Belum habis kita di kejutkan dengan gempa bumi di Jepun, di Myanmar pula berlakunya tragedi yang same tetapi tidak mengakibatkan tsunami, namun ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan di anggarkan lebih 75 orang terbunuh didalam musibah yang melanda ini dan ramai yang tercedera. Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud itu turut dirasakan sehingga ke Bangkok, kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian dari China.
Satu persatu musibah melanda negara-negara jiran kita, aku amat berharap agar musibah ini berhenti setakat itu sahaja dan mengharapkan agar negara kita sentiasa aman dan harmoni. Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia, Negara kita tidak ada bencana alam yang mengganggu buat masa ini, tiada rusuhan yang menggugat ekonomi, tiada peperangan mcm negara lain. Namun di negara ini , dengki, khianat, mengaibkan orang lain, sangat selalu kita dengari dan benda2 kecil sebegini jika tidak di jaga, tidak di bawa berbincang mungkin negara kita akan menghadapi masalah yang sama dengan negara2 lain . Aku tahu sedangkan lidah lagi tergigit tetapi..untuk kesejahteraan bersama tolak ansur, kerjasama dan saling menghormati perlu ada, lebih2 lagi mereka yang berjawatan tinggi yang..menjadi role model kepada kita semua..Jika nila2 ini ada,,insyaAllah negara kita akan kekal aman selama lamanya..
gempa bumi (Myanmar)
Tsunami (Japan)
Rusuhan di Mesir
Sayangilah negara kita, dan bersyukurlah kita berada di bumi bertuah ini..Alhamdulilah
No comments:
Post a Comment