Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Saturday, April 16, 2011

3 wanita curi kereta dicekup


PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki dipercayai geng curi kenderaan yang bergiat aktif di beberapa kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini ditangkap dalam operasi berasingan selama tiga hari berakhir semalam.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata semua suspek terbabit berusia 30-an ditangkap di tiga lokasi berbeza di Selangor.


Menurutnya, dua wanita terbabit ditangkap di kawasan Cheras manakala seorang lagi di Puchong, masing-masing pada tengah malam Rabu dan awal pagi Khamis lalu.“Suspek lelaki ditangkap dalam satu lagi operasi di daerah lain iaitu di sebuah bengkel di Selangor pada awal pagi Jumaat. “Dalam tangkapan itu, kami merampas komponen kereta seperti papan pemuka, stereng dan Smart Tag serta buku cek.“Kami juga merampas sebuah kereta Toyota yang dilaporkan hilang di daerah lain,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.



Abdul Razak berkata, beliau percaya dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan bukan saja di Putrajaya, malah di kawasan lain.Namun, katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai suspek terbabit dan kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan lain kerana dalang kumpulan itu belum ditahan.




“Suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 379 (A) iaitu kecurian kenderaan. “Kami juga menyiasat melalui barang kes yang dijumpai seperti melalui Smart Tag yang digunakan,” katanya.Sementara itu, beliau berkata, kes kecurian kenderaan di Putrajaya bagi tiga bulan pertama tahun ini tidak menunjukkan peningkatan berbanding dalam tempoh sama tahun lalu.




“Bagi Januari hingga Mac lalu ada 15 kes. Tempoh sama tahun lalu pun sama jumlahnya, tiada peningkatan,” katanya.Menurutnya, kecurian kenderaan kebanyakannya didapati berlaku di kawasan tempat letak kereta terbuka sama ada di kawasan perumahan dan pejabat kerajaan pada waktu siang. “Kebanyakan kenderaan dicuri adalah pacuan empat roda dan tiada kunci tambahan,” katanya.

* Hurm..kenape mention perempuan ...kat tajuk hoho..kan ade sorang lelaki..hurm.. tajuk biar gempak kan..hoho.. baru la orang nak bace..hurm..pepun  buat la keje lain..x yah la nak curi2 kereta..kesian tuan empunya kereta..tuh..huhu..insaflah!!!



1 comment:

topimagine said...

semua nye nak cari jalan mudah untuk cari duit.. xkn berkat punye la... lagi satu sekarang jenayah xmengenal jantina lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...