Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, March 27, 2011

Suka mencari kesilapan berbanding kebaikan

Kenyataan di atas memang tidak dapat dinafikan, manusia seringkali mencari kesilapan manusia yang lain berbanding kebaikan yang mereka lakukan. 10 kebaikan yang dibuat, satu kesalahan itulah yang akan di perkatakan dan terus meluputkan segala kebaikan yang dilakukan. Inilah yang terjadi pada masa kini dimana manusia berlumba lumba mencari silap orang lain, dengan itu mereka akan berasa puas hati dan gembira apabila melihat orang lain memandang negatif terhadap mereka yang dikatakan melakukan silap itu.

Sampai bila perkara sebegini akan terus berlanjut...sampai lah tiada object di muka bumi ini maka akan terhentilah perkara perkara sebegini itupun kalau berhenti ! Tidak ada manusia yang sempurna dalam muka bumi ini melainkan Nabi kita, sebagai manusia yang lemah, kita pasti akan melakukan kesilapan, tapi pada mata orang yang penuh dengan perasaan hasad dengki mereka memandang perkara ini penuh serius sehinggakan berlakunya perbalahan. Jika kesalahan yang dilakukan itu terlalu besar mungkin patut untuk kita berikan pengajaran tapi bagaimana pula kesalahan yang tidak disengajakan?? takpun kesalahan yang sebenarnya bukan dia yang lakukan tetapi dituduh sesuka hati??

"Dalam hadis juga Rasulullah ada mengatakan atau mengajarkan bagaimanakah untuk kita mengatasi perasaan marah kita. 1) apabila kita marah dalam keadaan kita berdiri maka duduklah, . 2) apabila kita marah dalam keadaan duduk maka baringlah. 3) kalau masih marah juga maka hendaklah mengambil wudu' dan solat 2 rakaat. Orang yang paling kuat adalah orang yang mampu menahan sifat marahnya."

Carilah kebaikan yang dilakukan, dan maafkanlah segala kesilapan yang tidak disengajakan 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...