rangkaian peranti seperti iPhone 4, iPod Touch, dan Mac.Menerusi aplikasi Photo Booth pula, pengguna berpeluang mengedit foto yang telah di ambil dengan memasukkan kesan-kesan visual yang menarik.iPad 2 dipacu oleh sistem operasi iOS 4.3 versi terkini yang menampilkan aplikasi-aplikasi seperti pelayar Safari Mobile, iTunes Home Sharing dan AirPlay.

Selain itu, pengguna turut ditawarkan dengan aplikasi iMovie untuk menyunting video serta Hotspot untuk tujuan perkongsian sambungan data selular bersama iPhone 4 menerusi Wi-Fi.Spesifikasi lainnya adalah seperti perisian Gyro untuk permainan video, akses pelayaran HSUPA dan paparan kandungan televisyen HD melalui sambungan adaptor.Sesuatu yang menarik, iPad 2 ini didatangkan bersama penutup pintar di bahagian hadapannya yang bertindak sebagai penyokong bahagian badan secara menegak ketika peranti digunakan untuk menaip atau menonton video.Penutup pintar itu juga dibangunkan dengan rekaan engsel magnetik unik supaya mudah di pasang dan ditanggalkan selain dilengkapi lapisan gentian mikro bagi menjamin kebersihan permukaan skrin.Ia turut berperanan mengaktifkan peranti secara automatik apabila ia dibuka dan menamatkan operasi sebaik ditutup.Setakat ini, iPad 2 boleh menyokong lebih 350,000 aplikasi daripada App Store dan 65,000 aplikasi yang dibangunkan oleh individu atau syarikat daripada 20 kategori.Ia termasuk permainan video, bisnes, berita, sukan, kesihatan dan pelancongan.Menerusi aplikasi iTunes Store pula, pengguna iPad 2 berpeluang mengakses paparan kandungan muzik, televisyen dan filem secara dalam talian.Walaupun iPad 2 mampu menyokong pelbagai perisian dan aplikasi, namun ia mempunyai ketahanan jangka hayat bateri sehingga 10 jam.

Macam best jek..:) ape lagi korang berminat boleh la beli...

Saturday, February 5, 2011

+UjiaN ke Atas Mesir +

Assalammualaikum,,harap semua sihat hari ini...Sabtu 5/02/2011 bersamaan 2 Rabiul Awal 1432 Hijrah..Sudahpun masuk Rabiul Awal...kan kan..kejap sungguh masa berlalu...baru-baru ini kita dikejutkan dengan perbalahan yang berlaku di Mesir..Ini semua kerana rakyat yang ingin presiden Mubarak berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin Mesir..Mungkin rakyat Mesir lebih tahu menilai..sehinggakan mereka sanggup membuat rusuhan berhari-hari..dan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi Mesir tetapi juga rakyat Malaysia di Sana..Pergolakan yang berlaku bertambah berbahaya..dan mengancam nyawa..berita utusan memaparkan berapa ramai yang telah menjadi korban rusuhan ini...

Alhamdulilah..Kerajaan Malaysia sudah pun sampai di sana..untuk memberi pertolongan kepada rakyat Malaysia  dengan membawa keluar mereka dari Mesir ke Kaherah dan sebagainye dan akan di bawa pulang ke tanah air secara berperingkat.Kerajaan juga dikatakan akan menanggung segala kos penginapan, makan minum juga pengangkutan pulang mereka ke tanah air. Itu yang sebaik baiknya..Duit boleh di cari tetapi bukan nyawa seseorang..kan.. :0)..Dan mengikut berita...kerajaan akan membawa memberi keutaamaan kepada mereka yang uzur,dan mempunyai anak kecil di hantar pulang dahulu kerana mereka lebih memerlukan perhatian.

Ini semua ujian yang perlu ditempuhi, semoga Mesir kembali aman..pulih seperti sedia kala..Kerana mesir negara yang mempunyai Sejarah tamadun islamnye yang tersendiri..dan kawasan 2yang indah lagi unik untuk dilawati dan melanjutkan pelajaran..

 
 

 


Semoga Umat Islam..Di Mesir,Palestine juga di Seluruh dunia Sentiasa dilindungi dan Sejahtera...

