Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Fasih bahasa Inggeris bukan jaminan dapat kerja


ANTARA isu hangat masih terus diperkatakan ialah keupayaan pelajar me­nguasai bahasa Inggeris yang dianggap berada di takuk lama dan tidak memberangsangkan.

Kegagalan menguasai bahasa itu dianggap bukan saja merencatkan masa depan, malah meletakkan mereka dalam kelompok kelas kedua yang bakal ketinggalan dalam persaingan dunia global.Tidak mahu terus dibelenggu kecaman, pelbagai usaha dilakukan semata-mata mahu memastikan golongan terbabit berjaya menguasai bahasa antarabangsa itu biarpun secara asasnya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan jaminan total memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun, di tengah kerancakan itu, masyarakat seolah-olah terlupa kepenti­ngan menguasai bahasa Melayu yang turut sama berperanan dalam pembangunan akademik, sahsiah serta profesionalisme bangsa.Meskipun mendapat pengiktirafan dunia, hakikatnya masih ramai malu mahu menuturkannya dengan alasan ‘takut jatuh standard’ sehingga bahasa itu seolah-olah menjadi asing di kalangan masyarakat

Persoalannya, apakah bahasa Melayu tidak berperanan besar membantu pelajar memasarkan diri dalam arena pekerjaan, sekali gus gagal menawan hati majikan?Atau sebenarnya,pelajar sendiri malu menutur dan memartabatkannya hingga ia menjadi ‘bahasa diskriminasi’ serta dianggap bahasa kelas bawahan bagi mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik?Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, tanggapan mengaitkan bahasa Melayu sebagai bahasa picisan lahir daripada ketaksuban mengagungkan bahasa asing.Beliau berkata, keadaan bertambah kritikal apabila wujud tanggapan dangkal mengenai kepentingan bahasa Inggeris di pasaran semasa hingga meng­akibatkan kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda semakin terpinggir.

“Hakikatnya, fungsi bahasa bukan saja mencerminkan perpaduan atau konsep jati diri secara individu, malah mengimbangi semua keperluan semasa. Ia medium interaksi menyampaikan maksud dan melaksanakan tanggungjawab.“Peranan bahasa sama ada Melayu atau Inggeris bukan fokus utama namun bertukar menjadi kepentingan apabila dipraktikkan dalam sudut tertentu hingga akhirnya menjejaskan fungsi bahasa lain.“Keperluan dan kehendak persekitaran menjadikan bahasa Inggeris lebih mendominasi kerana masyarakat sendiri mengiktirafnya sebagai bahasa global hingga meneng­gelamkan bahasa lain termasuk bahasa Melayu,” katanya.

Tidak menolak kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia, namun meminggirkan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan atau sebagai bahasa picisan tidak boleh dilakukan terutama di kalangan warga berpendidikan institusi pengajian tinggi.Menurutnya, ia bukan saja menimbulkan ketaksuban terhadap bahasa luar, malah memecah-belahkan pelajar kepada dua kelompok iaitu mereka yang fasih dianggap terbaik manakala tidak sebagai golongan bertaraf kelas kedua.“Ini sekali gus mewujudkan jurang dan ketidakadilan dalam penilaian pelajar. Bayangkan, hanya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka dianggap tidak layak atau kurang berkemampuan.

“Walaupun diakui, pelajar yang fasih berbahasa Inggeris lebih menonjol, tiada siapa dapat memberi jaminan mereka boleh melaksanakan tanggung­jawab dengan baik.“Ini bukan prejudis namun sebagai contoh perbandingan, bahasa tidak boleh dijadikan penilaian untuk memberi kredit kepada pelajar,” katanya meng­akui pelajar yang cemerlang menguasai bahasa Melayu boleh melakukannya untuk bahasa Inggeris namun belum tentu sebaliknya.“Bahasa Melayu sangat kompleks kerana mempunyai banyak keindahan bahasa yang tersembunyi, berbentuk kiasan, puitis dan indah. 

