Kita tahu bahawa mengaibkan orang lain adalah mengumpat...mengumpat itu HARAM.....apa yang kita tengok hari ini..membuka aib orang lain bagaikan tiada salah, mengaibkan satu hal? kalau benda yang di katakan itu tidak betul..sudah fitnah jadinya..sama seperti bagaikan membunuh..Jika betul membuka keaiban itu untuk menyedarkan masyarakat..tentang sesuatu yang sangat penting..dan tidak memberi kesan negative pada mereka yang lain..aku x kisah..tapi jika mengaibkan orang lain..dan jika benda itu sebenarnya salah!!! FITNAH ... itu yang perlu kita kisah..sangat2..jadi berdosalah dikau lebih2 lagi keaiban itu di paparkan di khalayak ramai.. die semua media cetak..media elektronik..Beristighfar lah anda..tunggu lah kesannya di hari pembalasan kelak..jika benar orang di aibkan itu berdosa..bersalah..itu urusannya dengan Allah S.W.T..kita tidak mampu menghukum mereka jika benar ..sahih..barulah perlu kita mengambil tindakan ..jika benda itu samar2..tidak pasti..dan berkemungkinan tidak benar..tetapi telah diaibkan..kau terima lah pembalasan kelak..
Membuka keaiban orang lain..buka hanya kita dgn orang luar..tetapi jika kita didalam keluarga sendiri?? isteri mengaibkan suami? mengaibkan keluarga pihak suami..itu semua pun tidak sepatutnya berlaku..jika benar sesuatu itu membuatkan si isteri tidak berpuas hati atau sebagainya..sepatutnya berbincang ..bukan dicanang di FB..atau di mane2..semua orang boleh baca..kan sudah berdosa anda?? dan sebaliknya ..si suami mengaibkan isteri..JIka perkara itu pulak tidak benar?? FITNAH pula akan timbul..maka berdosalah dikau..
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (24:19)"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorangMuslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (HR Muslim) - Sumber dari akhwatsolehah.blogspot.com
Renung2 kan dan insaflah ,
No comments:
Post a Comment