Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Friday, February 4, 2011

+Cinta tak semestinya memiliki+

Cinta tak semestinya memiliki tetapi cinta jugak tak sanggup bila khianati..cinta perlu difahami dan bukan untuk disakiti. Bila berbicara tentang cinta, ramai yang akan membayangkan kekasih hati mereka,tetapi kita perlu ingat cinta kita bukan hanya pada sesama insan bahkan kepada Allah, Rasul,sahabat,keluarga,Agama dan juga negara.Tetapi bila berbicara soal cinta, ramai yang lebih suka bercerita mengenai kekasih hati dan itu perkara normal . Bila sudah bercinta, mungkin ramai yang ingin mengakhiri dengan ikatan yang sah, mungkin ramai yang punyai cita-cita bersama dan mungkin ramai yang sudah pun bersatu. Tetapi ada juga cinta yang tidak kesampaian, ada juga cinta yang putus di tengah jalan..dan ada juga cinta dalam kepura puraan.

Cinta itu madu tetapi kadangkala racun yang sangat berbisa. Kadangkala kerana cinta kita terpaksa membiarkan orang yang kita sayang bersama dengan orang lain, kadangkala kerana cinta kita sanggup melakukan apa sahaja, bahkan ada yang sanggup memberikan segalanya tetapi itu bukan cara membuktikan cinta!! itu namanya nafsu syaitan yang bermaharajalela! Bila dah berdua, sapa lagi yang ketiga??kalau bukan Syaitan..yang telah berjanji akan menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat.


Usah khuatir,wahai mereka yang bercinta tapi tidak dapat memilikinya,Ingat kita yang merancang, tuhan yang menentukan, Ajal maut jodoh dan pertemuan semuanya ditangan Allah S.W.T, Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita, dan mungkin kita akan mendapat insan yang 10 kali lebih baik dan menyayangi diri kita.. Jangan menyiksa diri dek kerana cinta..ayuh bangkitlah...ingatlah kita diciptakan mempunyai pasangan..mungkin cepat ..mungkin jua lambat kita menemui pasangan kita itu...jangan khuatir yaa..!!InsyaAllah Allah akan beri yang terbaik untuk kita..:)





Assalammualaikum...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...