Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, July 20, 2011

Remaja adakan parti selepas belasah ibu bapa hingga mati

MIAMI: Seorang remaja berusia 17 tahun secara kejam dan tanpa belas ihsan membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti, sedangkan mayat orang tuanya masih berada di dalam bilik tidur kediaman itu, kata polis, semalam.

Tyler Hadley dari Port St Lucie, Florida, didakwa membelasah ibunya, Mary Jo, seorang guru dan bapa, Blake hingga mati dengan tukul besi yang ditemui berhampiran mayat kedua-duanya.

Remaja itu dikatakan membunuh ibu bapanya sebelum menganjurkan parti untuk 40 hingga 60 tetamu malam Ahad lalu selepas menghantar undangan di laman Facebook.Parti itu bermula kira-kira jam 9 malam dan berlanjutan hingga jam 3 pagi. Polis tiba di kediaman ala ladang itu keesokannya selepas mendapat maklumat. Menurut polis, Hadley kelihatan gugup dan cemas dan terdapat tin bir berserakan di luar kediamannya.

Pada awalnya, dia memberitahu polis ibu bapanya berada di luar bandar. Polis kemudian menemui mayat ibu dan bapa remaja berkenaan di dalam bilik tidur utama di mana pintunya berkunci. Motif pembunuhan itu belum dapat dipastikan tetapi seorang penduduk berkata, dia mendengar ibu bapa Hadley enggan membenarkan remaja itu mengadakan parti.

Sumber:Hmetro

Dasyat betul berita ni, tapi bukan diluar negara sahaja perkara ini terjadi..malah di Malaysia juga ade terjadi dimana anak membunuh mak bapa dan sebagainya.Bagi CP perkara mcm ni tidak patut terjadi walau ape sekali pun sebabnye!!! lebih2 untuk perkara2 yang tidak munasabah..di akhir zaman ni mcm2 perkara xpatut terjadi terjadi..runsing bila difikirkan.. mcm kes diatas..selepas membelasah ibu bapa hingga mati..boleh pula remaja tersebut mengadakan parti? adekah remaje tersebut tidak menyedari kesalahan besar yang telah dilakukannya? nyawa manusia sekarang ni bagaikan tiada nilai..ikut suka hati je nak bunuh2..itu bukan penyelesaian kepada masalah..malah menambahkan lagi masalah ade la..melainkan pesalah tersebut ade la pembunuh maka memang patut pun hukuman gantung setimpal dengan perkara yang dilakukan..bagaimana pula mereka2 yang tidak bersalah? dibunuh tanpa belas kasihan? adekah ini suatu keadilan buat mereka? CP cakap secara general bukan sahaja untuk kes diatas tetapi untuk segala perkara yang telah dunia hadapi sekarang ini..Hargailah nyawa insan2 yang kita sayang..juga mereka2 yang tidak bersalah.. INsaflah..Wawallahualam..

13 comments:

Anonymous said...

ish, dasyatnya..

Cphidayah said...

kAN..lYNN HUHU..

SoLy SoLicious said...

mak oi..tergamak die~

Cphidayah said...

mANUSia diakhir zaman..kadang kala bertindak diluar batasan pemikiran huhu..

Ezad Skytech said...

zaman sekarang ni ada je kes bunuh...tak berperikemanusiaan langsung...ibubapa sendiri sanggup dibunuhnya...huhhh... =_=

Unknown said...

salam kunjungan...wah, best dapt follow blog ni. mmg dasyat berita dlm entri ni...

Cphidayah said...

Ezad: tula manusia sekarang..sukar untuk difahami huhu...
Santri:bynk lagi berita yg dasyat di dunia ini huhu..thanks akan follow anda kembali,...:D

Nur Raihana Baharuddin said...

giler pny budak..
ayoyo..remaja sekarg,,sedyh =(

Cphidayah said...

Raihana: nak buat mcm mane..mungkin remaje tu kurang sihat kot huhu..

Op Anaz said...

Kalo kat Malaysia ni, yang sanggup buat macam tu penagih dadah yang terdesak sangat jek..huhu

Unknown said...

trm kasih hidayah sbb sudi jenguk2 blog sy...

AdaApe..? said...

kejammmm!!!!

Cphidayah said...

opanaz: ade jugak disebabkan tekanan perasaan..huhu
Santri: sama2 kasih..
Adaape: huhu...kejam..buat mereka yang melakukan perkara ini..huhu..harap kita semua dijauh kan ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...