JASIN: “Ibu… Ibu… ibu… bangunlah ibu,” hanya itu terdaya dilakukan seorang kanak-kanak, Muhammad Faerid Mohd Hafizi, 8, untuk mengejutkan ibunya, Hazlinah Abu Samah, 34, yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di Kilometer 17, Jalan Bemban-Tehel, di sini, tengah hari kelmarin.
Walaupun menyedari kepala ibunya berlumuran darah, naluri sebagai seorang anak kuat menyatakan wanita yang melahirkannya itu hanya pengsan lalu terus memanggil serta menggerakkan badannya.
Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu disedari seorang lelaki yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum memberikan bantuan kecemasan.
Muhammad Faerid, murid tahun dua Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Falah di Selandar, di sini, kemudian dikejarkan ke Hospital Jasin sebelum sepasukan anggota bomba mengeluarkan ibunya yang tersepit.Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan dia hanya mengetahui ibunya sudah tiada lima jam kemudian.
Muhammad Faerid berkata, ketika kejadian, dia dan ibunya dalam perjalanan dari rumah mereka di Selandar ke rumah datuknya di Alai, di sini, untuk mengambil abangnya, Muhamad Hafiz Hakimin, 9, yang demam campak. Sepanjang perjalanan, mereka hanya berdiam diri sebelum tiba-tiba berasa kenderaan bergegar seolah-olah melanggar sesuatu.
“Saya dikeluarkan seorang lelaki sebelum dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana cedera di lengan kanan serta dahi kiri kerana terhentak papan pemuka kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.
-Metro-
+ Terasa sebak dalam hati bila membaca berita ini.. mendengar kanak-kanak berusia 8 thn ini mengejutkan ibunya yang cedera dan akhirnya meninggal dunia. Ape lagi yang paling menyedihkan jika tidak berpisah dengan insan yang amat kita sayang.. baru ingin kenal erti kehidupan dia telah pun kehilangan ibu nya.. aku tahu ramai juga insan yang mengalami nasib sebegini..Allah S.W.T lebih menyayangi mereka..kita yang masih hidup perlu lah mendoakan kesejahteraan mereka..semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
+ Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada di muka bumi ini, jgn buat mereka menangis dan jgn cuba menyakiti hati mereka...
No comments:
Post a Comment