Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, April 13, 2011

Aku tidak putus Asa

Alhamdulilah, aku panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih memberi aku ruang untuk aku bernafas di buminya yang indah ini. Aku jugak bersyukur kerana diberikan akal untuk berfikir, mata untuk melihat, mulut untuk berbicara dan tumbuh untuk melakukan segala perbuatan. Hari ni 13 April 2011 hari rabu, aku hanya tidur sejam setengah sahaja daripada semalam sebab buat assignment yang tidak henti-henti datang menjelma. HAri isnin, selasa dan hari ini rabu...memang penuh jadual aku menyiapkan semua kerja, Alhamdulilah dah setle tinggal beberapa sahaja lagi yang belum siap dan peperiksaan akhir aku pun sudah berlansung dan mungkin akan habis hujung bulan ini. Dalam pada itu, entry tetap aku update okeh..walaupun tidak seberapa.

Aku rasa tidak sabar menantikan detik-detik semester ini berakhir, kerana sudah penat berhempas pulas, memerah otak huhu semester ni agak sukar aku rasakan jika dibandingkan dengan semester yang lalu, walaubagaimanapun itu bukan alasan untuk aku berputus asa. Semua rakan sekelas aku sangat tabah, mengharungi setiap detik dengan fikiran positif, jadi mengapa aku pulak yang ingin berputus asa, aku harapkan segala ilmu aku pelajari diberkati, segala assignment yang aku lakukan mereka berpuas hati dan memberikan result yang cemerlang kepada aku dan semua rakan sekelas aku nanti.

Perjalanan hidup aku masih jauh untuk aku tempuhi, kehidupan sebenar belumlah aku lalui, mungkin  tidak berapa lama lagi, tinggal hanya sesemester sahaja lagi, habis la aku buat pengajian ini, aku berdoa agak kecemerlangan menanti, menggembirakan ayah bonda yang  amat aku sayangi.,, Aku tidak pernah kental menghadapi dugaan hidup ini, walaupun kadang kala pahit untuk aku telan namun aku tetap tempuhi, asalkan ada orang yang menyokong aku serta menyayangi...bersemangatlah aku meneruskan misi.

Pada mereka-mereka yang menghadapi detik-detik sama seperti aku ketika ini, menyiapkan assignment silih berganti, membuat persediaan peperiksaan x lama lagi, aku harapkan korang pun terus tabah mengharungi!!!! jangan lah korang berputus asa atau tension,,,ingatlah kita akan cuti lame nanti yeay!!!! :D....yang perlu lakukan sekarang adalah sabar dan harungi liku hidup ini ...kelak detik kegembiraan pasti akan kita rasai!!!!!...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...