Berbanding bahasa Inggeris, ia lebih mudah dan tidak memerlukan penghayatan mendalam.“Pelajar yang boleh menguasai bahasa Melayu, selalunya boleh menguasai bahasa Inggeris namun keadaan menjadi sukar sebaliknya,” katanya.Tambah memburukkan keadaan, keengganan sebahagian majikan yang terlalu mementingkan kefasihan bahasa asing menyebabkan pelajar terpaksa berhempas-pulas mempelajari bahasa lain sehingga menyebabkan bahasa Melayu terpinggir.“Bayangkan ada majikan langsung tidak memandang keperluan bahasa Melayu sewaktu menemu duga calon.

“Kita faham, bidang kerjaya memang mementingkan bahasa Inggeris, namun biarlah berpada dan mengikut kesesuaian.“Apa salahnya menggunakan bahasa Melayu, adakah jatuh standard atau lekeh?“Seharusnya bahasa Melayu mendapat tempat utama dan istimewa di kalangan semua dan perlu dimartabatkan tanpa mengira bangsa, latar belakang dan sebagainya,” katanya.Beliau juga menafikan bahasa Melayu tidak boleh memberi impak hebat seperti bahasa lain kerana masyarakat antarabangsa sudah berlumba-lumba mempelajarinya.“Jika bangsa luar menyokong, mengapa tidak kita sedangkan ia sudah dimartabatkan sebagai bahasa dunia,” katanya.

SUmber-Hmetro

Sunday, July 17, 2011

memahami undang-undang jenayah siber




KINI tanya saja, siapa yang tiada laman web sosial? Seawal usia awal tadika sehingga ke usia emas boleh dikatakan mempunyai akaun laman web sosial.Selain itu rakyat negara ini juga lebih gemar membayar bil dan membeli-belah di alam maya.Mereka tidak perlu bimbang dengan masalah tempat letak kereta, masa kaunter bil dibuka atau mungkin diragut.


Kini semuanya di hujung jari!Bagaimanapun dunia tanpa sempadan kini sebagai lubuk kepada penjenayah siber bagi pengguna yang leka dan tidak berhati-hati.Walaupun modus operandinya berbeza tetapi kesan yang ditinggalkan masih sama - kerugian dan mungkin trauma.Jika dulu banyak kes jenayah siber menjurus kepada teknikal dan melibatkan mereka yang pakar dan pengkomputeran seperti virus, botnet dan malware.

Tetapi kini jenayah siber di Internet menjurus kepada aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai jenis penipuan.Suatu masa dulu tentu ramai yang pernah menerima emel mengenai pemindahan harta pusaka yang melihatkan berbilion ringgit menyebabkan mangsa kerugian.Selepas itu kenalan di laman sosial yang kononnya menghantar pelbagai barangan dan wang tunai dan 'tersangkut' di pihak kastam menyebabkan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit.

Ini merupakan beberapa kes penipuan yang berlaku di alam siber.Timbalan Presiden Perhubungan Jaringan Komunikasi Cyber Security Malaysia, Mohd. Shamir Hashim berkata, walaupun kes jenayah siber sama seperti jenayah lain tetapi masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa adalah mencari bahan bukti.

"Masalahnya dalam jenayah siber sukar bagi mendapatkan bahan bukti yang nyata seperti jenayah biasa misalnya pembunuh atau perompak."Bukannya tidak ada bukti tetapi mengambil masa untuk mencari bukti-bukti yang kukuh kerana segalanya adalah siber," kata beliau.



Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
  1. Penipuan
  2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
  3. Kecurian maklumat.
  4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
  5. Menyalin perisian secara tidah sah.
  6. Pengintipan
  7. Judi siber
  8. Skim cepat kaya
  9. Pornigrafi
  10. Penggodam atau "Hacker"
  11. Penyebar virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
  1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
  2. Kepentingan ekonomi
  3. Berbeza takrifan jenayah
  4. Kepentingan ketenteraan
  5. Sikap manusia "Human attitude"

sumber-utusan dan wikipedia

Friday, June 24, 2011

Maybank, CIMB batal hasrat gabung dengan RHB Capital

Jom kita tngok tentang Ekonomi plak..sekali sekala kena amik tahu juga hihi..


pix_gal0

Maybank, CiMb and RHB bank wah semua nya nama2 gah di Malaysia, huhu..

