Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, April 23, 2011

Tak berdosa jika tidak sengaja


SAYA pernah makan makanan yang mengandungi alkohol kerana tidak mengetahuinya. Adakah saya berdosa atas perbuatan itu?


ISLAM membenarkan makan makanan yang halal lagi baik. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah ayat 168) 

Makanan halal adalah makanan yang tidak diharamkan Allah. Antara yang diharamkan ialah bangkai, darah, babi sebagaimana firman-Nya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk semuanya) ...” (Surah al-Maidah ayat 3) 


Makanan yang baik ialah yang tidak membawa mudarat kepada badan dan akal termasuk yang bercampur dengan yang haram, najis, terkena najis, dan buruk dan jelek (khabith). 

Sekiranya memakan makanan haram secara sengaja tanpa dalam keadaan darurat, ia dikirakan berdosa. Makan secara tidak sengaja termasuk tidak mengetahui perkara yang sebenar dan dalam keadaan darurat tidak berdosa. 

Dalam hal itu Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 173)



5 comments:

miss apple said...

hye comey blog awk. dah follow you, follow me back

Cik Kamoo said...

kemas je blog nie

aiman rashidd said...

macam dalam paper semalam je :) HHHIOH

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

kita pon xtau kan.. sekarang ni banyak makanan yang dicampur ngan bahan2 yang haram :(

Noorhidayah binti Salehhudin said...

Miss apple and Cik kamoo : thanks..
Aiman : iye..untuk perkongsian...:)
Top : huhu memang banyak sngt..kena berhati hati huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...