Baru semalam aku bercerita tentang virus Adeno, dan ari ini seorang lagi pelatih iaitu Mohamed Siman, 23, merupakan pelatih ketiga di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam tadi.Pelatih konstabel yang berasal dari Bagan Datoh, Perak itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pukul 11.30 malam tadi.
Sementara itu, di PUTRAJAYA, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan seorang lagi pelatih Pulapol meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno. Beliau berkata, mangsa telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL sejak 3 Mac lalu meninggal akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi. - Utusan
Takziah diucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa yang kehilangan ahli keluarga diakibatkan oleh virus ini. Alfatihah..
2 comments:
macam mana virus tu merebak...
zaidah..lihat entry saye sebelum ni ok..saye ade cerita..2 pasal virus nih..:) http://cphidayah.blogspot.com/2011/03/virus-ancam-nyawa.html
Post a Comment