Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Xclusive Fitnesz


Page ini khas untuk Xclusive Fitnesz iaitu  Gym yang terbesar di Shah Alam yang menyediakan kemudahan alatan senaman yang lengkap khusus bagi mereka yang sukakan gaya hidup yang sihat untuk bersenam. Kawasan gym yang sangat strategik membuatkan gym ini unik berbanding gym yang lain. Kenapa saya katakan begitu?? Gym ini terletak di Stadium Shah alam dimana kita sedia maklum disitulah selalunya pertandingan bola sepak peringkat negeri dan negara berlangsung. Jadi kawasan gym ini luas dan mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian peralatan gym, bilik aerobic dan ruang terbuka bagi mereka yang sukakan aktiviti sambil menghirup udara diluar. Ini salah satu lagi keunikan gym ini jika dibandingkan dengan gym lain yang biasanya menyediakan hanya indoor equipment dan ini yang menarik minat Cp untuk turut serta menjadi ahli gym ini.

Selain kita boleh menggunakan peralatan senaman , di Xclusive Fitness juga menyediakan kelas aerobic, Yoga, dan lain-lain lagi selama 1 jam untuk setiap sesi pada setiap hari kecuali rabu dan ahad. Jadi jika kita join gym ni kita boleh join semua aktiviti yang dijalankan. Bagi Cp ianya sangat menarik sebab jadualnya okay tidak mengganggu waktu berkerja mahupun waktu kelas sebab ianya dilakukan pada sebelah malam kecuali sabtu pada waktu pagi.

Dan yang lagi MENARIK ade Free Wifi (UNIFI )okek!!for those yang memang suka online x kira dimana jua berada, line pun boleh tahan laju jadi sambil bersenam sambil beronline ..bawak sekali laptop download citer korea hihi... Parking space memang banyak x payah nak berebut-rebut pk mane nak parking dan ianya free jugak. Gym ni dibuka dari 7 pagi sampailah 11 malam , Kecuali ahad bermula 10 pagi sampai 10 malam.

Untuk keterangan lanjut KLIK SINI dan jangan lupa add facebook Xclusive Fitness KLIK SINI untuk mengetahui segala update terkini okay. Cp akan update dari masa ke masa aktiviti Cp di gym ni. Sesiapa nak join ayuh kita meramaikan..layarilah laman web tersebut okay.!!!


Objective Cp join Gym ni sebab :

-Ingin Mempunyai gaya hidup yang sihat
-Nak Keluarkan peluh
-Kalau boleh nak kurus
-Environment menarik
-Mempunyai trainer yang sedia membantu
- ade wifi ..:D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...