Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Tuesday, June 28, 2011

Start gi GyM!!

Smalam pagi2 buta bertolak dari selangor ke Melake..balik rumah bonda tersayang..lepak2 then ptg g Gym..huhu sebelum ni ade gak g..ni try g kat Melake plak dkt ngan town..not bad gym Die besar..mcm2 alat ade pilih je mane satu nak..weekday so x de la crowded sngt huhu..maybe if weekend mesti ramai kot.. 

(lebey kurang mcm ni la gym nyek) Google tq

Dah la jarang exercise..huhu ...exercise basic..just naik turun tangge rumah..sapu sampah..mop lantai tu jela..haha..so memang pancit la..naik trademail..20 minute pun .. trun2 rase kaki dah x jejak lantai..haha kelakar tol..kepale pening2..nak muntah pun ade..tu la bahana kalau dah jarang exercise..

Exercise jari ade la..sms..menaip..tapi jari ni macam ni juga..:D..aku g gym xde la lame sngt tadi dlm sejam.. xleh nk pakse sngt diri..slow2 jela..Azam..g Gym Consisten..3 ,4 kali seminggu pun da okay..janji kuar peluh huhu kan kan...hopefully..x hangat2 taik ayam la ye...(diri sendiri)..hoho...Adioss..Majula sukan untuk Negara..lalala..'.'

Friday, June 24, 2011

Masa Depan Yang Masih Kabur

Setiap manusia pasti ada cita-cita tersendiri, lagi-lagi kalau sudah belajar bertahun -tahun, cume kadang2 kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan selebihnya dan kadang2 makin lama kita belajar makin x tahu nak jadi apa..kalau amik pendidikan sah2 la akan jadi cikgu, kalau amik nursing confirm jadi nurse dan kalau amik medic sure2 end up jadi doktor. 

AKu pulak x amik pendidikan,nursing or medic, hoho aku amik diploma in Business, Degree In Finance and now sambung MBA yang tinggal lagi satu semester..lepas tu nak buat ape?? nak jadi ape ek?? adekah masuk ke line banking ..ataupun masuk ke line education menjadi pensyarah?? itu semua masih samar2 lagi x nampak mane hala tuju yang nk dituju.. kalau ikut kan hati nak jadi pensyarah...

Nak jadi pensyarah pun bukan mudah huhu pastinye mereka memilih yang terbaik dikalangan yang terbaik... kalau dapat aminnnn,Alhamdulilah...kalau x ...UsaHa sampai dapat hihi..tapi minat juga nak jadi Usahawan..tngok orang lain berjaya hati ni pun rase ingin mencube kot2 berjaye wah pasti best.. duit masyuk...dan boleh bantu keluarge..and masyarakat..cewah..:D..

Itu yang membuatkan semua nye menjadi Samar2..tapi percaya qada' dan qadar insyaAllah akan ade rezeki nanti..kerja la ape pun kan..hihi yang penting halal..kehidupan ini panjang jika umur kita panjang..kena la plan betul2 kan huhu..dulu mase lepas SPM..adelah time paling susah nak pilih nk smbung ape?? ikut hati nk sambung engineering..tp aku takut nak boleh nak bawak..result kemana..course kemane lak nanti..berkat nasihat ayah aku amik semua ni..ikut cadangan die..well thanks Ayah..for all advice that u had given to me...i really appreciate it..huhu..

Ape pun Kalau sekali atau berkali kali pun kita gagal .x bermaksud akan gagal selamanye..learn from mistake.. remember that  everyone make a mistake..no body is perfect.."Experience is the best Teacher and World is the greater School".. Sesape yang alami perkara yg same ngan aku..hoho..Smoga kita semua berjaya dalam ape jua bidang yang kita ceburi insyaAllah..kalau da rezeki x kemane kuikuikui..walaupun time belajor semua tu kelihatan samar2..:D okek..



Jangan Kita Lupa


Hai manusia…
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma
Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu
Hai manusia
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik

In-team

Maybank, CIMB batal hasrat gabung dengan RHB Capital

Jom kita tngok tentang Ekonomi plak..sekali sekala kena amik tahu juga hihi..


pix_gal0

Maybank, CiMb and RHB bank wah semua nya nama2 gah di Malaysia, huhu..

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd mengejutkan pasaran semalam, apabila mengumumkan membatal rancangan untuk bergabung dengan RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd. 

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga minggu selepas Bank Negara Malaysia memberikan kelulusan kepada kedua-duanya memulakan rundingan berasingan dengan RHB Capital dan pemegang saham utamanya untuk kemungkinan penggabungan.

Ia juga tidak sampai seminggu selepas pemegang saham kedua terbesar RHB Capital, Abu Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) menjual 25 peratus pegangannya kepada Aabar Investments PJS pada harga RM10.80 sesaham.

Maybank dalam kenyataan ringkas mengumumkan pembatalan itu berkata, ia diputuskan hasil perbincangan terperinci Lembaga Pengarahnya. 

“Berdasarkan perkembangan terkini dan juga hasil daripada perbincangan terperinci, Lembaga Pengarah memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan penggabungan, buat sementara waktu,” katanya. 

Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak dalam kenyataan berasingan pula berkata, kumpulan itu memutuskan pembatalan itu selepas perbincangan dengan pelbagai pihak. 
“Berdasarkan perbincangan yang diadakan serta penilaian terhadap jangkaan semasa pemegang saham utama, CIMB Group tidak yakin nilai boleh diwujudkan selepas penggabungan dilaksanakan. 

“Rundingan penggabungan itu akan menghabiskan banyak sumber, selain mengganggu (urusan) kakitangan serta pihak yang berkepentingan. 

“Justeru, kami memilih tidak memanjangkan perbincangan supaya semua pihak boleh kembali melaksanakan urusan seperti biasa secepat mungkin,” katanya. 