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd mengejutkan pasaran semalam, apabila mengumumkan membatal rancangan untuk bergabung dengan RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd. 

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga minggu selepas Bank Negara Malaysia memberikan kelulusan kepada kedua-duanya memulakan rundingan berasingan dengan RHB Capital dan pemegang saham utamanya untuk kemungkinan penggabungan.

Ia juga tidak sampai seminggu selepas pemegang saham kedua terbesar RHB Capital, Abu Dhabi Commercial Bank PJSC (ADCB) menjual 25 peratus pegangannya kepada Aabar Investments PJS pada harga RM10.80 sesaham.

Maybank dalam kenyataan ringkas mengumumkan pembatalan itu berkata, ia diputuskan hasil perbincangan terperinci Lembaga Pengarahnya. 

“Berdasarkan perkembangan terkini dan juga hasil daripada perbincangan terperinci, Lembaga Pengarah memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan penggabungan, buat sementara waktu,” katanya. 

Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak dalam kenyataan berasingan pula berkata, kumpulan itu memutuskan pembatalan itu selepas perbincangan dengan pelbagai pihak. 
“Berdasarkan perbincangan yang diadakan serta penilaian terhadap jangkaan semasa pemegang saham utama, CIMB Group tidak yakin nilai boleh diwujudkan selepas penggabungan dilaksanakan. 

“Rundingan penggabungan itu akan menghabiskan banyak sumber, selain mengganggu (urusan) kakitangan serta pihak yang berkepentingan. 

“Justeru, kami memilih tidak memanjangkan perbincangan supaya semua pihak boleh kembali melaksanakan urusan seperti biasa secepat mungkin,” katanya. 

Berikutan pengumuman pembatalan itu, saham RHB Capital berdepan tekanan jualan yang menyaksikan harganya susut 57 sen atau 5.94 peratus kepada RM9.03 pada penutup semalam selepas mencatatkan paras terendah sejak 20 Mei, iaitu RM8.99 sesaham pada sesi dagangan tengah hari. 

Sementara itu, Ketua Penyelidik OSK Research, Chris Eng menyifatkan pembatalan itu adalah sesuatu yang positif kerana Maybank dan CIMB Group tidak perlu berdepan risiko terlebih bayar bagi memiliki saham RHB Capital. 

Difahamkan, harga yang dibayar Aabar ketika mengambilalih 25 peratus saham RHB Capital itu adalah hampir 18 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran semasanya, iaitu RM19.9 bilion dan ia dilihat sebagai antara sebab mengapa Maybank dan CIMB Group memutuskan membatalkan hasrat masing-masing. 

* Walau apa pun keputusan yang dilakukan oleh mereka, mereka mempunyai alasan mereka tersendiri, mereka telah lihat dari pelbagai aspek, tapi mane tau penggabungan boleh memberi untung berlipat kali gande hoho who know's sometimes something that we not predict may happen.. kerana kita merancang tuhan yang menentukan...

*Majulah sukan untuk negare..:D

Monday, June 20, 2011

‘Ibu...ibu bangunlah’ :'(


JASIN: “Ibu… Ibu… ibu… bangunlah ibu,” hanya itu terdaya dilakukan seorang kanak-kanak, Muhammad Faerid Mohd Hafizi, 8, untuk mengejutkan ibunya, Hazlinah Abu Samah, 34, yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 17, Jalan Bemban-Tehel, di sini, tengah hari kelmarin.

Walaupun menyedari kepala ibunya berlumuran darah, naluri sebagai seorang anak kuat menyatakan wanita yang melahirkannya itu hanya pengsan lalu terus memanggil serta menggerakkan badannya.


Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu disedari seorang lelaki yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum memberikan bantuan kecemasan.

Muhammad Faerid, murid tahun dua Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Falah di Selandar, di sini, kemudian dikejarkan ke Hospital Jasin sebelum sepasukan anggota bomba mengeluarkan ibunya yang tersepit.Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan dia hanya mengetahui ibunya sudah tiada lima jam kemudian.


