Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, June 17, 2011

Mengapa selalu fikir tentang cinta?


Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!

Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."
-iluvislam-

4 comments:

Shiety Myra Chubbyra ;P said...

Maaf sis... saya cuma nak bertanya... adakah jodoh yang kita dapat itu seperti yang kita mahu...? Ntah napa saya selalu risau psal itu... Pasal cinta ..saya ada memikirkan nya.. tetapi bukan lah sampai ke couple..

hanaszied said...

okeh boleh diterima :) nice entry.
ingatlah janji Allah itu pasty.lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya.

Jika mahu mendapatkan yang soleh,

kurangkan agenda menCARI Si Soleh,

tetapi berusahalah menJADI yang solehah.



Bertemu yang soleh, belum tentu kekal, mungkin boleh berubah solehnya.

Kerana Si Soleh adalah insan biasa.



Perkahwinan adalah sebuah proses menJADI dan bukannya menCARI.

Taufan Bin Ribut said...

<------- dah xde hati nak bercinta..


Entri terkini :Tetibe lak rindu kat die #jiwang

Watch my video song!!

Noorhidayah binti Salehhudin said...

Shity mira: jodoh ajal maut semua telah ditetapkan oleh maha pencipta, yang boleh kita buat berusaha berdoa agar jodoh kite adelah yang terbaik untuk diri kita okay, insyaAllah mungkin dialah mr.right anda..:D
Hanaszied: Betol tuh..:D
Top : lek la..awak kan encem..:P hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...