Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Thursday, July 7, 2011

Kerana aku sayang kamu


Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!
-Artikel- Iluvislam

Monday, July 4, 2011

Jom Blogwalking ramai-ramai


Segmen yang menarik oleh Inspire Bunny dan cara nya sangat mudah...

 1) Buat satu entri bertajuk: Jom Blogwalking Ramai Ramai !
 2) Copy banner kat atas ni ke dalam entri dan sidebar anda. Untuk sidebar korang   
                                              boleh dapatkan codenya dengan click banner atas okeh..
  3) Lastly,Tinggalkan url entri anda di entry Inspire Bunny okeh!!. DONE! ^_^


GEGAR BLOG JULAI 2011

Santai Bersama BEN ASHAARI

Ben Ashaari Ade buat saTU SEGmen Hari ini,,Gegar Blog yeah!!! Aku memang x nak ketinggalan menyertai segmen cengginih sebab menarik jom tengok gambor bawah ni dlu!!

baju siap

Haaaaa!!! ini adalah hadiah yang boleh kita dapat kalau terpilih untuk menang laaa....name pemenang akan tertera kat depan baju best ke x best???? mestila best kan..hihi bukan senang nak dpt hadiah cengginih..lalala...kalau korang nak join join skang!! sebab kol 2 petang ni dah tamat dah...ade mase lagi nih..cepat2...

Stiap segmen/kontest pasti akan ade syarat2 kan...soo untuk GEGAR BLOG JULAI 2011 perkara dibawah syarat2 nye ye..:

  1. Buat satu entri khas..
  2. Letak header BEN ASHAARI.COM
  3. Tajuk : GEGAR BLOG JULAI 2011 dan linkkan ke entri ini ..
  4. Tulis apa saja yang mana aku boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..
  5. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..
    Add: Tamat kol 2 petang ni tau!!! Meh join jgn x join!!!!

    Okeh promosi sudah..hihi...Skang tibalah masanya untuk tulis apa sahaja yang aku nak..yang boleh dijadikan soalan pada kontest akan dtg Ben Ashaari!!
    Skang ni dah banyak sangat kontest cerita kan pasal blog la..ape kata kita buat sesuatu berunsurkan Keagamaan ...aku tahu majority kita semua islam kat sni..kalau x salahla rasenye..beri satu topik untuk dihuraikan..secara tidak langsung boleh memberi kesedaran disamping berdakwah...ini satu cadangan la kan..xpun sesuatu kontest yang memotivasikan..contohnya : Jika anda seorang pemimpin? apa yang akan anda lakukan?? xpun jika  anda ada RM100,000 ape yang anda akan lakukan??? ohoho...
    Itu sahaja yang aku nak citer..hihi :D..okeh ...Assalammualaikum..




Sunday, July 3, 2011

Berterusan Zina walau sudah diijabkabulkan


Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Topic: ZINA AKAN TERUS BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH DIIJABKABULKAN BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....
Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:
Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

Saturday, July 2, 2011

Juara imam muda memang sudah dijangka

Hari ni dah 2 julai, oh no...cepat sungguh masa berlalu, sedar x sedar dah masuk bulan july maknenye tinggal 2 bulan jek lagi aku cuti, owh mcm x cukup jek cuti 4 bulan..hihi boleh x tambah lagi?? hihi.. (asik cuti jek kojenye).. Orang lain cuti..kerja timba pengalaman aku plak?? cuti..hafal semua cerita yang ade kat tv dari channel 101 sampailah 800++...bagus betul la..hihi pengalaman la tu kan kan ihihi...

Hari ni jugak sudah 30 Rejab, kemudian Syaaban..Ramadhan..pose!! then syawal !!raye..raye pun makin lame makin awal kan..huhu memang begitulah kitarannya...aku harap kita raya dalam keadaan aman..harmoni hendaknya..takut jugak dengan segala hal yang timbul kebelakangan ni..Semoga semuanya kembali baik insyaALlah...(mcm xde kena mengena dgn tajuk) :P

Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah kepada juara imam muda yang menutup tirai malam tadi iaitu Saudara Ustaz Hassan, tahniah juga kepada Ustaz Nazrul kerana mereka semua adalah pemenang tiada pengalah..kenape aku cakap aku dah jangka???

Dah hati aku terdetik mengatakan Ustaz Hassan yang bakal menang..hihi..hurm mungkin cara beliau berhujah disertakan dengan hadith2 sebagai sokongan mungkin menambat hati juri memilih beliau sebagai juara, tidak dinafikan ustaz Nazrul juga bukan calang2 orang nya..guru besar sekolah agama..tapi itulah dinamakan rezeki ..berpihak kepada Ustaz Hassan..bagi aku dua2 mempunyai kelebihan dan layak digelar juara tapi apekan daya juara hanya lah seorang..maka nak xnk seorang sahaja yang perlu dipilih.. Suara semua imam muda yang bertanding pula..masyaAllah..merdu belaka..memang patutlah mereka semua layak memasuki rancangan ini..apepun..rancangan2 mcm ni..memang patut diadakan..dan best sebenarnya..dan selepas ini ade pula rancangan ustazah pilihan..hurmm kita nantikan bagaimana pula ok..;D

Tahniah!!!!:D
(pinjam gambor pakcik google)

Ma'a Taufiq wa Najjah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...