Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, March 25, 2011

Bazar pakaian daripada barang terbuang


BAGI meningkatkan kesedaran orang ramai terutama pengunjung mengenai keistimewaan pusat beli-belah Empire Shopping Gallery (ESG), bermula 25, 26 dan 27 Mac akan datang, ia akan mengadakan bazar fesyen di ruang legarnya.Bazar fesyen yang juga dikenali sebagai Fashart itu juga disambung pada 1,2 dan 3 April dengan acara bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. 


Antara aktiviti yang akan diadakan adalah mewujudkan ruang bagi penggemar fesyen menghasilkan pakaian menggunakan barang terbuang. Ia bertujuan mendedahkan orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar sebagai satu daripada tanggungjawab harian semua pihak. 

Selain itu, bazar berkenaan diharap menjadi tapak bagi sesiapa saja menghasilkan produk kraftangan menggunakan barang terpakai.

Bagi penggemar fesyen mereka boleh mengikuti pertunjukan fesyen vintaj daripada jenama butik yang terdapat di ESG.
Orang ramai juga berpeluang menonton teater secara terbuka yang julung kali diadakan di pusat beli-belah serta tarian flash mob yang turut dibuka kepada orang ramai. 

Sambil menikmati aneka pameran serta aktiviti diadakan di ruang legar, pengunjung pusat beli-belah terbabit berpeluang menikmati alunan muzik sekitar 1960-an sehingga 1990-an serta lagu terkini yang pasti mencipta nostalgia kepada pengunjung. 

Empiry Shopping Gallery yang dibuka pada April 2010 lalu adalah pusat beli-belah terbesar di Subang Jaya, Selangor. 

Dilengkapi kemudahan untuk seisi keluarga serta melengkapi gaya hidup moden, ESG dianggap sebagai mercu tanda Subang Jaya. 

Ruang legar yang luas dengan kedai berjenama seperti Ed Hardy, Dorothy Perkins, Levi’s, Coach, barangan kanak-kanak serta restoran makanan popular menjadikan ESG sesuai sebagai pusat pertemuan seisi keluarga serta ruang santai bersama rakan

My Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...