Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, February 4, 2011

-BanJir-

Semua orang tahu banjir tu ape..:) ..air yang menenggelami sesuatu kawasan..
Penyebab BanJir:

  1. Hujan yang berterusan.
  2. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
  3. Proses pembandaran.
  4. Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.
  5. Hakisan sungai.
  6. Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.
    Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
    Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.
    Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
  7. Hutan tadahan.
  8. Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
    Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
  9. Sistem perparitan tidak terancang.Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Sekarang..kita tahu dah kan..apa sebab2 berlakunye banjir..dan baru2 ini..beberapa negeri..Johor,Melake,N.sembilan dan Pahang..dilanda banjir..ade rumah yang hanya nampak bumbung je..ade tu tngh buat kenduri kahwin..pastu tetibe air naik..ade tu tngh bawak kereta..habis kereta hanyut dan paling menyayat hati meragut nyawa beberapa orang..dan kita pun tahu hujan yang berterusan selama beberapa hari membuatkan air mulai naik..lebih2 lagi yang tinggal di berhampiran kwsan sungai dan dikawasan rendah..huhu hmm..saya amat bersimpati dengan nasib yg menimpa rakan2 diluar sana..bila dah banjir..ade yg habis semua brg dlm rumah...kalau dah tenggelam smpai nampak bumbung jek..memang semua harta benda habis la kan..huhu...

Mari kite lihat kesan2...Banjir:
  1. Kemusnahan Tanam-tanaman
  2. Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.
  3. Kemusnahan Harta Benda
  4. Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.
  5. Penyakit
  6. Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
  7. Kematian
  8. Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.
  9. Kerugian Kerajaan
  10. Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
    Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.
Saya harap..mangsa2 banjir..walau dimana jua..tabah menghadapi dugaan ini..ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi..anggaplah ini ujian dari Allah S.W.T kepada hamba2 nya yang beriman..semoga semua nye kembali pulih seperti biasa dgn secepat mungkin..dan diharapkan kerajaan..memberi bantuan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir..kerana mereka memerlukan..sokongan dan bantuan pada masa ini...

Sekian..:0)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...