Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, March 26, 2011

-tak boleh Kahwin Maya-


BAGAIMANA sekiranya lelaki dan wanita sedang bersembang mengenai imaginasi hubungan seks dalam ruangan sembang di Internet?Adakah ia termasuk dalam perbuatan zina? Saya juga mahu kepastian, bagaimana jika yang mahu bernikah melalui alam maya (Internet) bagi mengelak zina?


SEKS siber (cybersex) adalah hubungan seks secara maya antara dua individu atau lebih secara jarak jauh melalui jaringan komputer dengan setiap orang menghantar mesej hubungan seksual kepada pasangannya. 

Kemudahan webcam pula menjadi nilai tambah kerana ia berlaku pada waktu sebenar. Bagaimanapun, ia tidak membabitkan hubungan seksual sebenar tetapi lebih kepada khayalan seksual atau melakukan onani (http://en.wikipedia.org/wiki/Cybersex). 

Memandangkan seks siber tiada hubungan seksual, ia dikira dalam kategori percubaan melakukan zina (mukadimah zina). Bagaimanapun, Islam tetap melarang dan mengharamkannya sekiranya bukan suami isteri terbabit. 

Jenayah zina adalah persetubuhan haram yang sengaja dilakukan dengan wanita yang dikira haram disetubuhinya. Islam tidak dapat menerima konsep pernikahan melalui alam maya (Internet) seperti yang anda inginkan. 

Perkahwinan alam maya hanya bersifat imaginasi semata-mata. Lagipun perkahwinan dalam Islam ada rukun dan syarat-syarat tertentu. 

Termasuk dalam rukun nikah adalah (1) lelaki yang bakal menjadi suami (2) perempuan yang bakal menjadi isteri (3) wali (4) dua orang saksi dan (5) ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan). 

Ada pula syarat tertentu kepada bakal suami dan isteri tadi, antaranya bagi suami hendaklah Islam, lelaki tertentu, belum mempunyai empat isteri, dengan kerelaan sendiri dan seorang lelaki dan bukan khunsa. 

Bagi bakal isteri pula hendaklah beragama Islam, perempuan yang tertentu, bukan mahram kepada lelaki bakal suami, bukan isteri orang atau tidak dalam iddah dan tidak berihram haji atau umrah. 

Pernikahan melalui alam maya tidak dapat memastikan rukun dan syarat nikah terlaksana. Dengan itu, ia tidak dibenarkan. Anda dinasihatkan berbincang dengan keluarga atau sahabat terdekat dalam merancang perkahwinan yang sebenar seperti yang sudah diamalkan masyarakat Islam. 

Percubaan kreatif seperti perkahwinan alam maya tidak dapat memenuhi tujuan sebenar perkahwinan iaitu memupuk kasih sayang sesama pasangan dan penambahan zuriat.

My Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...