Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, April 3, 2011

Mata tidak pernah menipu

Mata tidak pernah menipu , tapi mulut?? yang berkata?, kerana !apa yang kita lihat itu lah dia, jika mulut kadang kala ianya boleh diputar dan menjadi sesuatu yang lain.Mungkin apa yang kita dengar dari orang ini lain, orang itu pun lain sedangkan mata jika melihat itulah dia dan bila bibir mengatakan benda yang sama dengan apa yang dilihat maka benarlah ia, jika tidak..sukar sikit untuk dipercayai.

Apabila mata melihat, hati akan berkata...bila hati berkata mulut akan berbicara..berkatalah mengikut apa yang dilihat bukan mengubahnya dihati dan berkata sesuatu yang berbeza..Zaman ini,manusia kadang kala alpa, meng iyakan yang salah..mentidakkan yang benar kerana apa??kerana mulut bukan mata,,,dan mata bukanlah mulut...

Firman Allah dalam Al-Quran:

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
Surah Asy-Syam 91:8,9,10)
Ayat yang diterangkan di atas sungguh mudah dan senang difahami dan segala keputusan terletak di tangan kita untuk mengarahkannya. Its in your hand!

Hati yang dikurniakan Allah merupakan elemen penting dalam pembentukan individu. Sabda hadis yang berbunyi “Ketahuilah bahwa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka rusaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)Satu lagi bukti sahih yang menunjukkan betapa pentingnya organ hati kepada kita. Mana mungkin hati yang kotor dapat melihat Rabnya tanpa terlebih dahulu dibersihkan. Maka, dimanakah tahap kebersihan hati kita? Sama-samalah kita menilai diri masing-masing.

Renung2kan... 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...