Muhammad Faerid berkata, ketika kejadian, dia dan ibunya dalam perjalanan dari rumah mereka di Selandar ke rumah datuknya di Alai, di sini, untuk mengambil abangnya, Muhamad Hafiz Hakimin, 9, yang demam campak. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berdiam diri sebelum tiba-tiba berasa kenderaan bergegar seolah-olah melanggar sesuatu.

Katanya, kejadian itu berlaku pantas dan dia hanya mendengar dentuman kuat sebelum melihat ibunya sudah tidak bergerak lagi walaupun cuba mengejutkannya beberapa kali.


“Saya dikeluarkan seorang lelaki sebelum dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana cedera di lengan kanan serta dahi kiri kerana terhentak papan pemuka kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Kematian ibunya hanya diketahui selepas datuknya, Abu Samah Musa, 60, dan nenek, Fatima Zainal, 57, membawanya melihat jenazah ibunya buat kali terakhir.
-Metro-

+ Terasa sebak dalam hati bila membaca berita ini.. mendengar kanak-kanak berusia 8 thn ini mengejutkan ibunya yang cedera dan akhirnya meninggal dunia. Ape lagi yang paling menyedihkan jika tidak berpisah dengan insan yang amat kita sayang.. baru ingin kenal erti kehidupan dia telah pun kehilangan ibu nya.. aku tahu ramai juga insan yang mengalami nasib sebegini..Allah S.W.T lebih menyayangi mereka..kita yang masih hidup perlu lah mendoakan kesejahteraan mereka..semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

+ Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada di muka bumi ini, jgn buat mereka menangis dan jgn cuba menyakiti hati mereka...

Lelaki, anak sumbang mahram lahir 3 anak

Dunia di akhir zaman...bermacam-macam perkara pelik yang tidak sepatutnya berlaku..telah berlaku moga kita semua dijauhi dari perkara-perkara sebegini..

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. 

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak. 

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000. 

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

 Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram). Berikutan itu, kedua-dua mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan). 

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman, berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji. 

Pembantu Rumah ada diploma

 SARMINI   menunjukkan   surat jemputan ke majlis konvokesyen kepada Phooi Khuan dan anak majikannya di rumah mereka di Damansara Utama, kelmarin.



Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.
Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.


“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.

“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin. Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan. '

-bharian-

* aku sungguh kagum dengan majikan di atas nih,huhu siap support lagi pembantu die..jarang kite dengar perkara sebegini..yang selalu kite dengan tentang majikan mendera pembantu rumah la..dan sebagainya...patut ramai lagi boleh contohi majikan sebegini..saling tolong menolong..die tolong uruskan rumah kite ..kite plak tolong mereka supaya mereka memperolehi  masa depan lebih cerah satu ketika nanti.. tapi x kurang hebatnye ade juga pembantu rumah yang amik kesempatan kepada majikan mereka..yang ini harap dijauhi la ye..

Saturday, June 18, 2011

Eksklusif: Nyawa terancam angkara anai-anai

KEADAAN dinding sekolah yang reput akibat dimakan anai-anai.

KEADAAN dinding sekolah yang reput akibat dimakan anai-anai.
80 peratus hartanah Lembah Klang diserang serangga 

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah bangunan dinasihatkan agar tidak kedekut membuat pelaburan dalam rawatan tanah di tapak projek pembinaan bagi mengelakkan serangan anai-anai, sekali gus terselamat daripada kerosakan struktur yang boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Hakikatnya tidak ramai pemaju mengutamakan aspek itu sedangkan prosedur berkenaan penting kerana selalunya tidak diketahui sebesar mana saiz koloni anai-anai yang ada di satu-satu tapak projek. Pembangunan baru kurang tiga tahun pula memerlukan rawatan prapembinaan kimia. Bagi pemilik, mereka sewajarnya bertindak awal mengawal kerosakan sekiranya mengesan kehadiran anai-anai dan kerosakan pada struktur bangunan masing-masing.

