Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Monday, June 20, 2011

Lelaki, anak sumbang mahram lahir 3 anak

Dunia di akhir zaman...bermacam-macam perkara pelik yang tidak sepatutnya berlaku..telah berlaku moga kita semua dijauhi dari perkara-perkara sebegini..

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. 

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu. 

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak. 

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000. 

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

 Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram). Berikutan itu, kedua-dua mereka ditangkap kerana melanggar undang-undang Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan). 

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman, berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji. 

2 comments:

Bui Idzra Ryn said...

Astaga..apa nak jadi dengan ayah ni..dh macam haruan makan anak...isk2...

Noorhidayah binti Salehhudin said...

tula masalahnya anak die pun bersalah jugak uhuhu dunia oh dunia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...