Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, April 29, 2011

i-pad 2 dah kuar!!




Anggaran HArge :


WiFi
16GB: iPad RM1,549 — iPad 2 RM1,499
32GB: iPad RM1,849 — iPad 2 RM1,799
64GB: iPad RM2,149 — iPad 2 RM2,099

3G
16GB: iPad RM1,999 — iPad 2 RM1,899
32GB: iPad RM2,299 — iPad 2 RM2,199
64GB: iPad RM2,599 — iPad 2 RM2,499
Dengar cerita maxis akan menawarkan data plan for this ipad for wifi and 3G dalam mase terdekat nih..we will see..Harge smart cover dalam rm 150 ke rm250..Hari nih 29 April 2011, i-pad2 dah mula dijual , for those yang berminat boleh la membeli di store2 machines yang menjual okeh...memang mcm pisang panas..kejap jek dah sold out punyek..huhu ...adioss..




Sungguh menarik , so sweet!!!


hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...


Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.   Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   

"Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Mak lihat..   "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."   Cerita mak sambil tersenyum..   Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..   Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.  

 Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.   Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.   Cerita mak..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.   Dan kelihatan abah..   "Abang ke mana? Risaunya ani.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.   Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.   Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."   "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan abah hanya ketawa.   

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.   Pernah mak tanya,   "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."   "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..   Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan abah selalu membanggakan mak.   Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."   Mak gembira.   Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..   Pernah mak berkata..   "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."   Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..   Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah. 

  Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.   Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..   "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."   Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.   "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."   Mak tak boleh mendengar deringan telefon.   "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."   Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.   "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "   Mak terus tersenyum.   "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...    

Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....

Thursday, April 28, 2011

kisah-kisah lucu (>,<)

1 hari pak pandir ke KL ngan keretanya....
tiba2 tepon dia berdering.....
dia menjawab"alo..."
rupa2nya mak pandir yg tepon....
mak pandir memberitahu pak pandir"pak pandir....tadi aku dengar ada seorang pemandu tersesat masuk ke jln yg salah....hati2 ye??"
maka pak pandir menjawab"GILA!!!!!"
"BKN 1 LA!!!!!TAPI BERATUS2!!!!!!!!"

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor,
skang nie,….saya berada 480km dari umah……..

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…

Dollah saorang pemuda dari dusun mencari pekerjaan di-akhbar.
Esokan nya dia pergi temuramah dan berjaya mendapat jawatan sabagai “Production Operator” di-sebuah kilang elektronik Amerika.
Bos nya seorang mat salleh yang tak pandai berbahasa melayu.
Satelah dua hari bekerja, bos nya bangsa mat salleh bertanya pada Dollah dalam bahasa Inggeris, “Good morning Dollah! How do you find this job? ( Bos nya tanya bagaimana tentang kerja nya disitu)Lalu Dollah menjawab “Oh I found this job in the news paper” ( Saya jumpa kerja ini dalam surat kabar )Bos nya terpinga pinga jawapan dari Dollah.

halaqah.net :D

Dilarang Couple Sebelum Nikah


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best! Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu.. Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~ Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

Tamat sudah peperiksaan Semester Jan/Apr 2011

Khamis, 28/ 4/2011 jam 1.32 pm, Tetiba aku rasa nak menitiskan air mata bila mengenang kembali semua kenangan semester nih, banyak sungguh dugaan walaupun tak kelihatan tapi otak ni penat berfikir penat menahan segala dugaan yang datang satu persatu. Selalunya hari akhir exam, semua akan gembira..lompat2 ...tapi kelas aku sangat suram hari ni, sebelum exam tadi riuh rendah kelas tapi bila habis exam semua senyap, aku faham kenapa semua senyap x happy, huhu aku pun sama..subject yang penuh dengan drama semester ni, skali lagi dikejutkan dengan drama..huhu bukan drama la..cume soalan exam hari ini, sukar betul untuk dijangka, lain yang kami focus..lain yang keluar huhu..memang sukar nak dijangka dan memang sukar nak target result yang bakal kami terima nanti.. dengan keadaan x sihat aku ni lagi la kan...huhu buat exam sambil batuk2..selsema..kiri pen..kanan tissue..huhu memang terbaik!!..

