Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, September 6, 2011

Siapa yang Cantik?


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Sumber- ILUVISLAM

Sunday, July 24, 2011

6 cara blog beri Anda pendapatan


Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.
Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.
Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspotataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah, dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.
Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja.
Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...
Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog.
Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog.
Sudah tentu kos pengiklanan itu ke kantung pemilik blog.
Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu,maka pemilik blog akan mendapat hasil komisien.
Selain dari Google, antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog.
Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sesebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.
Setiap blog, jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak,blog resepi,blog perniagaan,blog hobi,blog komuniti, blog pojok, blog politik, blog gosip artis dan sebagainya. Pendek kata,setiap blog ada profesion masing-masing.
Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan.
Sebagai contoh, sebuah buku bertajuk "Teknik Belajar Berkesan" akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog anda.
Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk tatapan pembaca blog anda. Insyaallah, bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Kalau tolong mempromosi lagi banyak yang akan anda dapat.
Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dilancarkan,sama ada perkhidmatan,produk fizikal/digital dan juga khidmat perseorangan.
Asalkan anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog anda pada orang yang sepatutnya.
Setelah terkenal,syarikat pula yang akan meminta khidmat review anda. Yakin dan pasti dengan blog anda.
Perkara ketiga bagaimana kita menjana wang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates.
Apa itu affiliates? maksud mudahnya, kita menjadi salesman untuk produk orang lain, dan mendapat komisien atas setiap jualan dari link web kita.
Anda menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran, blog anda pula memang ditulis oleh seorang mat romeo.. Wah,sudah pasti jualan dari link anda bertambah!.
Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosi link anda itu di blog anda.
Pasti tidak mengecewakan. Antaranya meletakkan banner produk affiliates anda, review untuk produk tersebut, dan promosi melalui feedburner anda.
Page ranking juga boleh di sewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya, dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya.
Katakan page rank blog anda adalah 7, dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link, tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0, maka anda boleh mengenakan kadar sewa mengikut suka hati anda lah untuk meletakkan link blog si polan itu.
Err, apa guna page ranking dan exchange link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan yang sesebuah web itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine.
Manakala link exchange adalah untuk meningkatkan backlink url blog anda. Semakin banyakbacklink [link blog anda di web orang lain] maka semakin mudah untuk sesebuah blog di search oleh search engine.
Ini bermakna,blog anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari seperti Google,Yahoo,Bing dan Live contohnya.
Anda memang mempunyai idea yang mencurah-curah? Gaya penulisan anda memang umpphhh? Mampu memberi kepuasan kepada para pembaca?
Ya,setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan anda memang sungguh kreatif dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
Maka,dengan penulisan anda,boleh ajar buat novel online,cerita bersiri,mahupun apa sahaja tentang penulisan. Buat satu membership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja dapat membaca penulisan kreatif anda itu.
Nah,anda mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai.
Anda memang seorang yang suka menulis aka menaip? Apa kata menjadi seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang anda karang boleh ajer dijual pada harga yang berpatutan.
Err,bagaimana nak jual? opss... caranya mudah dan flexible. Hubungi pemilik blog yang anda lihat jarang untuk mengupdate blognya. Hubunginya dan beritahu hasrat anda yang mahu menulis artikel untk blog itu.
Apa?? Tak diterima!?? Blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk awak. Teruskan usaha. Melalui idea anda juga, anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain.
Idea anda itu diformatkan ke dalam bentuk pdf atau dalam bahasa lain menjadi ebook.
Dan melalui ebook,ramai Internet Marketers dalam negara mencapai income 6 angka dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran anda itu sebenarnya amat-amat bernilai.
Cuma anda yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting,bertindak!
Kaedah menjana wang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah dengan menawarkan khidmat melalui blog anda.
Katakan anda pandai dalam interior design, boleh ajer menyatakan khidmat anda di blog, saya pasti,anda akan mendapat pelanggan dengan mudah.
Selain itu,servis seperti mereka laman web,mengedit script,install software,designer dan sebagainya menjanjikan pulangan yang berbaloi,asalkan anda serius untuk buat duit melalui blog.
Selain itu, anda juga boleh memanipulasikan blog anda untuk memasarkan servis orang lain, anda hanya ambil untung atas angin. Hehe..rahsianya?
Katakan anda tinggal di Jitra, dekat dengan dR Rozmey punya kilang, jualkan produk itu di blog anda tetapi ambil untung atas caj wang pos. Kan untung tu...
Baiklah, itu adalah 6 teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya. Sekiranya anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog anda sendiri, anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?
Dengan menyebarkan ilmu melalui blog juga akan meningkatkan saham akhirat kita. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang anda ajar diblog anda,maka amal jariah anda sudah bertambah. 3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:
  1. Ilmu yang diamalkan oleh pelajar si mati
  2. Sedekah jariah oleh si mati
  3. Anak soleh yang mendoakan si mati
Jika anda masih beralasan, tidak mengapa,semoga anda selesa dengan kehidupan anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya, anda akan beroleh manfaat darinya.
Wawallahualam...
SUmber: Iluvislam.com

Monday, July 18, 2011

Buatlah dengan ikhlas

Selamat pagi semua, harap semua sihat wal'afiat pagi isnin ye..ialah..hari ni kan hari bermulanya minggu baru..yang mane berkerja kena pergi kerja..yang mana sekolah kena pergi sekolah...dan mana bercuti pulak....akan terus bercuti lalala..mesti ade perasaan bermalas malasan kan hari ini ihihi semua mesti mcm liat jek nak bangun..g kerja..Kalau hari Jumaat plak..semua excited..yela sebab sabtu ahad cuti..hihi tp x semua la ade jugak yang keje even though hari minggu ..hurmm..apepun itu semua terpaksa kita lakukan untuk mencari rezeki dan menimba ilmu pengetahuan..


Harap semua kena lah tabah yer..kerja/ilmu yang diberkati insyaAllah akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah S.W.T , jadi buatlah sesuatu itu dengan ikhlas supaya lebih diberkati ..sebab apabila kita buat sesuatu itu dengan ikhlas ..jiwa kita akan merasa lebih tenang berbanding kita lakukan kerna terpaksa... sebab semuanya bermula daripada akal..jika kita fikir secara positif segala tenaga positif akan terbentuk dan akan menghasilkan tindakan balas yang positif..begitu juga sebaliknya..

Bak kata pepatah bersusah susah dahulu..bersenang2 kemudian..bagi yang sedang belajar..berlajar2 bersungguh2..insyaALlah kelak akan perolehi kejayaan..begitu juga bekerja..berkerja dengan penuh dedikasi..manetau boleh jadi menteri xpun top level manager..:D...

"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam,
Esok lebih baik dari hari ini.."


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...