Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, February 25, 2011

Satu BadAn gatAl, GAre-gare...


JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.


Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.



“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.


“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya. Sumber Dari : Harian Metro..

So, korang hati-hati la lepas ni kalau nak memilih product o..sebab....lain yang kita nak lain yang kita dapat nanti..Assalammualaikum..

4 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

banyak tu rm10k... pegi je ke slimming beauty ke.. yg mana dah ada nama. sepatutnya depa test dulu alergic atau tau tak. kulit tak tahan le tu. macam2 kan.

Cphidayah said...

tu la pasal..mcm2..kena check betol2 la sebelum gune sebarang product..:)

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye dah join awak :)http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/terbaru-xia-xuanze-ganti-misbun.html

Dda Ly said...

haiyoo product skarang mmg kne berhati2 la kan..mcm2 ade..

meh ke rumah,
~farewell friends~
keep in touch ye..♥♥♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...