Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, April 2, 2011

Dua Puluh fakta Keagungan!!


Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

( Marilah kita renungkan dan bersyukur ke hadratnya, allah yang maha Bijaksana lagi Pengasih dan Penyayang).

Friday, April 1, 2011

Kelas Malam

Sudah lama aku tak ade kelas malam, aku rasa masa diploma jek aku merasa kelas malam itu pun sebab ganti kelas, haa kali ni pun same la reasonnye, sebab ganti kelas hari isnin aritu, so lecturer decide buat malam ni since da xde mase lain lagi dah lagipun dah nak final, malam ni ade presentation budak2 kelas aku, aku dah selamat last week..huh but biase r not perfect huhu..mlm ni mesti dorg present gempak2 too excited nak tngok..harap2 okla..

Tak tahu lah habis pukul berape malam ni, ade 6 group akan buat presentation for book review so, kalau satu group 30 minuta la kononnye..biasela bile dah ade kat depan tuh huhu mcm 2 nk ckp..:p 3 jam juga jadiknye..harap2 dorg present cpt2 boleh balik cepat haha..

Kalau di beri pilihan..kelas malam ke korang pagi korang nak? aku mesti la nk kelas pagi,,.x kuase la nak ade kelas memalam..malam la nk rehat buat keje ke pe ke..but sesiape yang amik part time study..pagi keje..malam plak study..aku memang kagum la dengan mereka2 ni..aku yang study je pun mcm penat ni..nk keje  lagi..study lagi..huhu... nak kena fokus 2 benda dalam satu masa..that is not me..huhu...

Yang penting semangat tu kena ada, bila semangat tu ada insyaAllah semua nye yang kita ingin kan akan berjaya dan terlaksana..hihi...the end--

"TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM"


Pandangan aku terhadap gambar di atas :
 Berimaginasikah? ke sedang lena tidur di buai mimpi nih!!..Ak ditugaskan memberi pandangan tentang gambar tengah berimaginasi di atas!!

Dengan pakaian kemas, berkemeja.,tie siap spek hitam kat kepala aku dapat rasekan top sedang berimaginasi top dah jadi CEO company besar kat Malaysia yang juga lister kat Main board bursa Saham.. uiyooo dan company tuh mestilah company Berhad bersaing hebat dengan Sime Darby and Petronas..wah tinggi tul imaginasi tuh..bile dah jadi CEO company yang busar..sedemikian..mempunyai subsudiaries yang banyak dalam dan luar negara, maka anda mempunyai income yang kukuh..dan sudah dikatekan JUTAWAN ye r..CEO la kate kan...
Dalam imaginasi Top tu gak.. Top memiliki kereta Lamborghini , kereta untuk keluar dengan kawan2, kereta g pasar BmW 6 series..:P...keta gi pejabat..Jaguar and Ferrari..kuikui..dan mempunyai garaj kereta yang memuatkan lebih 30 sport car plus kereta2 mewah..

Rumah bangblo 6 tingkat, lift of koz r ade.tingkat ke-6 adalah bilik anda seorang!!!No entry area..hanyak anda dan ahli keluarga tertentu bleh naik..ruang..bawah sume bleh lepak..hoho.. swimming pool mestila ade..mcm kat pusat akuatik shah alam ...luas die..hohoh...


Dan mempunyai seorang isteri cantik bak bidadari yang sentiase beri support untuk top berjaye dalam perniagaan, last skali..SHOPPING!! ke Paris, Itali, US..and bla2 hoho...

Uish over ke..ek..hihi x tau la ni imaginasi sape sebenarnye nih!! LOL

Tag :
2- Anis

Sape2 nak join?? Mudah saje..jom2 join

1. Ko orang wat satu entry bertajuk "TOPIMAGINE BLOGLIST - RAPATKAN SILATURRAHIM" dan letakkan banner kt atas ni dalam entry ko orang...

2. Ko orang nak follow ke x terpulang la.. (coz, kalo follower  bertambah tp, entry xdpt feedback wat pe kn.. )

3. Citer sket pandangan ko orang tentang header blogger yg ngah berimaginasi tu... hehe...

4. Send link entry ko orang tu kt comment box entry ni..

5. Senarai bloglist (tarikh tutup) tu akan mula dipublish bile follower blogger top dah cecah angka 777.. so, lame la kn tempoh tu coz angka follower aku lembab sket bertambah :)

6. Bile dh tersenarai, kalo sape2 yang xupdate blog dieorang selama seminggu, akan  diremove serta merta :)

7. Tag la 2 orang (nk lebih pon xpe)

Abril bool..

