PAgi ni dalam perjalanan dari nilai ke shah Alam.. seperti biase aku akan buka radio menjadi peneman menghilangkan ngantuk, seperti biase Hot Fm menjadi stesen radio pilihan, dan seperti biase juga dj2 yang keudara untuk slot Hot Fm AM krew..FAFAU...FBI..AG..tetibe tadi aku dengar ade ucop..depa nak bagi orentasi kat usop SEBABBBB usop pun akan memeriahkan AM krew bersama mereka bertiga jadi ade 4 orang la DJ untuk pagi???wah x ke ramai bebenor konpius awok nak dengor yang mane satu nanti.. aku ingat die dtg jadi artis jemputan ke ape ke..ghupenye..jadi DJ trus huhu murah la rezeki yob..
Tadi usop di suruh membace pasal laluan traffik hahaha kelakor awok dengor nye..await melodi dia lari2 papepun all the best la ek..rezeki anak la tuh..
Dan dibawah ini pula kerata dari Metro mengenai kemasukan Usop..:-
Usop yang juga dikenali sebagai Shy8 sebelum ini tidak melatah. Bahkan, setiap pandangan ini sudah disediakan jawapan. Katanya, bukan isu pelawak yang menjadi persoalan sekarang, tapi keceriaan yang diwujudkan bagi menimbulkan keseronokan kepada pendengar itu yang penting.
“Mereka inginkan suasana begini bagi melepaskan tekanan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Pelawak seperti saya ada formula tertentu untuk timbulkan keceriaan kepada mereka.
“Kalau nak dikatakan trend, setiap stesen radio ada formula masing-masing. Jadi, terpulang kepada cara bagaimana mereka hendak wujudkan kesesuaian karakter ini dalam program mereka.
Mengenai isu kejar wang pula, pada saya setiap orang bekerja untuk wang. Ini semua dianggap rezeki kerana Allah sudah buka peluang takkanlah saya tak ambil. Saya terima tawaran ini kerana fikirkan tanggungjawab terhadap keluarga. Saya perlu memberikan yang terbaik buat mereka.
Dalam hidup kita perlukan wang dan hendak keluar rumah pun perlukan kos. Saya yakin mampu menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai dengan baik. Jika tak mampu, saya takkan buat. Pasti akan ada suara sumbang akan berkata macam-macam tapi nak buat bagaimana,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita bersama Fara dan Faizal.
Mengenai tawaran diterima, Usop berkata, dia dirisik selepas melalui beberapa sesi perbincangan. Dalam proses yang berlangsung selama sebulan itu, kedua-dua pihak akhirnya mencapai kata sepakat yang terbaik.
“Sudah ada jodoh saya, jadi saya terus tandatangan kontrak sebagai persetujuan. Lagipun ini memang minat saya. Sudah dapat peluang takkan ditolak. Hot FM sedang panas, jadi kemasukan saya akan menambah lagi kepanasan. Tak dinafikan sebelum ini ada ura-ura radio nakkan saya tapi semuanya tiada hitam putih. Hanya Hot FM yang serius dengan tawaran mereka.
“Tak baik tolak niat serius orang. Saya sebenarnya tak fikir pun nak ‘kahwin’ dengan Media Prima. Matlamat saya sebelum ini bukanlah nak berlakon sangat, tapi lebih kepada mendekatkan diri dengan peminat.
“Menerusi karier penyampai inilah cara saya untuk berkongsi pelbagai pandangan dengan mereka,” kata ikon popular filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sering menyelitkan kata-kata lucu ketika berbual.
Apabila bulat menerima tawaran Hot FM, Usop nekad melepaskan jawatan yang disandang sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Tanjung Offshore Berhad. Bagaimanapun hasrat itu ditolak majikan yang memahami kedudukannya.
“Majikan saya bagi kelonggaran untuk buat kedua-duanya. Tugas sebagai penyampai hanya dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari (termasuk kerja-kerja di belakang tabir) selama 5 hari seminggu kecuali Sabtu dan Ahad bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi. Selepas itu saya akan masuk bekerja di pejabat seperti biasa.
“Memang saya tak percaya mereka boleh bertolak ansur sebegini. Saya sendiri rasa tak adil dan luahkan untuk letak jawatan, tapi mereka menolak hasrat itu.
“Mengenai kemasukan di Hot FM, saya merasakan seolah-olah menyertai pasukan bola sepak yang mempunyai penyerang masing-masing. Saya hanya sebagai pengganti dan penguat pasukan yang ada.
“Saya yakin mereka akan bagi tunjuk ajar dan rasa bernasib baik dapat menyertai penyampai berpengalaman. Sebelum ini saya sering mendengar suara mereka di radio. Sekarang saya dapat berada dengan mereka dan berpeluang menyumbang idea,” katanya yang tidak akan meninggalkan bidang lakonan yang menaikkan namanya.
Sebagai rakan penyampai, Faizal menjelaskan tidak terkejut dengan penyertaan Usop dalam Hot FM. Malah, dia mengakui sangat terkejut dengan populariti yang diraih Usop apabila muncul dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di Arena Of Stars, Genting Highlands, April lalu.
“Selepas itu saya terus jumpa dia dan tanya bila nak ke konti. Apabila dia masuk konti, fenomenanya memang hebat. Sebagai penyampai, kita perlu peka dengan fenomena sekeliling.
“Apabila Usop disahkan menyertai kami, saya sambut berita ini dengan gembira. Ia sesuatu yang normal apabila Usop akan jadi tumpuan pendengar selepas ini. Saya tak fikir popularitinya akan membayangi saya kerana ia satu rezeki dan bukan persoalan besar,” katanya.
Fara pula menambah, kemasukan Usop akan menceriakan suasana konti yang sememangnya meriah sebelum ini. Tanpa melihat kepada populariti individu, Fara menganggap mereka bekerja sebagai satu pasukan dan dia tiada masalah bekerja dengan sesiapa.
“Cara penyampaian kami yang sinonim dengan pendengar dan ditambah dengan gaya penyampaian Usop lebih kepada humor akan menghangatkan lagi keadaan. Pendengar sebenarnya mahu mendengar kami semua dan Usop adalah sebahagian kami,” katanya yang mengakui turut teruja apabila kali pertama bertemu Usop di ABPBH.
No comments:
Post a Comment