TERIMA KASIH kepada semua dak kelas..yang banyak tolong..untuk menghabiskan semester nih!!! korang memang the best...SYG korang!! harap korang semua dah boleh tidur lena lepas ni ok, cuti 4 bulan ni cuti la puas2 xpayah pk dah menda2 yang da lepas tuh, enjoy la korang!! huhu aku harap kita semua dapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..kita dah berusaha..tawakal jela sekarang yer..aku ade lagi satu assignment yang perlu disetle kan..reseacrh..tu lagi satu menda paling x suker untuk dibuat tapi apa kan daya... memang subject wajib ambil..kalau amik Phd..research tula yang kena buat..kalau x..xdpt le phd huh..x tahu la mampu  x ke x ak nak amik phd..yang belajor skang pun mcm poning adeh..biase la bila usia makin meningkat ni kan..otak mcm lambat skit nak pickup..hihi..

Aku kena plan betul2 cuti sem kali ni, bagi memastikan cuti aku berkualiti dan tidak sia sia..huhu aku kena hargai setiap saat cuti aku nih, cewah..i love holiday..feel everyday like sunday..yeay!! mls r nak sedey2,, hope i am going to pass all subject with flying colours...wink wink...


Bagi mereka2 yang bercuti...selamat bercuti,,bagi yang x bercuti jgn jeless ek..huhu..

Wednesday, April 27, 2011

aku yang demam

Esok last paper untuk aku, otak melilau lilau tak tentu arah, x boleh nak banyak berfikir buat masa ni, sampai x dan nak update entry huhu..demam la pulak kan, ni la namenye demam peperiksaan huhu.. sudah 4 hari x sihat, batuk + Selsema + Demam = Penyakit!! tapi aku x mengeluh la disebabkan penyakit ni...biase la kan name pun manusia..mestilah kekadang ketahanan mental fizikal ni diuji kan..huhu..nak xnk terima ajelah..

Tapi bila x sihat..mcm-mcam lah perkara nak buat x berapa larat nak buat..contohnye belajar..huhu esok paper last tapi masih termenung-menung..huhu x sedap badan..jadi otak pun x boleh nak fikir banyak... nak tngok tv pun x larat(sempat lagi tuh..)...makan ubat..tido..itulah perkara best yang boleh buat time2 cengginih..memang la ujian paper terakhir semester nih..dah la cuak subject ni..banyak dugaan tul semester ni..for this subject huhu..boleh buat drama..actually..pasal apee?? biarlah rahsia..hihi

Bila dah demam, emosi mula lah terganggu....nak rehat otak..sarat mcm2 nak fikir adehh..stress dibuatnye huhu..aku harap paper esok dipermudahkan..AMINNN...cuaksss..bagi sesape yang ngah hadapi peperiksaan mcm aku..gudluck aku ucapkan..soalan mana yang tahu..kita siapkan..yang mane x tahu...sila jangan tinggalkan..hihi mane lah tahu..markah kesian..lecturer nak bagi..wink wink...;0)

Tuesday, April 26, 2011

Pelik Dan Jelik Mengenai "Couple"


Untuk perkongsian bersame..

Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Aku malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan?
Hari ini aku highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.

Yang pelik….
Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….

Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….

Yang pelik….
Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future gf kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.”

Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?

 Yang pelik….
Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…

Yang jelik….
Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….
Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.

Yang jelik…..
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.

Yang pelik….
Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.

Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.

Yang pelik….
Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…

Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Pelik dan jelik ..tapi benar…
Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.

Err.. korang tak kan ?

Saturday, April 23, 2011

Konsert 3 Af9 sangat panas!

Bagi sesiapa yang memang tengok akademik fantasia , konsert malam ni aku rasa sangat panas la sebab ade AF gugur dan AF masuk and aku memang dah agak dah yang akan masuk Fina and Hazama tapi aku tak sangka la plak Aida yang akan keluar..Amir tu mungkin da boleh predict la kan..cube korang fikir ape agaknya kesan sampingan kemasukan adik..kakak keluar?? huhu mesti ramai x jangka kecuali tenaga pengajar sebab diorang memang dah bincang perkara ni..

