Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Monday, April 11, 2011

Jangan kesal mengenali seseorang..

Kadang-kadang kite akan berase mcm menyesal  mengenali seseorang tu..mungkin sebab die pernah menyakiti hati kita, atau die menyakiti hati insan-insan sekeliling kita, tapi janganlah dikau merasa menyesal kerana dengan mengenalinya kita akan belajar dan lebih memahami bagaimana rupanya manusia nih, tak semuanya indah bagaikan rupa, dan x semuanya jahat bagai dikata..jadi..apa yang perlu kita lakukan supaya tidak ade kekesalan dalam diri mengenali seseorang..

1- Fikirkan segala kebaikan yang pernah dia berikan/lakukan.
Xkan lah sekalipun die x pernah lakukan perkara yang baik kan??

2- Fikirkan bahawa setiap sesuatu pasti ada hikmahnya..
Betul, mungkin bila kita sudah mengenali barulah kita tahu begini rupanya..begitu rupanya..jadi tabahkan ati tu...

3-Fikirkan bahawa die akan berubah menjadi lebih baik/tidak menyakitkan hati..
Mungkin bukan sekarang tetapi pada masa akan datang..berdoalah..

4- Lupakan segala kenangan pahit yang dilakukan
Mungkin sukar untuk dilupakan..tapi..cobalah dulu kan..ihihi tapi kdg2 manusie boleh melupakan tapi sukar melupakan..itu terpulang kepada individu tersebut ..

5- Mungkin dia insan yg pernah memberi secebis pengalaman dalam hidup ini..jadi..ingatila..sedikit cebisan itu..

"Jika kamu memancing ikan, Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamuLEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup."

Jika kamu menadah air biarlah berpada, JANGAN TERLALU MENGHARAP pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...."

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAHseadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukanKESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akanTERUS hingga ke akhirnya....  InsyAllah...

Renung2 kan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...