SYARIKAT telekomunikasi terkemuka negara, DiGi mempunyai cara tersendiri menghargai bakat, daya kreativiti serta semangat generasi muda dengan menganjurkan program DiGi LEAP! 2011 dengan sasarannya mahasiswa di institusi pengajian tinggi, baru-baru ini.
Ketua Segmen Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, program itu bagi menghargai pemikiran kreatif serta penjanaan emosi dan fizikal generasi muda yang inginkan kelainan. Beliau berkata, sebagai generasi muda yang terdedah dengan pelbagai rangsangan maklumat baru, mereka memerlukan mekanisme yang dapat membantu menjana pemikiran dan idea bagi memberikan kepuasan diri.
“Justeru, platform ini landasan tepat mencurahkan idea, kreativiti atau pemikiran ‘luar biasa’ untuk dikongsi bersama rakan lain. Ia pasti menyeronokkan, apatah lagi generasi muda hari ini sukakan cabaran.
“Mereka pasti gembira apabila dapat berkongsi pengalaman dengan kakitangan DiGi pelbagai peringkat isu yang boleh membantu memperting�katkan kemampuan menjalani kehidupan.“DiGi percaya jika mereka diberi kesempatan dan kebebasan mencorakkan kemahuan me�ngikut gaya tersendiri, hasilnya pasti tidak mengecewakan serta dapat membantu melahirkan generasi lebih berketrampilan, berkebolehan serta mampu menghadapi cabaran dengan lebih terbuka,” katanya ketika majlis pelancaran program di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Program DiGi 2011 memulakan langkah pertama pada tahun ini dengan menjadikan UiTM sebagai lokasi pemilihan pertama. Seramai 120 mahasiswa dipilih mengikuti program dua hari itu di pejabat DiGi Shah Alam. Mereka turut mengikuti pelbagai aktiviti santai, antaranya ceramah motivasi, permainan muzik dan perkongsian pengalaman dan maklumat mengenai DiGi.
“Pada tahun ini, DiGi bercadang memperluaskan program ini ke institusi pengajian tinggi seluruh negara dengan menyasarkan penyertaan mahasiswa. “Ini usaha DiGi untuk menjadikan generasi muda hari ini lebih berani menyahut cabaran selain mempersiapkan mereka dengan pendekatan mengenali keupayaan diri,” katanya.
No comments:
Post a Comment