Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, April 3, 2011

Cara Lupus al-Quran



al-Quran adalah kitab suci Allah didalam bahasa Arab dan juga mempunyai terjemahan di dalam bahasa melayu. al-Quran di turunkan Allah kepada Rasulullah S.A.W melalui malaikat jibril, selama hampir 23 tahun dan ayat pertama di turunkan adalah Iqra'. Segala puji Allah yang maha melihat maha mengetahui , al-Quran tiada tandingannya dan al-Quran merupakan panduan terbaik dalam kehidupan kita.

Untuk Melupuskan al-Quran yang sudah buruk ,CARA terbaik adalah me­ngumpul bahan agama dan cebisan ayat al-Quran berkenaan dalam satu tempat untuk dibakar. Bagi memastikan pembakaran secara sempurna, bahan itu bolehlah dicarik menjadi helaian kecil dan barulah dibakar. 

Abunya bolehlah diha­nyutkan ke sungai atau laut. Ia juga boleh ditanam di tempat yang tidak di langkah manusia. 

Selain itu, ada juga usaha syarikat tertentu mengumpul bahan agama untuk 
proses pelupusan seperti Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang. 

Anda juga boleh menghubungi syarikat itu bagi tujuan pelupusan bahan agama berkenaan.

Wawallahualam...sumber-Metro

2 comments:

topimagine said...

betol tu kan.. nice info.. saya pernah dengargak.. nak lupus ayat2 suci alquran dengan proses pembakaran jer :)

Noorhidayah binti Salehhudin said...

tula pasal..:) huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...