Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Monday, September 5, 2011

DreamPark, Egypt

Bismillahirrahmanirahim..


Assalammualaikum, harap semua sihat wal'afiat,pada 2/9 yang lepas iaitu pada hari khamis yang lepas Cp berkesempatan singgah ke Dream park di Dream land,  Taman hiburan yang terkemuka di Mesir & Middle East. Taman ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 & direka oleh Forrec, firma antarabangsa yang direka oleh Universal Studios dan Mall of America maknanya sudah 12 tahun taman tema ini dibuka.


Dibina di lebih 150 ekar tanah yang terletak di dalam kompaun gergasi. Dreamland terletak di 6 Oktober Citytaman ini dibahagikan kepada tiga zon yang berbezamemenuhi keperluan hiburan seluruh keluargaBagi kanak-kanak, terdapat sebuah dunia fantasi mitos, legendacerita dongeng, rides dan teater simulator.Di taman ini seluruh ahli keluarga boleh berseronok dengan lebih kurang 12 rides yang agak mendebarkan  & mempunyai beberapa pilihan makanan di lebih15 buah kedai makan serta mempunyai kedai cenderamata bagi mereka yang ingin memberi cenderamata untukdiberikan kepada keluarga dan kawan


Di sini juga ade menempatkan kawasan teater dan teaternya berbahasa arab kalau tidak silap Cp.Ada juga cinema 3D dimana kita perlu memakai spek 3D semasa menonton tapi CP x masuk dalam hanya melihat dari luar. Semasa CP pergi haritu memang ramai sangat pengunjung yang datang memang penuh semua rides yang nak main memang kena beratur panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Dengan cuaca yang panas lagi la membuatkan kita merasa kepenatan.Disini pukul 9 pagi dah panas terik sampai ke petang cuma bila hampir malam sahaja barulah cuaca terasa sedikit sejuk tetapi angin memang kuat.

Antara rides yang boleh membuatkan orang x de sakit jantung boleh dapat sakit jantung huhu... Untuk permainan lain ianya dibayar sekali dengan tiket masuk....cume untuk rides yang tertentu sahaja yang perlu di bayar asing jika ingin naik..contohnya rides diatas ni mungkin kerana rides diatas ni dasyat sikit jika dibandingkan dengan rides yang lain contohnya di bawah ini :


Tapi bagi Cp setiap rides tuh mendebarkan kalau berada di bahagian atas huhu..Cp x naik pun yang mane agak menakutkan tuh cp tngok je diorang naik menjerit2.Tapi kami terbeli tiket untuk main rides yang mendebarkan tu sekali disebabkan kami semua taknak main kami bagi kepada mereka yang memang suka naik hihi,mujurlah ade terserempak dengan budak2 malaysia yang belajar di sini..muda2 lagi mungkin tingkatan..kebetulan jumpa mereka makcik Cp bagi sahaja pada mereka,,biar mereka jela yang naik hihi..



Apapun memang satu pengalaman yang menarik bila berada di Dreampark ini, boleh melihat macam2 lagat manusia di sini..ada yang boleh dijadikan panduan ada pula yang perlu dijadikan sempadan. Ini sahaja buat masa ..Salam.

Sunday, September 4, 2011

Pyramid, Egypt

Assalammualaikum,sihat?? harap sihat la ye..Smalam Cp berkesempatan pergi melawat salah sebuah daripada 7 keajaiban dunia iaitu pyramid. Pergi dengan niat hanya untuk melihat keunikan seni bina pyramid tersebut itu sahaja :D..CP x masuk ke dalam pun sebab Cp rase Cp x larat nak berjalan kat dalam tu..lagipun cuaca sangat panas baru pukul 9 lebih tapi panasnya macam dah tengahari mungkin sebab nak berubah cuaca kot xlame lagi..mane la tau kan..


Pyramid di Egypt ni adalah pyramid sangat terkenal di dunia, di bina menggunakan batu yang sangat besar , Di Giza terdapat 3 jenis pyramid iaitu Great pyramid,Center pyramid and smallest pyramid. Untuk Great pyramid iaitu pyramid terbesar di dunai Ia mengandungi kira-kira 1300000 blok antara berat daripada 2.5 tan metrik (5,500 lb) hingga 15 tan (33,000 lb) dan dibina di atas asas persegi dengan sisi berukuran kira-kira 230 m (755 kaki), yang meliputi 13 ekar. Sisi empat menghadapi empat mata kardinal tepat dan mempunyai sudut 52 darjah. 

                                              Pintu masuk ke Great Pyramid


Besar batu2 yang digunakan..Cp x dpt bayangkan mcm mane dorang nak angkut satu2 batu ni dan susunkannya menjadi pyramid sebesar ni dari jauh pun dah nampak pyramid nih, memang sngt besar dan berat batu2 digunakan..dan batu2 ini dibawa dari Aswan melalui sungai Nil ..kalau x silapla dari ape yang CP dengar huhu...Dan bila berada di kawasan pyramid di sana ada menyediakan perkhidmatan kuda dan unta bagi sesiapa yang nk naik untuk berjalan2 di sekitar pyramid dan padang pasir..tapi biasanya bagi pelancong asing mereka akan mengenakan harge yang agak mahal, jadi pandai2 la ye atasi hihi...kalau xnk tolak jek..sebab mereka akan cuba sedaye upaya suh kita naik..xpun tangkap gambar..tapi tetap mintak tips..mungkin sebab mereka susah..itu caranya mereka cari rezeki..apepun berhati-hati jgn sampai tertipu okay..:D


Unta2 comel..:D


Dan ini pula Sphinx yang boleh kita lihat bila berada di bawah...semasa perjalanan ke pintu keluar pyramid..ianya adalah makhluk mitos yang berbadan singa dan berkepala manusia....ramai pengunjung akan singgah untuk bergambar di kawasan ini...dan kawasan pyramid ini merupakan salah sebuah kawasan yang mendapat perhatian pelancong asing..kawasan pyramid dibuka 24 jam..dan mempunyai persembahan malam dimana ia menceritakan tentang kisah sejarah pyramid kalau x silap Cp...ticket untuk masuk bagi dewasa 60 L.E dan kanak2 30LE  lebih kurang separuh dari duit malaysia iaitu RM30 dan RM15 .