Berdasarkan kajian, 80 peratus daripada hartanah di Lembah Klang diancam serangga itu, namun pemilik masih tidak menghiraukan risikonya walaupun sudah banyak kes dilapor membuktikan ancaman anai-anai bukan saja mengakibatkan kerugian wang ringgit bahkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.

-Berita harian-

- Baik amik tindakan awal sebelum ade benda x patut berlaku berlaku..ni kalau dah ade menda berlaku baru nak buat itu ini..tubuhkan jawatan kuasa itu ini..dah terlambat kot..bertindak sebelum kena..renung-renungkan..

Terkejut bersalin, tak sedar hamil


TUBAN, Jawa Timur – Kampung nelayan di Tuban di sini gempar apabila seorang wanita melahirkan bayi lelaki tanpa mengetahui dia sebenarnya hamil.

Suwartin, 29, selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat Ahad lalu. Suaminya, Sugiyanto, 33, menamakan bayi mereka Riko Alan Maulana.

Menurut ibu muda tersebut, dia sama sekali tidak menyangka sedang mengandung sehinggalah dia melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu secara normal.

“Saya tidak sangka yang saya mengandungkan anak ini, padahal ia anak ketiga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Karangagung, mukim Palang, Tuban, Selasa lalu.

Jelas Suwartin, beberapa hari sebelum melahirkan bayinya, dia mengalami sakit perut memulas lalu dia mengambil keputusan menemui seorang bidan di kampungnya.

Katanya, bidan yang ditemui menyatakan dia mengandung dan memintanya menjalani pemeriksaan di klinik, tetapi Suwartin enggan kerana merasakan dia tidak hamil.

Suami wanita itu berkata, dia mahu membawa isterinya menemui doktor pada keesokan harinya memandangkan mereka hanya pulang ke rumah selepas bertemu bidan semasa hari sudah petang.

Belum pun sempat bertemu doktor, Suwartin ketika berada di dalam biliknya pada waktu malam itu merasakan sesuatu hendak keluar dari perutnya.

Ketika sedang membongkok, ibu muda itu berkata, dia dapat melihat darah keluar bersama seorang bayi dan tali pusat.
-utusan-

Rugi RM100,000 bantu ‘kekasih’


SEPANG: Gara-gara mahu membantu ‘kekasih’ melepaskan diri daripada ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), seorang wanita berusia lewat 20-an kerugian RM100,000 selepas memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun individu terbabit yang dipercayai ahli sindiket penipuan wang menggunakan telefon.Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata wanita terbabit terpedaya selepas menerima panggilan daripada individu yang dipercayai menyamar pegawai JKDM dan memintanya memasukkan wang sekiranya mahu melepaskan ‘kekasihnya’ yang dikenali ketika belajar di United Kingdom (UK).


“Suspek memberitahu wanita itu ‘kekasihnya’ yang berkunjung ke negara ini ditahan dan meminta dia membantu untuk melepaskannya.


“Kes ini berlaku pada bulan lalu dan terbaru seorang wanita berusia 50-an yang berasal dari Bangi, Selangor, menerima nasib sama selepas ditipu RM10,000 daripada seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet.“Wanita itu memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun suspek selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyamar pegawai JKDM,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Kompleks Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Govinden berkata, suspek mendakwa lelaki terbabit ditahan selepas membawa wang 200,000 (RM980,074) sebelum meminta bantuan wanita terbabit untuk melepaskannya.“Berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 33 kes membabitkan penipuan telefon yang dilakukan suspek dan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 15 kes sudah dikesan.

“Justeru, kami ingin menasihati orang awam supaya tidak mudah tertipu dan membuat aduan di talian 03-87768055 sekiranya mendapat panggilan seumpama itu,” katanya.Sementara itu, pada Rabu lalu, JKDM menahan seorang lelaki warga India berusia 30-an di Balai Ketibaan, KLIA, selepas membawa empat bungkus serbuk putih yang disyaki dadah jenis ketamine.


“Pegawai kastam yang menjalankan pemeriksaan menjumpai dua bungkus dadah diselit pada badannya dan dua bungkus lagi diletakkan pada kaki.


