Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, June 17, 2011

KL Gangster tewas filem Hollywood!

...x sangka cerita ni dapat sambutan luar jangkaan..aku x tengok pun lagi huhu..tunggu masuk astro first jela ;D


“ALHAMDULILLAH, alhamdulillah, saya sendiri terkejut, kata orang terkejut monyet!” begitulah ayat pertama Datuk Yusof yang baru selesai solat Jumaat.
Hanya ucapan tahniah yang mampu saya berikan kepada beliau, anaknya, Syamsul dan seluruh warga kerja Skop Productions atas kejayaan terbaru mereka melalui filem KL Gangster.

Mana tidaknya, melalui satu hari tayangan pembukaan Khamis lalu, KL Gangster sudah mengaut kutipan kasar RM1.5 juta atau lebih tepat lagi, kutipan bersih RM1.2, tidak termasuk tayangan awal pada malam sebelumnya iaitu sebanyak RM300,000. 

Jadi campur tolak campur tolak, kira-kira RM1.8 juta kutipan kasar diraih melalui Rabu dan Khamis saja di panggung.Ternyata KL Gangster mencipta satu lagi rekod dalam sinema Malaysia kerana ia rekod tertinggi menewaskan tayangan pembukaan filem tempatan lain seperti Kongsi, Ngangkung, Hikayat Merong Mahawangsa mahupun Khurafat daripada Skop Productions sendiri.


Ternyata cakap rakan-rakan media yang mengatakan filem ini sangat menarik dan karya terbaik daripada Syamsul setakat ini bukanlah sembang kosong. Ramai sekali peminat berpusu-pusu ke panggung untuk membeli tiket KL Gangster dan keluar daripada baris dengan wajah hampa kerana tiket habis. Kata Yusof kepada saya, filem itu ditayangkan di 81 pawagam wajib tayang dan 10 panggung bebas. 


Tayangan KL Gangster juga dibuat serentak di Singapura dan Brunei Darussalam. “Saya terharu kerana KL Gangster mampu bersaing dengan filem Hollywood yang besar ketika ini seperti X-Men dan Pirates of the Caribbean. Nyata sokongan masyarakat terhadap filem kita semakin hebat. Nampaknya ramai suka cerita drama dan aksi selain seram dan komedi. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudah menonton KL Gangster,” kata Yusof lagi.

Dalam kerancakan ‘reel’ KL Gangster berputar di pawagam, tercetus pula kontroversi mengatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita filem itu yang dikatakan menyentuh hal-hal tertentu. Bantahan tiba-tiba datang daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerana KL Gangster dan sebuah lagi filem aksi yang masih ditayangkan, Kongsi, dikatakan ada memaparkan dialog tertentu berkaitan Pekida. Sejauh mana benarnya, wallahualam kerana saya sendiri tidak arif untuk menceritakan dengan terperinci. Namun apa yang boleh saya cakap di sini, kalau pun ada sebarang isu sensitif, janganlah kita lekas melatah dan bawalah masalah mahupun keraguan itu ke meja rundingan. Insya-Allah semuanya boleh dirungkai dengan baik. Kita kenalah faham ini soal filem kita dan membabitkan titik peluh serta pelaburan anak bangsa. Seharusnyalah kita terus memberikan sokongan kepada filem Malaysia dan bertindak seperti menarik rambut di dalam tepung. 

Dua-dua akan OK.Bagi saya, KL Gangster adalah sebuah filem cereka dan bukan dokumentari. Ia dihasilkan untuk tujuan berhibur dan dalam berhibur itu, seperti biasa Yusof dan Syamsul tetap menyelitkan mesej positif dan sedikit humor kepada penonton mereka.Saya faham Yusof sebagai orang lama yang sudah bertahun-tahun membuat karya bercorak aksi kepolisan bagi membantu imej pihak berkuasa, sudah masak dengan cara mencorakkan karya hiburan yang komersial dan pada masa yang sama, bermesej.Saya bangga kerana formula kejayaan filem Sembilu dulu kini mampu diubahsuai mengikut peredaran zaman oleh Syamsul, sehingga setiap filem arahan Syamsul membuahkan hasil lumayan. Ini baru namanya ‘anak bapak’.

-Metro-

2 comments:

al_hakim said...

tak berpeluang nak tengok lagi...

Noorhidayah binti Salehhudin said...

xpe nanti tengok kat astro first hihi..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...