Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, April 9, 2011

Lafaz talak ketika marah


TALAK mengikut syarak ialah melepaskan ikatan per kahwinan dan membubarkan hubungan antara suami isteri (Sabiq, II: 155).
Umumnya, talak jatuh walaupun dalam keadaan marah yang biasa atau tanpa niat sekiranya ucapan talak dilafazkan secara jelas (sarih). 

Ia jatuh apabila dibuat oleh suami yang berakal, baligh dan atas pilihan sendiri. Apabila suami gila, tidak sampai umur baligh atau dipaksa maka tidak jatuh talak itu. 

Maksud sedar atau tidak ialah keadaan ketika kata-kata talak itu dilafazkan. Contohnya, lafaz talak suami yang gila tidak jatuh talak kerana ia dibuat tanpa sedar. 

Mengenai talak dalam keadaan marah, ada pendapat me nyatakan dalam keadaan marah teramat sangat sehingga suami seolah-olah hilang akal, talak tidak jatuh. 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada talak dan merdeka (hamba) ketika tertutup akal (ighlaq)." Bagaimanapun, apabila lafaz talak dikeluarkan hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

2 comments:

topimagine said...

so, ucapan talak ni jangan dibuat main2 kan... naseb bek lom kawen lagi :)

Noorhidayah binti Salehhudin said...

hihi betul tu top..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...