“Berat kasar bagi semua serbuk putih itu berjumlah 2.8 kilogram dan dianggarkan bernilai RM56,000,” katanya.


-metro-

Friday, June 17, 2011

41 laman web digodam


KUALA LUMPUR: Hampir 100 laman web .gov.my digodam sehingga petang semalam dan mengalami gangguan pada tahap berbeza.Bernama melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya semalam berkata, 51 laman web .gov.my digodam sehingga awal pagi semalam menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.


Bagaimanapun SKMM yakin tempoh memulihkan semua laman web yang diserang itu tidak akan mengambil masa yang lama. “Pemantauan kami mendapati serangan semakin kurang menjelang jam 4 pagi semalam, dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil,” kata SKMM dalam satu kenyataan.Serangan itu berlaku ekoran satu kenyataan sebuah kumpulan luar negara dikenali ‘Anonymous’ untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my kelmarin, dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.


Suruhanjaya itu berkata, terdapat cubaan menggodam beberapa laman web termasuk laman webnya sendiri www.skmm.gov.my pada jam 11.30 malam semalam, tetapi gagal.


Menurut SKMM, Pusat Keselamatan Rangkaian suruhanjaya itu bersama beberapa agensi lain, penyedia perkhidmatan dan pakar-pakar sudah menjalankan usaha berterusan bagi memantau dan menyekat serangan itu.


Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat yang mereka ada mengenai identiti penggodam itu kerana tindakan mengganggu perkhidmatan rangkaian adalah satu kesalahan serius.

Thursday, June 16, 2011

Bapa Acu pistol marah cikgu denda anak

Apa nak jadilah zaman sekarang ni, nyawa mcm xde nilai sana sini kes bunuh terjadi, ni pulak acukan pistol buatnye tertembak xke jadi kes lain?? Menurut Metro,Ini semua terjadi apabila ,Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.


Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu. 

Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan. Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.



Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.


Anak 2 zaman sekarang memang x boleh di sentuh, mak bapa mereka pasti akan melenting walaupun itu semua kerana ingin mendidik, mungkin tindakkan guru tersebut juga mungkin agak kasar, tapi tidak ke mengacukan senjate itu  bagaikan kesalahan yang dilakukan guru tersebut adalah membunuh?? Renung2 kan..guru ibarat pelita yang menyinari kegelapan..mereka sedaya upaya cube membuatkan kita mengerti apa yang di ajar..memarahi kita supaya kita tekun..dan tidak mengulangi kesilapan yang sama..mungkin ade sesetengah guru yang bertindak diluar jangkaan tapi bukan semua cume segelintir..renung-renungkan..

Usop Wilcha jadi DJ Hot FM

PAgi ni dalam perjalanan dari nilai ke shah Alam.. seperti biase aku akan buka radio menjadi peneman menghilangkan ngantuk, seperti biase Hot Fm menjadi stesen radio pilihan, dan seperti biase juga dj2 yang keudara untuk slot Hot Fm AM krew..FAFAU...FBI..AG..tetibe tadi aku dengar ade ucop..depa nak bagi orentasi kat usop SEBABBBB usop pun akan memeriahkan  AM krew bersama mereka bertiga jadi ade 4 orang la DJ untuk pagi???wah x ke ramai bebenor konpius awok nak dengor yang mane satu nanti.. aku ingat die dtg jadi artis jemputan ke ape ke..ghupenye..jadi DJ trus huhu murah la rezeki yob..

Tadi usop di suruh membace pasal laluan traffik hahaha kelakor awok dengor nye..await melodi dia lari2 papepun all the best la ek..rezeki anak la tuh..

Dan dibawah ini pula kerata dari Metro mengenai kemasukan Usop..:-
Usop yang juga dikenali sebagai Shy8 sebelum ini tidak melatah. Bahkan, setiap pandangan ini sudah disediakan jawapan. Katanya, bukan isu pelawak yang menjadi persoalan sekarang, tapi keceriaan yang diwujudkan bagi menimbulkan keseronokan kepada pendengar itu yang penting.

“Mereka inginkan suasana begini bagi melepaskan tekanan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Pelawak seperti saya ada formula tertentu untuk timbulkan keceriaan kepada mereka.