Friday, February 4, 2011

-BanJir-

Semua orang tahu banjir tu ape..:) ..air yang menenggelami sesuatu kawasan..
Penyebab BanJir:

  1. Hujan yang berterusan.
  2. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
  3. Proses pembandaran.
  4. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.
  5. Hakisan sungai.
  6. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.
    Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
    Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.
    Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
  7. Hutan tadahan.
  8. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
    Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
  9. Sistem perparitan tidak terancang.Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Sekarang..kita tahu dah kan..apa sebab2 berlakunye banjir..dan baru2 ini..beberapa negeri..Johor,Melake,N.sembilan dan Pahang..dilanda banjir..ade rumah yang hanya nampak bumbung je..ade tu tngh buat kenduri kahwin..pastu tetibe air naik..ade tu tngh bawak kereta..habis kereta hanyut dan paling menyayat hati meragut nyawa beberapa orang..dan kita pun tahu hujan yang berterusan selama beberapa hari membuatkan air mulai naik..lebih2 lagi yang tinggal di berhampiran kwsan sungai dan dikawasan rendah..huhu hmm..saya amat bersimpati dengan nasib yg menimpa rakan2 diluar sana..bila dah banjir..ade yg habis semua brg dlm rumah...kalau dah tenggelam smpai nampak bumbung jek..memang semua harta benda habis la kan..huhu...

Mari kite lihat kesan2...Banjir:
  1. Kemusnahan Tanam-tanaman
  2. Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
  3. Kemusnahan Harta Benda
  4. Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
  5. Penyakit
  6. Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
  7. Kematian
  8. Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
  9. Kerugian Kerajaan
  10. Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
    Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.
Saya harap..mangsa2 banjir..walau dimana jua..tabah menghadapi dugaan ini..ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi..anggaplah ini ujian dari Allah S.W.T kepada hamba2 nya yang beriman..semoga semua nye kembali pulih seperti biasa dgn secepat mungkin..dan diharapkan kerajaan..memberi bantuan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir..kerana mereka memerlukan..sokongan dan bantuan pada masa ini...

Sekian..:0)

Tuesday, January 25, 2011

i-PhOnE 4


Gadget atau pun smartphone yang sinonim dengan Apple..product keluaran Apple bukan sahaja iphone 4 malah..ipad,ipod, and iphone 3,3GS,,but yang paling latest is iphone 4..mungkin x lame lagi ade la tu iphone 5 ke ape ke..hmmm ...sebenarnya aku boleh dikatakan salah seorang pengguna smartphone ni..sekali tngok aku dah jatuh hati hihi..mungkin disebabkan bentuk,features yang menarik and the brand it self..but harge die x murah..huhu sebenarnye pk 10 kali nak beli..takut x reti guna..takut rosak,,dan mcm2 perasaan takut lagi la..but aku teruskan jugak keinginan untuk mencuba smartphone nih..X kenal maka x cinta..haha but aku x kenal lagi aku dah jatuh cinta..bukan dengan sesape but kat gadget nih..huhu ....

Apa yang aku belajar..xtau la betul ke x..hmm sumer tanye org2 kedai phone..iphone ni limited use kalau x buat jailbreak..jailbreak ni mcm installer..lepas da buat jailbreak senang nk install pape..lebih2 lagi game..for free..cume kena ade line wireless..or sesape yg memang pakai plan..maxis or digi..ari2 korg leh install game ke ape ke..but...mmmm xleh nk off??? betul ke....aku dah buat jailbreak and..try off...hmmm on balik x bleh..pergi kedai..die on n backup jailbreak charges aku RM140 haaaaa...adakah aku di tipu oh tidakkkk ...mmmm...ni la masalahnye lemah it hoho..tp aku layankan aje..pasnih akan aku lebih berhati2..but memang best untuk main game..sebab aku memang suke main games...so berbaloi la kot...

Mempunyai 2 warna...hitam dan putih...

Ade mcm2 jenis design..housing die..sngt menarik but aku x beli yang canggih ni huhu biase2 jek..

Seperti barang apple yang lain..ipad..ipod...korang kena set up music,,,video..ringtone..dan sebagainya melalui i tune..nasib baiklah ade..die ada ajar care2 die kat youtube...n apple website..soo senanglah untuk kita tengok yang mane satu kite nk buat..apapun okla..

Sape2 nk beli..silakan..ok gak la..memory ade 8,16 and 32..ceh promote plak..hihi..

Adioss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...