Saturday, September 3, 2011

Beraya di Mesir!

Assalammualaikum, Harap semua sihat di samping keluarge tercinta...CP pun alhamdulilah sihat.. seperti yang sedia maklum tahun ni CP beraya diperantauan untuk pertama kalinya. Walaupun berjauhan dengan ayah ibu serta sedara mara yang lain itu bukan alasan untuk kita tidak beraya...beraya boleh dimana juga.. Di Egypt Cp tidak keseorangan..Cp beraya dengan makcik cp..anak die..and then maid die juga dengan 2 org lagi saudara Cp yang belajar di University Al-Azhar jadi xdelah sunyi ....meriah juga jadi nya.. cuma kami beraya di rumah sahajalah..x pergi melawat rumah sanak saudara itu sahaja bezanya..

Sehari sebelum raya kitorang sibuk menyediakan juadah untuk beraya seperti rendang minang,...erk korang tahu x rendang minang tu mcm mane? rendang minang ni rendang dari kepulauan jawa kot org2 minang punye resepi..memang sngt sedap..rendang ni memang wajib dimasak setiap kali perayaan xpun kalau ade kenduri memang kitorang masak...menggunakan banyak bawang..contoh nya kalau 10 kilo daging..bawang pun kena 10 kilo juga..itu yang membuatkan rendang ni sedap sangat..

Kuih raye...:D sempat buat kuih gunting ..len tuh beli sahaja..



Hidangan di pagi raya..walaupun simple tapi sngt bermakna..:D

Selain rendang minang ..juadah lain yang dimasak..kuah kacang..rendang ayam dan jugak nasi impir..lemang jek xde..huhu sebab xde kat snie..itupun ramuan banyak bawak dari Malaysia untuk masak..sebab kat sini ada yang ada ..dan ada yang tidak..jadi lebih senang bawak je dari Malaysia kan..

Kuih raya pun memang ada bawak skit dari Malaysia..jadi dapatlah merasa suasana beraya mcm kat Malaysia..buka youtube dengar takbir kuat2 pagi raya..walaupun sayu tapi tetap tabah..hihi..xpela bukan selalu beraya di perantauan..and then Cp buat video call guna skype ke kampung..jadi boleh tngok semua ahli keluarga... nasib baik kampung ade streamyx..dptla berkomunikasi dengan semua saudara mara..sampai jemu dorang tengok  muka..hihi ..sekarang semuanya dihujung jari sahaja..yang jauh jadi dekat..:D

Tngok org mesir ni..mereka beraya seperti di Malaysia..selepas sembahyang raya mereka akan berkumpul dengan ahli keluarga..mereka pun pula ke kampung untuk beraya..dan pada raya kedua ketiga mereka akan berkumpul sama2 dengan keluarge di area tahrir berhampiran dengan sungai nil..duduk berpiknik di tepi2 jambatan sungai nil..di kawasan2 sekitar zoo eqypt pun ramai sungguh org berkumpul dan itu budaya mereka disni..apepun janji diorang happy...


Beginilah kami dipagi raya....

Thursday, September 1, 2011

Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.


Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

From : Hamba Allah

Selamat Hari Merdeka Malaysia!!

Selamat hari Merdeka Malaysia yang ke 54..wah Merdeka tahun ni sama dengar hari raya la plak kan.... raya makin lama makin awal...mengikut peredaran bumi mengikut paksinya..:)..pernah suatu ketika dulu kita kongsi raya..dengan tahun baru cina kan? time tu CP kecil lagi..tapi Cp ingat..sekarang berkongsi dengan hari kemerdekaan...dan beberapa tahun akan datang..kita akan kongsi raya lagi insyaAllah..dan masa tuh umur pun dah makin meningkat..nak buat mcm mane..masa sentiasa bergerak..dan makin lama..terasa makin cepat berlalu...

Sudah 54 tahun Negara kita merdeka..walaupun baru 54 tahun..tapi banyak kemajuan yang negara kita kecapi..banyak negara lain yang sudah lama merdeka tapi masih usaha untuk membangun..dan ada juga yang masih tidak merasa kemerdekaan kerana masih di jajah!!! CP sangat bersyukur kerana di lahirkan di bumi Malaysia..dan CP sangat berterima kasih kepada semua perjuang2 kemerdekaan..tanpa mereka..negara kita tidak akan menjadi seperti sekarang..jika mereka tidak berjuang untuk kemerdekaan negara ini...mungkin sampai sekarang kita masih dijajah oleh negara luar...

Tapi..Cp sedih kerana keharmonian yang kita kecapi tidak semua orang hargai dan ada yang inginkan kekecohan dari pada keamanan...CP tahu x semua org satisfied dengan apa yang kita lakukan.. sebab kita semua bukanlah insan yang sempurna ..masing2 ada kelemahan masing2...

Keamanan yang kita kecapi ..jgnlah kita persiakan..hargailah...segala kelemahan harus diperbaiki bukannya terus menghukumi..no body is perfect...everyone make a mistake...Cp ucapkan selamat hari merdeka dan tidak lupa slmt hari raya kepada semua yyer..;D


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...