“Kalau nak dikatakan trend, setiap stesen radio ada formula masing-masing. Jadi, terpulang kepada cara bagaimana mereka hendak wujudkan kesesuaian karakter ini dalam program mereka.

Mengenai isu kejar wang pula, pada saya setiap orang bekerja untuk wang. Ini semua dianggap rezeki kerana Allah sudah buka peluang takkanlah saya tak ambil. Saya terima tawaran ini kerana fikirkan tanggungjawab terhadap keluarga. Saya perlu memberikan yang terbaik buat mereka.

Dalam hidup kita perlukan wang dan hendak keluar rumah pun perlukan kos. Saya yakin mampu menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai dengan baik. Jika tak mampu, saya takkan buat. Pasti akan ada suara sumbang akan berkata macam-macam tapi nak buat bagaimana,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita bersama Fara dan Faizal.

Mengenai tawaran diterima, Usop berkata, dia dirisik selepas melalui beberapa sesi perbincangan. Dalam proses yang berlangsung selama sebulan itu, kedua-dua pihak akhirnya mencapai kata sepakat yang terbaik.

“Sudah ada jodoh saya, jadi saya terus tandatangan kontrak sebagai persetujuan. Lagipun ini memang minat saya. Sudah dapat peluang takkan ditolak. Hot FM sedang panas, jadi kemasukan saya akan menambah lagi kepanasan. Tak dinafikan sebelum ini ada ura-ura radio nakkan saya tapi semuanya tiada hitam putih. Hanya Hot FM yang serius dengan tawaran mereka.

“Tak baik tolak niat serius orang. Saya sebenarnya tak fikir pun nak ‘kahwin’ dengan Media Prima. Matlamat saya sebelum ini bukanlah nak berlakon sangat, tapi lebih kepada mendekatkan diri dengan peminat.

“Menerusi karier penyampai inilah cara saya untuk berkongsi pelbagai pandangan dengan mereka,” kata ikon popular filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sering menyelitkan kata-kata lucu ketika berbual.

Apabila bulat menerima tawaran Hot FM, Usop nekad melepaskan jawatan yang disandang sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Tanjung Offshore Berhad. Bagaimanapun hasrat itu ditolak majikan yang memahami kedudukannya.

“Majikan saya bagi kelonggaran untuk buat kedua-duanya. Tugas sebagai penyampai hanya dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari (termasuk kerja-kerja di belakang tabir) selama 5 hari seminggu kecuali Sabtu dan Ahad bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi. Selepas itu saya akan masuk bekerja di pejabat seperti biasa.

“Memang saya tak percaya mereka boleh bertolak ansur sebegini. Saya sendiri rasa tak adil dan luahkan untuk letak jawatan, tapi mereka menolak hasrat itu.

“Mengenai kemasukan di Hot FM, saya merasakan seolah-olah menyertai pasukan bola sepak yang mempunyai penyerang masing-masing. Saya hanya sebagai pengganti dan penguat pasukan yang ada.

“Saya yakin mereka akan bagi tunjuk ajar dan rasa bernasib baik dapat menyertai penyampai berpengalaman. Sebelum ini saya sering mendengar suara mereka di radio. Sekarang saya dapat berada dengan mereka dan berpeluang menyumbang idea,” katanya yang tidak akan meninggalkan bidang lakonan yang menaikkan namanya.

Sebagai rakan penyampai, Faizal menjelaskan tidak terkejut dengan penyertaan Usop dalam Hot FM. Malah, dia mengakui sangat terkejut dengan populariti yang diraih Usop apabila muncul dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di Arena Of Stars, Genting Highlands, April lalu.

“Selepas itu saya terus jumpa dia dan tanya bila nak ke konti. Apabila dia masuk konti, fenomenanya memang hebat. Sebagai penyampai, kita perlu peka dengan fenomena sekeliling.

“Apabila Usop disahkan menyertai kami, saya sambut berita ini dengan gembira. Ia sesuatu yang normal apabila Usop akan jadi tumpuan pendengar selepas ini. Saya tak fikir popularitinya akan membayangi saya kerana ia satu rezeki dan bukan persoalan besar,” katanya.

