Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, April 22, 2011

Perkara yang x patut dikongsi di laman sosial


Laman sosial(facebook,twitter,blog,friendster,flick) merupakan tempat untuk berkongsi artikel, profil dan sebagainya. Melalui laman sosial anda boleh membina jaringan persahabatan samada yang telah terpisah ataupun rakan baru. Walaubagaimanapun bukan semua perkara boleh dikongsikan. Kadangkala perkongsian yang dilakukan boleh mengakibatkan kemudaratan kepada diri sendiri. Antara perkara yang tidak patut dikongsi ialah :-

1. Gambar-gambar yang agak peribadi. Antara contohnya ialah gambar yang agak seksi dan boleh menganggu perasaan orang lain. Gambar-gambar ini boleh dimanipulasikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan digunakan untuk kegiatan yang tidak elok.
2. Berkongsi pendapat yang terlalu peribadi. Sebagai contoh, mengkritik boss, rakan sepejabat, rakan sekuliah dan sebagainya. Di negara luar terdapat kes dimana pekerja dipecat akibat mengutuk boss sendiri di laman facebook. Di negara kita juga berlaku kes polis dan saman akibat meluahkan sesuatu di laman sosial. Laman sosial tersebut bukanlah milik kita. Walaupun menggunakan kata nama dan kata laluan sendiri namun pihak berkaitan berhak untuk menyelongkar maklumat peribadi sekiranya berlaku kejadian buruk. Berfikirlah dahulu sebelum menulis sesuatu dalam laman sosial kerana jika tersalah kata anda akan menanggung aib yang teruk. Banyak contoh yang berlaku dalam negara kita akibat menulis tanpa berfikir kesannya.
3. Berkongsi maklumat peribadi secara terbuka. Sebagai contoh, alamat rumah, no telefon, no kad pengenalan. Ini perlu dielakkan kerana ramai yang boleh menggunakan ia untuk melakukan jenayah.
4. Berkongsi lokasi secara terbuka. Kadangkala ia boleh mengundang jenayah dengan memberitahu lokasi di mana anda berada. Samada penjenayah melakukan jenayah di lokasi anda ataupun di tempat yang anda tiada (rumah, pejabat,).
5. Berkongsi maklumat pendapatan /kekayaan. Kadangkala ada yang memberitahu pendapatan yang dimiliki secara terbuka. Selain mengundang jenayah mungkin anda akan dikejar oleh pihak-pihak berkaitan (LHDN, SPRM).
6. Berkongsi berita yang tidak sahih. Banyak berlaku sehingga menjadi fitnah. Ianya boleh memporak perandakan organisasi atau negara. Jadi elakkan berkongsi berita yang belum tentu benar selagi tiada pengesahan dari sumber tepat.

ligakampung.com

 "Not everything you can share with people...keep some for your self "

2 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

betul tu.. biarkan lah semua nye menjadi rahisa kan... :)

n!cK said...

huuu..betoi2..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...