Dalam bahasa Arab, p bunyi nye b..contoh nye Negeri Perak..Berak...hoho..so April Fool..saje nye ubah jadi B for p and F..hoho..kejap je dah masuk bukan April kekawan..mase xkan menunggu kita, and kita la yang kena keja masa and sampai x tekejar dek kerana terlampau laju masa tuh..

Mesti ramai yang ade kenangan ari ni, 1 April yang depa duk kata April fool??mesti ramai kena fool!! but aku x de la buat naye kat orang..ni perayaan org2 barat!! Kite x patut ikut... kenape April je ade fool2 nih? kenape xde january fool ke..March fool ke..huhu..hurm ade sejarah...mcm valetine days tu la..yg x brape nk elok tu la yg depa duk celebrate..adehh...

Hari April Fool 'dirayakan di seluruh dunia pada 1 April setiap tahun. Kadang-kadangdisebut sebagai All Fools 'Day,  1 April bukan hari cuti kebangsaan, tapi secaraluas diakui dan dirayakan sebagai hari di mana setiap orang memainkan semua jenis lawak dan memperbodoh org len. Hari itu hari yang menggembirakan teman-teman, ahlikeluarga, guru, jiran, rakan kerja, dll.Secara tradisional, di beberapa negara seperti New Zealand, Ireland, Inggeris,Australia, dan Afrika Selatan, perayaan ini berlangsung sampai siang, dan seseorang yang memainkan trik selepas tengah hari disebut "April Fool".

Negara2 kat atas ni sume nenegare barat..April fool ni mcm mempermainkan perasaan org pun ade gak..ade yg org boleh terima lawak..atau muslihat yg dorg sengaje create..dan ade yg x bleh trime..last2 bergaduh..tu la keburukan die..lagipun xbaik la..amal2kan menda2 ni even niat nak buat joke but!! kalau benda tu x sepatutnye di buat lawak..dan menipu pun x elok ...ko buat memang booking maut la tu kan..





Malek Noor masuk ICU



Malek Noor kelihatan ceria bersalaman dengan Zambry Abdul Kadir sebelum mengalami serangan jantung (kanan) dipapah selepas lima minit perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan bekas pemain kebangsaan dan pilihan Menteri Besar Perak di Stadium Ipoh, semalam. – utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 31 Mac – Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai dekat sini setelah mengalami serangan jantung ketika bermain bola sepak bersama pasukan pilihan Menteri Besar malam tadi.Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohd. Noor, 54, yang bermain sebagai penjaga gol dilaporkan mengalami pening kepala kira-kira lima minit selepas perlawanan bermula.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaffar berkata, Malek kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.
Menurutnya, bekas jaguh bina badan itu yang mewakili pasukan Legenda Negara pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.“Beliau sempat berpaut pada jaring gol sebelum memanggil Pengurus Keahlian Yakeb, Aminuddin Mohd. Nasir yang berada di tepi padang dan mengadu mengalami pening kepala.

“Sekarang dia masih berada di ICU dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di hospital itu hari ini.
Perlawanan persahabatan itu adalah antara bekas pemain kebangsaan era 1960-an hingga 90-an menentang pasukan veteran Menteri Besar Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pantai, Dr. Chan Chong Guan pula berkata, pihaknya sedang memantau rapi keadaan Malek dalam tempoh 48 jam ini.“Dalam tempoh itu kita akan melihat kadar degupan jantungnya, sekiranya tiada masalah beliau akan dipindahkan ke wad biasa dalam tempoh dua hari lagi,” katanya.

Sementara itu abang angkat Malek, Nik Mahmud Nik Yusof, 62, memberitahu, kejadian tersebut kali pertama dialami bekas jaguh bina badan itu. “Malek sebelum ini tidak pernah mengadu sakit, jadi saya tidak mengetahui jika beliau mempunyai sakit jantung, sebelum ini keadaannya baik sahaja,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...