Fara pula menambah, kemasukan Usop akan menceriakan suasana konti yang sememangnya meriah sebelum ini. Tanpa melihat kepada populariti individu, Fara menganggap mereka bekerja sebagai satu pasukan dan dia tiada masalah bekerja dengan sesiapa.
“Cara penyampaian kami yang sinonim dengan pendengar dan ditambah dengan gaya penyampaian Usop lebih kepada humor akan menghangatkan lagi keadaan. Pendengar sebenarnya mahu mendengar kami semua dan Usop adalah sebahagian kami,” katanya yang mengakui turut teruja apabila kali pertama bertemu Usop di ABPBH.




Tuesday, April 19, 2011

Aksi sumbangan dekat Masjid


MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.


Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.


Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.



“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.


MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.


Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.


Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.


Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.



“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.“Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya.



Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.



Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.



“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya."
____________________________________________________
  • Masjid adalah tempat yang suci, tempat beribadah, kenape ko nk kotorkan dengan perbuatan keji?? insaflah..
  • Buatnya tetibe mati mengejut sia-sia jek hidup
  • Kat masjid pun x beradab mcm tu!!! kat tmpt lain x tau lah..
  • peliharalah nafsu kita..supaya terhindar dari perkara2 x senonoh mcm ni!!
  • Renung-renungkan!!:0)





Monday, April 18, 2011

RM5,000 lesap bahana e-mel


KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.


Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.



“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta."Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu.“Selepas e-mel dan kata laluan dimasukkan, saya menerima SMS daripada bank yang mengatakan sejumlah wang daripada akaun saya sudah dipindahkan,” katanya.



Ayu berkata, walaupun laporan polis dan aduan dibuat, bank berkenaan seolah-oleh lepas tangan dan sukar bekerjasama dalam mengendalikan kes itu.Menurut Ayu, bank itu memberi jawapan tidak meyakinkan terhadap persoalan diajukan terutama ke akaun mana wangnya dipindahkan.



“Pegawai bertugas berkata siasatan terperinci dijalankan dan pelbagai perkara perlu diteliti sebelum laporan lengkap disiapkan dan lebih mengecewakan terdapat kekeliruan dari segi waktu transaksi berlaku.“Mengikut laporan bank berkenaan, waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11.59 malam, tetapi berdasarkan penyata kewangan bank itu,menunjukkan waktu wang saya dipindahkan ke akaun lain pada jam 11 malam.“Saya membuat laporan polis sekali lagi serta menghantar surat aduan kepada Bank Negara berhubung ketidakpuasan hati terhadap laporan yang diterima selain meminta laporan terbabit diteliti semula,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.



Menurutnya, bank berkenaan perlu menaik taraf tahap keselamatan sistem perbankan secara dalam talian kerana dia bukan mangsa pertama dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan ramai lagi menjadi mangsa.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan laporan mangsa pada 2 Mac lalu dan siasatan masih dijalankan.



Mohamad menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan e-mel daripada pihak yang tidak dikenali dan menyarankan orang ramai membuat pengesahan dengan pihak bank jika maklumat diterima meragukan.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda.
_______________________________________________________
  • Macam-macam perkare berlaku sekarang ni..teknologi disediakan bagi memudahkan kita..tapi bila disalah gunakan sebegini..xke menyusahkan namenye..
  • Allah ciptaan manusia..dikurniaankan akal untuk berfikir..dan zaman sekarang manusia..semuanya bijak2 belake..disebabkan kebijaksaan itulah maka..mereka lakukan ini semua..cubalah kebijaksanaan tu digunakan..kepada perkara yang bermanfaat..musti..musti negare kite nih..dah jadi negara maju...
  • Lepas ni kena lah berhati hati..kalau dpt email..mencurigakan huhu..siasat tol2..xpun kol je pihak bank...buat pengesahan dulu..(ingatan tuk diri sndri!! and kawan2..sekalian)
  • Bank tu x diberi tahu bank ape..adekah ade kaitan dngn org dlm..hurm..no komen..
Adioss..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...