MENGIGAU (sleeptalking atau somniloquy) dilihat sebagai ‘bercakap pada masa tidur, meracau (ketika sedang tidur)’: (Kamus Dewan 2005: 560).
Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan demam. Mengigau tidak berbahaya tetapi boleh membangunkan orang yang berhampiran dan kadang-kadang membawa kepada kejutan, kebimbangan dan sebagainya kepada orang yang mendengarnya .
Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya
(1) tidur awal dan mengambil wuduk,
(2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud,
(3) membaca doa sebelum tidur,
(4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan,
(5) tidur atas lambung sebelah kanan dan
(6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar. Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau.
-metro-
No comments:
Post a Comment