Memang betul adik die punye suare lebih power dari kakak dia, dah macam kerana adik kakak perlu berkorban..huhu..tapi aku xleh nk buat ape la..ini semua kehendak tenaga pengajar dan peminat katenye tak tahu la teman kan..hihi..

Ape pun biar jela kan..huhu x jejas ekonomi saye pun..:0)...masing2 ade rezeki masing2..insyaAllah rezeki ada dimana-mana..jangan berputus asa dan terusla berusaha ye semua..:0)...

Makanan Segera antara PUNCA penyakit KRONIK


CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.

Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.

Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E. Siong tidak menyangkal bahawa latar belakang genetik dan keturunan seseorang turut memainkan peranan menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik itu.

Namun demikian katanya, punca utama kepada penyakit tersebut masih banyak ditentukan oleh corak pemakanan dan diet yang salah, tidak seimbang serta melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga.

‘‘Kita tidak boleh menyalahkan keturunan kedua-dua orang tua kita kerana memiliki baka penyakit-penyakit tersebut, sebaliknya kita sendiri yang patut dipersalahkan kerana mengamalkan cara hidup yang kurang sihat,’’ jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi e-mel di sini.

Dr. Tee yang berada di Amerika Syarikat ketika dihubungi berkata, adalah tidak tepat sekiranya pengamal makanan sayur-sayuran (vegetarian) menganggap bahawa mereka tidak boleh menghidap penyakit jantung koronari misalnya.

Menurutnya, dengan hanya tidak memakan daging yang mengandungi kolesterol tidak akan melindungi seseorang daripada menghidap penyakit jantung koronari.

Katanya, pengambilan tenaga daripada lemak dan karbohidrat serta komponen lain dalam diet seperti serat dan sumber garam merupakan faktor penting untuk mengekalkan kesihatan.

Adalah diingatkan bahawa kolesterol yang menyumbat arteri disumbangkan oleh badan seseorang itu dan bukan berpunca daripada makanan semata-mata.

Dr. Tee menambah, penyakit-penyakit kronik itu boleh dielakkan kerana tahap kesihatan seseorang itu ditentukan oleh mereka sendiri.

‘‘Rakyat Malaysia perlu peka dengan kehadiran dan bahayanya penyakit-penyakit tersebut jika tidak dikawal dan mengambil langkah-langkah positif lebih awal bagi mengelak risiko untuk menghidapnya,’’ jelasnya.

Sementara itu katanya, penyakit-penyakit kronik yang berpunca daripada pemakanan dan diet yang tidak betul termasuk obesiti, darah tinggi, diabetes, jantung koronari dan beberapa jenis barah semakin meningkat di Malaysia.

Jelasnya, walaupun sejak 40 tahun lalu penduduk Malaysia telah banyak mengubah corak pemakanan dan diet namun penyakit-penyakit kronik tetap dihidapi kerana sesetengahnya masih menggemari makanan yang senang dibeli dari restoran-restoran dan warung tanpa melakukan aktiviti secukupnya untuk membakar lemak.

Dr. Tee menjelaskan, penduduk yang begitu peka memulihara kesihatan menerusi corak pemakanan bagaimanapun telah mengurangkan makan nasi, tidak menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, menambah pengambilan lemak dan minyak, karbohidrat yang halus, daging/ ikan dan telur.

Penduduk Malaysia juga katanya turut menambah peratusan tenaga menerusi pemakanan lemak dan menambah sumber protein daripada binatang, lemak dan kalori.

Sementara itu katanya, semakin banyak keluarga gemar makan di luar rumah dan makan makanan bergoreng.

