Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, March 9, 2011

+kebenaran itu kadang kala menyakitkan+

Orang yang tidak berkata benar itu bermakna dia menipu , tapi bila fikir balik mengapa dia menipu kerana jika berkata benar ia akan menyakitkan. Tapi Jika penipuan itu terbongkar maka kebenaran akan tersingkap jua dan ianya lebih menyakitkan sebenarnya. Jadi berkata benar ?? ataupun menipu??? huhu sama sahaja kesannya. Kenapa susah berkata benar? pasti kerana benda yang ingin dikatakan itu..akan menyakitkan? kenapa menipu?pasti kerana  tidak ingin menyakitkan!!Tapi apabila ditipu ...sukar untuk menerima kebenaran kerana apa??? kerana sukar untuk mempercayai pabila ditipu...pening plak pusing2 ayat nih...

Hmm..contoh perkara yang sukar untuk berkata benar :

Suami : Abg sayang yang sorang je..yang lah segala galanya bagi abang tiada duanya,
Isteri  : Betul ke ni
Suami : Betul.."Sumpah"
Isteri : :),..betul ni abg x de perempuan lain..
Suami : Betul,.buat ape abg nak tipu...

Tetibe tepon berbunyi, si suami trus ke luar umah..konon2 carik line padahal cakap ngan isteri no.2..

Isteri : Sape kol tu bang?
Suami : Bos abg..dia kate esok abg kena pergi OUT STATION..
Isteri : Aik,,out station lagik..bukan ke abg baru pergi semalam?
Suami : Tu la..abg pun xtau..Bos abg ni.,,,suke hati die jek..nak arahkan pekerja..tapi abg nak buat mcm mane..nak x nk kena pergi jugak yang...nk cari rezeki..
Isteri : (Dengan penuh kepercayaan)..Pergilah bang..dah keje nak buat mcm mane..'
Suami: (dalam hati) YESS!!!

Si Suami dah g OUT STATION...si isteri g shopping..TETIBE>>>>terserempak si suami dngn perempuan lain iaiti madunya yg dia x tau....siap pimpin tngn beli brg dapur ...x ke kantoi di situ...

dalam drama melayu..bnyk dialog lebey kurg mcm kat atas nih...Cube kite kire berape  bnyk penipuan di buat di atas..dlm tempoh beberapa minit?? jika..dah kahwin sorg lagi dlm mase 3 thn..haa darab la...hari x jam x minit...hoho..dan dalam seminit terserempak abis la segalanye.. x ke 100x sakit..kena tipu...hmm soo aku rase baik berkate benar dari awal..lebih baik..walaupun kadang kala kebenaran itu menyakitkan..tapi penipuan..adalah lebih menyakitkan..

hmm..bukan untuk kes di atas saje..banyk g kes lain..x tertumpu pada kaum adam sahaja..tetapi kaum hawa sekali..saya mengingatkan diri saya sekali....;o)..renung-renungkan...Assalammualaikum..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...