Berikutan pengumuman pembatalan itu, saham RHB Capital berdepan tekanan jualan yang menyaksikan harganya susut 57 sen atau 5.94 peratus kepada RM9.03 pada penutup semalam selepas mencatatkan paras terendah sejak 20 Mei, iaitu RM8.99 sesaham pada sesi dagangan tengah hari. 

Sementara itu, Ketua Penyelidik OSK Research, Chris Eng menyifatkan pembatalan itu adalah sesuatu yang positif kerana Maybank dan CIMB Group tidak perlu berdepan risiko terlebih bayar bagi memiliki saham RHB Capital. 

Difahamkan, harga yang dibayar Aabar ketika mengambilalih 25 peratus saham RHB Capital itu adalah hampir 18 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran semasanya, iaitu RM19.9 bilion dan ia dilihat sebagai antara sebab mengapa Maybank dan CIMB Group memutuskan membatalkan hasrat masing-masing. 

* Walau apa pun keputusan yang dilakukan oleh mereka, mereka mempunyai alasan mereka tersendiri, mereka telah lihat dari pelbagai aspek, tapi mane tau penggabungan boleh memberi untung berlipat kali gande hoho who know's sometimes something that we not predict may happen.. kerana kita merancang tuhan yang menentukan...

*Majulah sukan untuk negare..:D

Thursday, June 23, 2011

Sepah Maharaja LAwak- Manisnya Kurma ini


Adoii sepah2 aku memang minat lawak korangggg ;D..korang memang sngt  berbakat untuk buat lawak bagi semua orang sakit perut terkincit kincit gelak hahaha...hurmm..
tapi tapi tapi...adekah anda meminta izin dahulu kepada 
Ustazah Siti Nor bahyah dan Ustaz Wan Akashah (suami isteri) 
untuk meniru gaya mereka dalam bual bicara Semanis Kurma...

Sebenarnya aku tengok page fb Ustazah Siti Nor Bahyah tadi..

Statusnye :

"Assalamualaikum shbt fb ustzh yg dikasihi.Moga Allah sntiasa mnjauhi kita semua dari sgl keburukan & mgurniakan hidayah yg bterusan,amin.Semanis Kurma mlm ni tajuk:Majlis pertunangan @ pernikahan.Tksh ye krn ramai yg mgmbil berat ttg ustzh & ustaz hgga brtnya samada ustzh bkecil hati @ tak dgn kump sepah dlm maharaja lawak yg mniru gaya ustzh.Cuba teka,ustzh & ustaz kecil hati @ tak ye? tksh."

Rata-rata komen yang diberi oleh peminat mengatakan ustazah tidak berkecil hati, tapi ustazah sendiri belum menjawab soalan yang diberikan sendiri itu, huhu.. kalau betul x berkeci hati bagus lah,,kalau berkecil hati ..aiyook x tau..hoho..Sepah kenalah gi pujuk ek..hoho..

-->tapi aku rase ustazah seorang yang sangat positif dan tidak mudah berkecil hati mudah mudahan ada hikmah disebalik lawak yang sepah lakukan itu yer dan harap ustazah tidak berkecil hati yer.....

Jangan lupe malam ni Semanis Kurma TV9 a.k.a 119 pukul ,10 malam kalau x silap...

Renung-renungkan dan selamat beramal...Assalammualaikum.. 


Muka seiras aktor bollywood


Tetibe terasa nak buat entry pasal muka yang agak seiras anak & bapa,juga adik beradik di Bollywood , selebrity2 ini juga agak  terkenal di banyak negara termasuklah Malaysia..
Gambar hitam putih tu gambar perkahwinan  bapa shah rukh khan(SRK), tengok muka SRK memang mcm muka bapanya , hidung, kening, mata..gambar bawah itu pula, di sebelah SRK tu adalah isterinye, Gauri..
Yang ini pula gambar Hritik roshan dan bapanya Rakesh Roshan semasa muda, bapanya juga seorang pelakon dan sekarang lebih tertumpu kepada bidang pengarahan..

Gambar lama sikit tu adalah gambar bapa Amir khan dan sebelah tu sudah tentu Amir Khan yang berjaya membuat filem 3 Idiot menjadi Box office. Gaya mereka gelak dan mata nampak sama kan ..:D
Ini pula 3 beradik  khan , Arbaaz khan,Salman Khan dan Sohail khan mereka ber3 adalah adik beradik. Aku tengok muka Salman mcm muka combination Arbaaz n Sohail hoho..:D
Ini pula adik beradik Sanjay kapoor dan Anil Kapoor , muke mereka pun boleh dikatakan seiras dah name pun adik beradik kan haha..lagi2 bile senyum memang nampak la persamaan mereka nih..
Ini pula Amir khan dan abg nya Faisal Khan..juga seorang pelakon tetapi tidak sepopular Amir Khan..tetapi ade berlakon dalam beberapa buah filem..
Akhir sekali keluarga kapoor ni..muke depa memang semua lebih kurang ..
Inilah keluarga Raj Kapoor , adik beradik kepada Shammi Kapoor dan Sashi Kapoor pelakon lame, kemudian generasi seterusnya di sambung dengan kehadiran Rishi Kapoor,Randhir Kapoor dan Rajiv Kapoor dimana muke mereka seakan2 je..dan generasi sekarang disambung pula oleh Ranbir Kapoor,Kareen Kapoor dan Karisma Kapoor...
* Bagi yang x layan filem2 hindustan mereka pasti blurrr..ape yg aku merepek ni kan haha...
*Apepun dah name pun anak beranak memang la muka akan lebih kurang..x bnyk skit mesti ade kan kan..okeh la itu sahaya..NAmaste..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...