Anda inginkan iklan? Sila klik disini :0)

Sunday, April 3, 2011

Hidup untuk Apa

Apa tujuan hidup Anda? cubalah fikirkan buat seketika, renungkan, dan menjawab pertanyaan itu. Itu penting agar hidup kita mempunyai matlamat tertentu.


Tuhan menciptakan dan memberi kita hidup, tentunya tidak sekadar untuk mati. Pasti ada tugas untuk kita. Ada dua tugas utama, iaitu tugas sebagai individual dan universal. Setiap manusia pasti ada jawapannya yang tersendiri berbeza dengan yang lain. Ini kerana setiap manusia mempunyai perangai,cara berfikir dan pendapat yang berbeza. Selalu kita dengan orang kata, hidup untuk makan, makan untuk hidup..mane satu betul>?? hihi terpulang kepada individu tersebut, bagi aku makan itu adalah untuk meneruskan hidup. Hanya Allah S.W.T saja yang maha mengetahui setiap insan punya fikiran untuk apa sebenarnya hidup di muka bumi ini.


Tapi sebenarnya tujuan utama kita hidup didunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T, apa sahaja yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan keredhaannya, contohnya bekerja,belajar, berniaga, dengan niat semuanya kerana Lillahitaala..insyaAllah semuanya akan dipermudahkan. Untuk apa kita beribadah? kerna hidup ini adalah sementara, Akhirat kelak yang kekal selamanya.

” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu..” (QS: Adz-Dzaariyaat: 56).

Mungkin timbul persoalan!! apakah hidup kita ini hanya  untuk solat saja, ke masjid saja, mengaji saja ? Kemudian tidak mancari nafkah, tidak menikah ? Sebelum bertanya-tanya, lebih dahulu harus kita pahami makna ‘ibadah’ itu.Pengertian Ibadah yang biasa dirujuk oleh ulama adalah pengertian yang dirumuskan oleh Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyah, iaitu ibadah adalah sebutan yang mencakup seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah subhaanahu wa ta’ala, baik berupa ucapan atau perbuatan, yang nampak (lahir) maupun yang tersembunyi (batin). Sebahagian ulama menambahkan dengan: disertai oleh ketundukan yang paling tinggi dan rasa kecintaan yang paling tinggi kepada Allah subhaanahu wa ta’ala.


Ibadah itu banyak dan terbahagi kepada ibadah hati, lisan, dan anggota badan. Rasa khauf (takut kepada Allah subhaanahu wa ta’ala), raja’ (mengaharap rahmat Allah subhaanahu wa ta’ala), mahabbah (cinta kepada Allah subhaanahu wa ta’ala), tawakkal adalah ibadah yang berkaitan dengan hati. Sedangkan membaca Al-Qur’an, tasbih, tahlil, takbir, tahmid adalah ibadah lisan dan hati. Sedangkan solat, zakat, haji, berbakti pada orang tua, membantu orang kesulitan adalah ibadah badan dan hati.
Tidur, makan, minum, jual beli, bekerja mencari nafkah, menikah, dan sebagainya akan menJadi ibadah jika kena pada tempatnya dan niat adalah penting, merangkumi seluruh aspek kehidupan muslim, baik di masjid maupun di luar masjid.
Sebagai contoh ibadah di luar masjid adalah bekerja. Banyak hadits yang menganjurkan seorang muslim untuk bekerja Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: ” Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah dari hasil kerjamu sendiri” (HR: Abu Dawud, At-Tirmidzy, dan An-Nasa-i, dari ‘A-isyah dengan sanad shahih).
Renung-renungkan..:0)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...