Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Wednesday, April 13, 2011

Farah breep2 sedia untuk bergelar isteri




CUBALAH... Farah mengajak penonton untuk mencuba masakan dan resipi istimewa dari negara yang pernah bergolak di rantau Asia Tenggara, Vietnam.


DALAM meniti usia 26 tahun, pemilik nama Farah Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai FarahBreep Breep kini sedang mempersiapkan diri untuk bertukar status bergelar isteri orang.Penyanyi yang popular dengan lagu Antara Dua itu mengakui bahawa dia kini telah mula meninjau-ninjau butik perkahwinan secara maya dengan hanya menekan papan kekunci komputer peribadinya.Biarpun belum menetapkan tarikh yang spesifik bagi meraikan detik diangkat menjadi raja sehari, apa yang diyakinkan bekas pelajar Akademi Fantasi musim kedua ini adalah detik berkenaan akan dilangsungkan lewat tahun ini.

Bagaimana pun bagi Farah, dia tidak mengimpikan majlis yang besar-besaran kerana apa yang penting adalah konsep sederhana dan majlis itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang bermakna dalam hidupnya.
"Farah mahu waktu itu nanti semua insan yang dekat dengan Farah dapat hadir terutamanya nenek-nenek Farah. Farah mendoakan nenek diberikan kesihatan yang baik dan bersama dengan Farah pada detik itu nanti.
"Bagi Farah kehadiran insan-insan yang amat bermakna dalam hidup Farah itu lebih penting daripada sebuah majlis yang geling-gemilang tetapi mereka tidak dapat hadir untuk bersama dengan Farah nanti," katanya Farah ketika ditemui selepas majlis pelancaran rancangan Rasa Halal Vietnam baru-baru ini.Walau apa pun jelas artis harapan terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 12 itu, kekalutan untuk menyiapkan persediaan bagi majlis berkenaan jelas kelihatan pada ibunya."Ibu yang kalut untuk membuat persiapan. Sudahnya kadang-kadang dengan Farah jadi terikut-ikut."Farah sendiri pun telah mula godek-godek Internet untuk melihat barangan yang menarik untuk diabadikan pada hari bersejarah itu nanti," jelasnya.

Farah sorok tunang
Menyentuh perihal tunangnya, Farah lebih selesa untuk merahsiakan identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya itu.Bagi Farah tindakannya itu bukanlah untuk meminggirkan para peminat yang ingin mengetahui jejaka yang 
 telah mencairkan hati wanitanya tetapi itu adalah permintaan tunangnya sendiri.Namun apa yang boleh dikongsi Farah jejaka berkenaan berasal dari Pulau Mutiara dan sebaya dengannya.Farah juga memberikan gelaran J untuk merujuk kepada tunangnya itu dan pengalaman percintaan mereka tidaklah sama seperti pasangan lain kerana jarak memisahkan mereka berdua."J di Pulau Pinang dan saya di Kuala Lumpur, jadi masa untuk kami berjumpa amatlah terbatas. Jika ada kesempatan untuk berjumpa pun hanyalah sebulan sekali atau sebulan dua kali."Buat masa ini hanya telefon menjadi penghubung kami selain daripada sikap percaya mempercayai antara satu sama lain," katanya.Jelas Farah, baginya dalam sesuatu perhubungan apa yang lebih penting adalah persefahaman dan toleransi di antara pasangan.

Farah di Vietnam
Becerita mengenai pengalamannya semasa proses pengambaran Rasa Halal Vietnam baru-baru ini, Farah merasakan sangat bertuah dan teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke negara yang terlibat dengan peperangan menentang kuasa besar dunia Amerika Syarikat.Pengalaman yang ditimba sepanjang berada di negara berkenaan cukup bermakna buat Farah, apabila dia berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadaan negara itu yang bingkas bangkit daripada kesan peperangan sekitar 40 tahun lalu.

Peluang untuk menyusur sendiri terowong yang digunakan oleh para tentera Vietnam bagi menyembunyikan diri daripada pihak musuh cukup mempersonakan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini."Ketika masuk ke dalam terowong berkenaan dapat Farah rasakan sendiri pengalaman bagaimana askar-askar Vietnam berjalan dalam terowong yang sempit ini.="Bayangkanlah bagaimana mereka boleh mengorek terowong berkenaan yang kalau dihitung panjangnya boleh membawa kita sehingga ke Kemboja," ujarnya.Selain itu apa yang membuatkan Farah terkesima adalah ketika melalui jalan-jalan di bandar raya Ho Chi Minh di mana ia dipenuhi dengan ribuan motosikal yang nyata berbeza dengan jalan-jalan di negara kita.Tidak cukup dengan itu, jelas Farah, perbezaan di antara masyarakat Vietnam jelas kelihatan di ketiga-tiga kawasan yang disinggahinya.Bagi Farah, penduduk di kawasan selatan lebih ramah berbanding dengan penduduk di kawasan Tengah dan Utara Vietnam di mana penduduk di kawasan Utara lebih serius.Bagaimana pun bagi Farah untuk mendapatkan makanan halal di Vietnam tidaklah susah seperti yang dibayangkan kerana di sana kebanyakan restoran mempunyai tanda halal yang diiktiraf.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...