Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, April 8, 2011

I need some one..

Tetiba rasa sayu di dalam hati , dikala malam yang sunyi sepi, bertemankan rintihan hujan,bulan dan awan menyelubungi bumi , membuat kan aku termenung dan mensyukuri,segala nikmat yang di beri..segala kasih sayang yang aku rasai..Hari demi hari aku lalui, macam-macam dugaan telah aku tempuhi itu semua membuatkan aku tabah untuk terus hidup berdikari, bersyukur sangat sebab keluarga sering menyokong dan menyayangi..tapi diri ini kadang2 terasa sunyi..

Kerja-kerja banyak dan perlu di siapkan, kawan-kawan pun semua sibuk ini semua demi masa depan, tapi kadang-kadang jiwa aku rasa tertekan, rasa nak nangis tapi terpaksa aku tahan. Aku perlukan seseorang untuk dijadikan teman, sentiasa disisi bila aku perlukan..memberi bahu bila aku kesedihan..membuat lawak supaya aku berikan senyuman...

Aku perlukan seseorang yang memahami diriku, hanya kasih syg dan mengambil berat yang aku mahu, cukuplah sekadar itu, bukan wang ringgit jadi pengukur tetapi pengorbanan yang menjadi penentu. Aku tahu diri aku bukan sempurna, inginkan sesuatu kadang-kadang bagai x  kena, tapi itu lumrah manusia, x boleh nak lari..perlulah diterima.

Aku bukanlah boneka yang perlu sakiti, aku manusia yang mempunyai hati, sesekali cubalah kau hormati, dan hanya itu yang ingini..aku perlukan mereka yang mengambil berat akan diriku dan menyayangi ku..aku xperlukan mereka yang suka menyakitiku..aku perlukan mereka yang hormati keluargaku.dan aku tidak perlukan mereka yang x fikir semua itu..aku perlukan kawan yang sanggup susah dan senang dengan aku..aku x perlukan mereka yang mementingkan diri..

Memang aku sunyi tapi aku tabahkan hati..jangan cuba nak menyakiti..kelak dikau akan menyesali..hoho tiba2 aku nak bermadah..:D..

2 comments:

NN said...

hai...kite pn cm awak gak :) rase mcm nie..tapi keep holding on..bole pnye

Cphidayah said...

:) yup..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...