Penduduk juga katanya, suka mengambil makanan yang lebih daripada diperlukan dan mengambil suplemen nutrien yang tidak betul. 

p/s : huhu sambil mengingatkan diri sendiri..:S
halaqah.net

Tetibe mcm terminat Lena Af9

lena af9
Baru pas tngok ulangan konsert minggu ke-2, aku suker tngok cara lena menyanyi, suara, emosi sume die kasik hoho..dah la nyanyi lagu Ziana Zain..memang lagu tu menusuk kalbu r kan..huhu..die nyanyi sambil menangis adeh...memang mcm best la kan..judges pun bagi komen negative la juga,,kecuali ogy...huh katenye jgn ikut Ziana Zain sngt..betul jugak..but boleh tahan la die nyanyi kan..

Aku xde la peminat fanatik AF pun x pernah plak anto undi huhu just tngok 2 mcm tuh jek..tetibe mcm nak citer pasal lena ni..


Nama Sebenar: Lenaber Binti Haidir
Nama timangan: Lena

Umur: 20 tahun
Tarikh Lahir: 16 julai 1990
Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth, Sabah

Tinggi: 164cm
Berat: 48kg

Adeh muda dari aku, kire pangkat2 adik la nih kan ..huhu.. mlm ni ade AF gugur plak..hurm..sebenarnye ade pros and cons..diorang buat AF gugur nih

Advantage :
Pada budak2 yang berpeluang masuk AF

Disadvantage :
Tergugatlah budak2 yang mmang ade dlm tu..tetibe ak rase mcm kurang fair..hohoho..tet..

Jom layan lagu Lena di konsert 2 ni... KeKal...



Terima Kasih!!

KepAda Blogger BernAme SyanaBel kerana membuat entry tentang Blog saya yang x seberapa ni sebagai tanda mengotakan janjinya, saya suka orang yang berjanji,,dan berpegang pada janji kerana itu dapat menggambarkan imej seseorang itu, dan segala komen yang telah diberikan saya amik sebagai panduan untuk menambah baik blog saya nih..:) i'll try to improve it..

Mungkin ramai tertanye tanye..kenapa nama blog ini cphidayah....betul seperti yang dikatakan Syanabel CP stand for Cahaya Petunjuk sebenarnya..:0) jadi bile di pk2 di putar2 maka timbul la nick cphidayah untuk blog ini, huhu..

Blog ini bukan seratus peratus hasil penulisan saya, ada entry yang memang saya tulis sendiri dan ada yang saya ambil dari sumber-sumber yang lain, dimana boleh dikongsi dan memberi manfaat kepada manusia sejagat, jadi saya kongsikan kepada semua secara tidak langsung dapat memberi informasi yang mungkin ada yang tidak tahu..dan untuk diri sendiri juga..yang mana saya rasa diri ini ingin tahu..saya pasti anda semua mungkin ingin tahu juga..apapun terima kasih saya nak ucapkan kepada semua yang sudi follow blog ini dan yang sudi visit and komen..

Really appreciate it, sebab itu semua membuatkan saya lebih bersemangat untuk berblog dan berkongsi sedikit ilmu insyaAllah..:0)

TERIMA KASIH!!

SEMUA

Tak berdosa jika tidak sengaja


SAYA pernah makan makanan yang mengandungi alkohol kerana tidak mengetahuinya. Adakah saya berdosa atas perbuatan itu?


ISLAM membenarkan makan makanan yang halal lagi baik. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah ayat 168) 

Makanan halal adalah makanan yang tidak diharamkan Allah. Antara yang diharamkan ialah bangkai, darah, babi sebagaimana firman-Nya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya) ...” (Surah al-Maidah ayat 3) 


Makanan yang baik ialah yang tidak membawa mudarat kepada badan dan akal termasuk yang bercampur dengan yang haram, najis, terkena najis, dan buruk dan jelek (khabith). 

Sekiranya memakan makanan haram secara sengaja tanpa dalam keadaan darurat, ia dikirakan berdosa. Makan secara tidak sengaja termasuk tidak mengetahui perkara yang sebenar dan dalam keadaan darurat tidak berdosa. 

Dalam hal itu Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 173)



Friday, April 22, 2011

Kesan Zikir kepada otak


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Antara zikir yang boleh kita amalkan,,

Wa wallahualam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...