Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Thursday, March 24, 2011

Pelajar Cina..A+ Tasawwur Islam

Kagum sungguh saya,Minat untuk mendalami Islam sebagai agama rasmi negara mendorong kejayaan Wong Yujing mendapat A+ bagi subjek Tasawwur Islam sekali gus membantunya memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman itu berkata, kejayaannya turut didorong sikapnya yang sentiasa berinteraksi dengan pelajar Islam ketika di dalam kelas sejak di tingkatan empat lagi.Malah, kegigihannya belajar sendiri menerusi buku teks turut membantunya mencapai keputusan cemerlang itu."Kejayaan saya ini terutama dalam subjek Tasawwur Islam banyak dibantu oleh guru dan rakan sekelas," katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring di sini hari ini Yujing, anak sulung kepada pasangan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu merupakan antara 17 pelajar cemerlang SPM 2010 yang memperoleh A+ dalam semua subjek yang diambil.Dia bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan dan bercadang melanjutkan pengajian ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan kimia.

1 comment:

aye-na said...

diorg ni ko bg je apapn, mesti excellent..diorg rajin..compare ngan diri sniri? huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...