Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, March 30, 2011

Buatlah ape ko nk buat!!

Buatlah apa yang anda ingin lakukan, diri anda suka hati anda la kan..orang lain tidak perlu amik kisah dan tidak patut menegur, BETUL x?? SALAH!!!kalau benda tu nampak x elok, x sopan,memberi mudarat kepada masyarakat memang patut r kena tegur, apsal?? sebab tanggungjawab kita , xkan nak biar jek.. lagi2 kalau buat maksiat..mesti r kena tegur.. bagi insaf skit!!Tapi teguran tuh biarlah berhemah ..dalam islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur dengan betul.



‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.” 

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
 ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.” 

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Untuk peringatan diri sendiri..dan sahabat2 sy tersyg..:)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...